SESUDAH MAKRIFATULLAH – PENYERAHAN 5

Menerusi cara ini juga kita mendapat ketenteraman kembali serta rahmat dan keberkatanNya sehingga kita menjadi puas lagi pasrah kepadaNya.

Justeru itu, kita dapat membuat penyerahan sepenuhnya kepada Qadha dan Qadar yang sudahpun dilakarkanNya dengan sempurna di dalam Loh MahfuzNya. 

Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingatiAllah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram.[128]

Kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. [129]

Dan berikan berita gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang–orang yang apabila ditimpa mushibah, mereka mengucapkan, “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyalah kami dikembalikan.” Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.[130] 

Hai jiwa yang tenang kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.[131]

Mereka itulah orang-orang yang berserah diri.[132] 

Dengan menerima Qadha dan Qadar dengan sepenuhnya kita telah memegang “tali” yang kukuh.

Barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah sedang dia orang berbuat kebaikan maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kukuh.[133]

 

Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan…[134] 

Ingatlah pepetah melayu, “Rumah sudah siap pahat berbunyi!”. Janganlah kita begitu, terimalah Loh Mahfuz (termasuk Qadha dan Qadar kita) itu sudah sempurna dan jangan pertikaikan lagi seperti Iblis mempertikaikan keputusan Allah swt melantik manusia sebagai KhalifahNya. 

Apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (dia tidak bersabar bahkan dia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku! [135]

Sesunguhnya dia telah memikirkan dan menetapkan (apa yang ditetapkanNya) maka celakalah dia ! Bagaimana dia menetapkannya? Kemudian celakalah dia ! Bagaimana dia menetapkannya? [136]

Di antara manusia ada orang yang Membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan dan mengikuti setiap syaitan yang jahat:[137] 

Sedarlah, Allah swt adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Justeru itu, mustahil bagiNya melakarkan di dalam Qadha dan Qadar kita itu sesuatu yang sia-sia, tidak ada faedah atau gunanya ataupun tidak mengandungi hikmah.

Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia.[138]

Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar.[139]

Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! .[140]

(Ingatlah), tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya melainkan dengan ada gunanya yang benar .[141]

Maka hendaklah kita yakin bahawa semua yang dilakarkan oleh Allah swt di dalam Qadha dan Qadar kita adalah yang terbaik bagi kita kerana Allah swt tidak menganiaya kita walaupun sebesar zarrah.

Dan tidaklah mereka menganiaya Kami, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.[142]

Maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka akan tetapi merekalahyang menganiaya diri mereka sendiri.[143]

Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-Nya.[144].

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah.[145] 

Jika kamu menyalahi Tuhan dalam hal ini maka kamu adalah seorang kafir sebab kamu menyalahi Dia dan dengan itu kamu menganggap Allah itu tidak adil pada hal Dia Maha Adil dan tidak sekali-sekali menzalimi hamba-hamba-Nya.[146]

Segala yang dilakarkanNya di dalam Qadha dan Qadar kita adalah nikmat untuk kita bukan suatu penganiayaan. 

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu nafikan?[147]

Maka terhadap nikmat Tuhanmu yang mana kamu ragu-ragu?[148] 

Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).[149]

Dia itu Tuhanmu yang memiliki segala-galanya … Orang yang zalim itu ialah orang yang menggangu kepunyaan orang lain tanpa keizinannya. Mungkin kamu sendiri yang zalim bukan Allah yang zalim.[150] 

Semua yang dijadikan adalah kepunyaan mutlak Tuhan, tiada siapa berkongsi milik ini dengan-Nya. Justeru itu, roh, akal, jasad, masa, kebaikan, dan maruah semua itu adalah milik Tuhan dan sekiranya kita memperolehinyatidak mengikut (cara yang diiktiraf) Tuhan maka kita sudah menjadi seorang perompak. Begitu juga, kita menjadi seorang perompak sekiranya kita menggunakannya tidak mengikut (cara yang diiktiraf) Tuhan.[151] 

Kerana tidak tahu ataupun tidak nampak kebaikan disebalik kesemua yang terdapat di dalam Qadha dan Qadar kita itu justeru itu, kita selalu buruk sangka terhadap Allah swt. 

Kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).[152]

Sebenarnya kebanyakan mereka tiada mengetahui yang hak, kerana itu mereka berpaling.[153] 

Tanyakanlah: Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui? Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah: Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?[154] 

Justeru itu janganlah menyalahiNya kerana kedhaifan kita sendiri kerana ini boleh menjurumuskan kita ke dalam Neraka seperti Abu Lahab.

Janganlah kamu merungut dan menyalahi Dia kerana itu mungkin menyelewengkan kamu dari jalan Allah.[155] 

Adakalanya seseorang mengucapkan sepatah kata yang menyebabkan ia tergelincir ke neraka sejauh jarak antara timur dan barat.[156]

Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.[157] 

Janganlah kita bergaul dengan mereka yang menganggap bahawa Loh Mahfuz (termasuk Qadha dan Qadar kita) masih boleh diubahsuai serta kita mempunyai kebebasan beroperasi tidak menuruti Loh Mahfuz ataupun Qadha dan Qadar kita.

Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata, “Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil.” [158]

Tinggalkan orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau.[159] 

Mereka memandang perbuatan mereka itu sebagai suatu perkara yang kecil tetapi di sisi Allah swt ini adalah perkara besar kerana mereka telah menyelar Kebijaksanaan serta Keadilan Allah swt.

Kamu menganggapnya suatu yang ringan sahaja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar. [160] 

Kamu hendaklah bersopan santun, diam dan jangan banyak bercakap, bersabar, berserah dengan sukarela kepada Dia.[161]

Berserah diri sepenuh kepada Allah swt dan yakinlah kepadaNya yang apa yang dilakarkan di dalam sebagai Qadha dan Qadar kita adalah terbaik untuk kita. 

Katakanlah, “Hanya Allah sahaja aku sembah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya (dalam menjalankan) agamaku.[162] 

Mereka itulah orang-orang yang berserah diri (kepada Kami).[163]

Sehubungan dengan ini, Syeikh Abdul Qadir Al Jilani ada berkata:

Sesungguhnya kebanyakan bencana yang menimpa anak Adam itu adalah kerana sungutan dan rungutan terhadap Tuhan.[164] 

Dengan itu janganlah kamu merungut walaupun badan kamu dipotong-potong dengan gunting, peliharalah diri kamu! Takutilah Allah! Berhati-hatilah![165] 

Ciptaan tertaluk kepada Allah swt dan bukan sebaliknya. Di akhirat kelak kita dan bukan Dia yang akan ditanya. Kita tidak ada pilihan kerana kesemua yang ada termasuk diri kita adalah kepunyaan-Nya. Malahan langit dan bumi pun tiada pilihan melainkan menyerah diri apabila dipanggil. Allah swt ada berfirman yang bermaksud: 

Manusia dan mahkluk itulah yang tertaluk kepada Allah dan Allah tidak tertaluk kepada mereka.[166]

Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-nya dan mereka yang akan ditanya.[167]

Datanglah kamu keduanya (langit dan bumi) menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa. Keduanya menjawab, “Kami datang dengan suka hati.”[168] 

Bagi mereka yang menerima Qadha dan Qadar itu sempurna lagi terbaik untuk kita yang dilakarkan oleh Tuhan kita yang Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana, Allah swt akan menambahkan ilmu dan ketakwaan kita.

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.[169]

Allah akan memberi hikmah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.[170]

Barangsiapa yang dikehendaki Allah akan kebaikan padanya maka Allah memberikannya kefahaman dalam soal agama.[171] 

Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.[172]

Bagi orang kafirin, kalau ada sedikit iman di dalam diri mereka, Allah swt akan mengilhamkan jiwa mereka kepada Islam dan dengan itu mereka akan terlepas daripada siksa Neraka.

Allah berfirman, “Kembalilah (malaikat)! Siapa sahaja yang kalian temukan di hatinya ada kebaikan meskipun seberat zarrah, keluarkanlah” [173]

Diri orang-orang kafir kontang daripada keimanan. Walaupun Nabi-nabi dihantar kepada mereka, mereka tetap tidak mahu beriman. Kitab-kitab Allah swt diubah-ubah sesuka hati mereka. Bukan sahaja itu, sekiranya mereka dihidupkan semula sesudah mati mereka tetap juga tidak akan mahu beriman.

Tiada datang seorang rasul pun kepada mereka melainkan mereka perolok-olokkannya. [174] 

Segolongan dari mereka mendengar firman Allah, lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui. [175] 

Dan kalau mereka dikembalikan ke dunia sekalipun, tentulah mereka akan mengulangi lagi apa yang mereka dilarang dari melakukannya dan sesungguhnya mereka adalah tetap pendusta. [176] 

Mereka buta, pekak dan tuli. Mereka tidak memahami sedikitpun apa yang hendak disampaikan kepada mereka.

Dan bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya. [177]

Sesungguhnya orang-orang kafir, sama sahaja kepada mereka: Samada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. [178]

 Jika kamu menyeru mereka, mereka tiada mendengar seruanmu; dan kalau mereka mendengar, mereka tidak memperkenankan permintaanmu. [179]

Allah swt sedia memaafkan segala dosa-dosa mereka yang dilakukan semasa mereka itu belum beriman kepadaNya dan sedia memasukkan mereka ke dalam syurga. Namun ini semua mereka tidak menghiraukannya dan berkata hati mereka sudah tertutup.

Barang siapa berlaku baik di dalam Islam maka tidak akan disiksa atas apa yang dikerjakannya semasa Jahiliyah. [180]

Barang siapa meninggal dunia dalam keadaan tidak mensyirikan Allah  maka dia masuk syurga. [181]  

(Mereka) mengatakan, “Hati kami tertutup.” Bahkan sebenarnya Allah telah mengunci mati hati mereka kerana kekafirannya kerana itu mereka tidak beriman kecuali sebahagian kecil dari mereka. [182] 

Kerana mereka menolak keimanan dan balasan syurga di hari kemudian, maka Allah swt beri mereka kekayaan berlimpah-limpahan di dunia ini. Inilah yang terbaik bagi mereka yang turun daripada Qadha dan Qadar.

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? [183] 

Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). [184] 

Bagi mereka sembahan mereka dan bagi kita, tidak disembah melaikan Allah swt.  

Katakanlah,” Hai orang-orang kafir, Aku tidak akan sembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku.” [185]

Mereka tidak mengenal Allah dengan sebenar-benarnya. [186]

Katakanlah, “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui.”[187] 

Maka hendaklah kita sentiasa menunggu datangnya hari esok kerena kesemua yang turun daripada Qadha dan Qadar kita adalah yang terbaik bagi kita kerana semua itu dilakarkan oleh Allah swt, Tuhan kita Yang Satu, Yang Maha Pengasih lagi Penyayang serta tidak menganiaya hamaba walaupun sezarrah pun.

Bibliografi

[128] Ar Ra’d (13):28.

[129] Az Zumar (39):23.

[130] Al Baqarah (2):156.

[131] Al Fajr (89):27-30.

[132] Ar Rum (30):53.

[133] Luqman (31):22; Al Baqarah (2):112; An Nisa (4):125.

[134] An Nisa (4):125.

[135]  Al Fajr (89):15-16.

[136] Al Muddathsir (74):18-20.

[137] Al Hajj (22):3

[138] Al Imran (3):191

[139] Yunos (10):5.

[140] Shad (38):27.

[141] Al Ahqaf (46):3.

[142] Al Baqarah (2):57; Al Kahfi (18):54.

[143] At Taubah (9):70; Hud (11):101; An Nahl (16):33.

[144] Al Anfaal (8):51; Fushshilat (41):46; Al Hajj (22):10.

[145] An Nisa (4):40.

[146] Syeik Abdul Qadir Al Jilani, Op cit, 162.

[147] Ar-Rahman(55):
13;16;18;21;23;25;28;30;32;34;36;38;40;42;45;47;49;51;53;55;57;59;61;63;65;67;69;71;73;75;77

[148] An Najm (53):55.

[149] Ibrahim (14):34; Al Hajj (22):66;Az Zukhruf (43):15.

[150] Id, 162.

[151] Gospel of Barnabas, 198 (?)

[152] An Nisa (4):19

[153] Al Anbiya (21):24.

[154] Al Mukminun (23):84  

[155] Syaikh Abdul Qadir Al Jilani, op cit, 163; 149; 145; 83; 56.

[156] Terjemahan Sahih Muslim Bk. 4, 1022 (1993).

[157] Al Lahab (111):1. ( Abu Lahab mencelakakan Rasulullah saw semasa baginda baru-baru berdakwah.)

[158] Al Qashash (28):55.

[159] Al Anaam (6):70.

[160] An Nur (24):15.

[161] Id, 96.

[162] Az Zumar (39):14.

[163] Ar Rum (30):53.

[164] Id, 55.

[165] Ibid.

[166] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 96 (1990).

[167] Al Anbiya (21):23.

[168] Fushshilat (41):11.

[169] Asy Syam (91):8.

[170] Al Baqarah (2):269.

[171] Sunan At Tirmidzi Bk.4, 273 (1993).

[172] Al Mujadilah (58):11

[173] Terjemahan Shahih Muslim Bk 1, 247 (1994)

[174] Yasin (36):30.

[175] Al Baqarah (2):75.

[176] Al An’aam (6):28.

[177] Al Baqarah (2):171.

[178] Al Baqarah (2):6.

[179] Fathir (35):14.

[180] Terjemahan Sunan Ibnu Majah Bk 4, 961 (1993)

[181] Terjemahan Shahih Muslim Bk 1, 97 (1994)

[182] An Nisa (4):155.

[183] An An’aam (6):34.

[184] Ali Imran(3):14

[185] Al Kafirun (109):2-6.

[186] Al Hajj (22):74.

[187] Az Zumar (39):9; Al Ankabut (29):43.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

1 Response

  1. hasan says:

    AlhamdullAh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *