SESUDAH MAKRIFATULLAH – KERIDHOAN 1
Untuk mendapat keredhaanNya kita juga mestilah meredhaiNya. Allah swt ada berfirman yang bermaksud:
Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. [1]
Allah redha akan mereka dan merekapun redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya. [2]
Untuk meredhaiNya, keyakinan kita kepada Allah swt, Tuhan yang kita tidak dapat melihat dengan kedua mata kita ini, mestilah sampai ke taraf haqqul yakin.
Dia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan dan Dialah Yang Maha Halus, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa buta maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu.[3]
Keyakinan bertaraf haqqul yakin kerana:
1. Kita tidak “buta” lagi, mata hati kita sudah dapat melihat hakikat kesemua ciptaan adalah DzatNya yang sangat sedkit.
Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam [4]
Demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin.[5]
2. Kita sudah mengenaliNya justeru itu, kita tidak boleh melakukan syirik secara kasar dan secara halus kerana ini akan menghapuskan segala amalan baik kita serta kita tidak akan mendapat keampunanNya.
Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.[6]
Oleh itu jika kamu tumpukan hati kepada yang lain dari Allah maka kamu telah syirik. Oleh itu jangan sekutukan Allah itu secara kasar dan secara halus.[7]
Berjaga-jagalah jangan mensyirikkan Allah secara halus. [8]
Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi. [9]
Kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik). [10]
3. Tiada yang setanding dengan Allah swt. Semasa kewafatan Rasulullah (saw), ramai tidak dapat menerima lalu Sayidina Abu Bakar (ra) berkata:
Sesiapa yang menyembah Muhammad, Muhammad sudah wafat tetapi siapa yang menyambah Allah swt Dia kekal abadi.[11]
Kenyataan Sayidina Abu Bakar (ra) dibantu oleh firman Allah swt yang bermaksud:
Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? [12]
4. Kita sudah mengetahui bahawa hakikat segala ciptaan termasuk ruang dan masa adalah DzatNya.
(Allah) adalah Yang Zahir dan Yang Batin.[13]
5. Kalau DzatNya adalah Yang Zahir dan Yang Batin justeru itu hanya ada satu Pelaku iaitu DzatNya sendiri.
Orang yang mengenal dirinya dan mengenal Tuhannya, niscaya sudah pasti ia mengenal bahawaia taida mempunyai wujud bagi dirinya.[14]
Sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun..[15]
Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. [16]
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. [17]
6. Kita rasa kehampiranNya.
Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada.[18]
Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. [19]
Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya. [20]
7. Keprihatinan kepada kehampiranNya kadangkali membuat kita rasa gentar serta menangis justeru itu kita sedar berapa kerdilnya diri dan dunia kita ini.
Engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran yang mereka sudah ketahui, seraya mereka berkata: Wahai Tuhan kami, kami beriman, oleh itu catatkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi [21]
Dan tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka dan hati mereka pula menjadi sempit, serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari Allah melainkan kepadaNya.[22]
Sesungguhnya orang-orang yang takut Tuhannya yang tidak Nampak oleh mereka. [23]
Hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka.[24]
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. [25]
8. Kepada Allah swt sahajalah kesemua ciptaanNya bergantung dan Dialah Maha Esa serta Kekal Abadi berbanding dengan ciptaanNya yang tidak kekal.
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. [26]
Maka hendaklah engkau menyembah Allah semata-mata dan hendaklah engkau menjadi dari orang-orang yang bersyukur.[27]
Dan Dialah Allah tiada Tuhan melainkan Dia. Segala puji tertentu bagiNya, di dunia dan di akhirat.[28]
9. UntukNya-lah segala Kepujian, Penghormatan, Kepercayaan dan Penyerahan.
Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berakal. (Mereka berkata), “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.[29]
Kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.[30]
Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan kepada orang-orang mukmin iaitu: Perihal isteri Firaun, ketika dia berkata: Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya, serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim;[31]
Maka apabila dia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Mariam dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam. [32]
Dan Kami kuatkan hati mereka, semasa mereka bangun lalu berkata: Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran. [33]
Maka dia (Mariam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria.Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Mariam di Mihrab, dia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya: Wahai Mariam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini? Mariam menjawab; Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira. [34]
Bibliografi
[1] At Taubah (9):100
[2] Al Bayyinah (98):8
[3] Al An’aam (6):103-104
[4] Qaaf (50):22.
[5] At Takathur (102):6-8.
[6] Thaha (20):14
[7] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Op cit, 27.
[8] Imam Ghazali, Rahsia Hakikat Sembahyang Menurut Tauhid, Fekah & Tasauwwuf, 130 (1994).
[9] Az Zumar (39):65.
[10] Al Maidah (6):88.
[11] Al Hujwiri, Op cit, 41.
[12] Ali Imran (3):144.
[13] Al Hadid (57):3
[14] Imam Ghazali, Ihya Ulumiddin Bk. 7, 427 (1981).
[15] Mariam (19):9
[16] Al Qasas (28):88
[17] Al Ikhlas (112):1-2
[18] Al Hadid (57):4
[19] Qaaf (50):16.
[20] Hud (11):61
[21] Al Maidah (5):83
[22] At Taubah (9):118
[23] Al Mulk (67):12.
[24] Al Mukminun (23):60
[25] Anfal (8):2
[26] Al Ikhlas (112):2
[27] Az Zumar (39):66
[28] Al Qasas (28):70
[29] Al Imran(3):8
[30] Al Anfal (8):2
[31] At Tahrim (66):11. Asiah isteri Firaun yang mengorbankan nyawanya kerana keimanan kepada Allah swt.
[32] Ali Imran (3):36. Ibu Mariam meletak penuh keprcayyan kepada Allah berkenaan Mariam.
[33] Al Kahfi (18):14. Penghuni Gua Kahfi. Allah swt selamatkan dan pe;ihara keimanan mereka kerena ketabahan mereka.
[34] Ali Imran (3):37-40. Ketabahan Mariam membawa tuah kepadanya dan Nabi Zakaria (as).
KOMENTAR