SESUDAH MAKRIFATULLAH – KERIDHOAN 4

23.   Apabila kita sudah masuk dalam jemaahNya maka kita akan menyaksikan NurNya yang menyilaukan matahati kita.

Cahaya mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka; mereka berkata: “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”. [30]

Ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya  mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): “Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar”.[31]

Sehubungan dengan ini, Syeikh Abdul Qadir Al Jilani ada berkata:

Makin tinggi makin bersinarlah nur Allah melimpahi hati sanubari baginda (Rasulullah saw). [32]

Kamu akan lihat dengan mata hatimu apabila ianya datang dengan sinaran cahaya hatimu dan keimanan serta kepercayaanmu yang teguh. Pada masa itu nampaklah satu nur dari hatimu dan lantas terzahir keluar. Ibarat cahaya lampu di malam yang gelap-gelita memancar keluar melalui tingkap-tingkap dan celah-celah dinding rumah dan menerangi di luar rumah itu oleh terangnya cahaya di dalam rumah itu.[33]

24.              Apabila fikiran-fikiran yang jahat tidak dapat bertapak di minda anda maka anda sudah berada dalam jemaah Ilahi. Justeru itu, turunlah ilham-ilham yang baik-baik memenuhi minda anda.

Mereka itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya[34]

Mengikut Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, bukan sahaja fikiran-fikiran jahat tetapi semua fikiran yang bersangkut paut dengan manusia termasuk diri kita sendiri hendaklah dihapuskan.

Tanda kamu telah menjauhkan diri dari orang ramai ialah kamu telah seluruhnya memutuskan segala perhubungan dengan orang ramai dan membebaskan fikiran-fikiran kamu dari segala apa yang bersangkutan dengan mereka. [35]

Jangan kamu bergantung kepada diri sendiri tentang perkara yang bersangkutan dengan diri kamu.[36]

Tidak ada yang dapat menghindarkan kamu dari mendapat keredhaan dan pertolongan langsung dari Allah kecuali pergantungan kamu pada manusia dan cara peraturan penghidupan dan pendapatan kamu.[37]

Maka jadilah kamu seperti bekas yang berlubang tidak ada air yang boleh tinggal dalam bekas itu. Kamu menjadi seperti tong kosong yang berlubang. Dengan itu hati kamu pun penuh dengan Allah sahaja.Tidak ada yang lain dari Allah dalam hati kamu itu. Kamu pun bersih dari yang lain daripada Allah.[38]

Mereka buta kepada yang lain kecuali Allah. Mereka tahu Allah sahaja. [39]

Hanya bersemayam dalam hati kamu itu. Maka jadilah kamu hamba Allah sejati dan bukan hamba kepada manusia atau pendapat mereka atau kepada perintah mereka atau kepada apa sahaja selain Allah. [40] 

25.              Dengan turunnya ilham-ilham yang baik-baik ini di minda anda maka minda anda menjadi lebih berpengetahuan.

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikkan dan ketakwaannya. [41]

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan  kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. [42]

Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama  beberapa darjat.[43]

Sehubungan dengan ini, Abu Yazid Al Bistami ada berkata bahawa dia mendapat ilmu daripada yang Maha Hidup tetapi kita semua mendapat ilmu daripada yang sudah mati. [44] Di sini juga, Ibnu Arabi ada menulis kepada Fakrul Radzi bahawa seseorang itu bukan di antara mereka selagi ilmunya tidak turun langsung  daripada Ilahi. [45] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani pula menulis:

Allah akan memimpinnya dan menghiasinya dengan pakaian cahaya ilmu Allah dan terbukalah rahsia-rahsia Allah Yang Maha Agung. [46]

Pintu ilmu akan dibuka untuk kamu dan kamu pun disinari dengan pengetahuan untuk memahami rahsia-rahisa Ketuhanan dan kamu akan merasai bertambah (hal) ataupun keadaan kerohanian kamu.[47]

26.              Natijahnya, minda kita menjadi pintu turunnya arahan-arahan Ilahi ataupun daripada Loh Mahfuz.

Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi)[48]

Sehubungan dengan ini, Syeikh Abdul Qadir Al Jilani ada berkata:

Setelah putuslah dia dengan hal keduniaan maka ketentuan dan kerja Allah akan terzahir melalui orang itu dan lepaslah ia dari hal-hal keduniaan. Tinggallah padanya roh sahaja. [49]

Hamba Allah itupun jadilah seperti bayi di pangkuan ibunya atau seperti orang mati yang sedang dimandikan atu seperti bola dikaki pemain bola – melambung, bergolek, ke atas, ke tepi dan ke tengah, sentiasa berubah tempat. Dia tidak ada pada dirinya upaya dan daya. Maka lenyaplah ia keluar dari dirinya dan masuk ke dalam lakuan Allah semata-mata [50]

Lakuan Allah pun terzahir pada kamu dan pada masa pergerakan kehendak dan lakuan Allah itu, kamu hanya pasif pada badan, tenang dalam hati, luas fikiran, muka kamu berseri-seri dan jiwa kamu bertambah subur.[51]

27.              Hidup kita kini berubah dan menjadi perkakas Ilahi.

Pendeknya, dia itu adalah perkakas semata-mata bagi Allah Yang Maha Besar. [52]  

Perkara ini berlaku kepada Nabi Muhammad [saw] dan para nabi yang lain.

Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar.[53]

Aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya. [54]

 

“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut. Mereka berdua berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami takut bahawa ia akan segera menyeksa kami, atau ia akan melampau batas”. Allah berfirman: “Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu; Aku mendengar dan melihat segala-galanya.
[55] 

 

Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
[56]  

Sehubungan dengan ini, Syeikh Abdul Qadir Al Jilani ada berkata:

Selepas pengalaman ini akan bertambah hancurlah “hati” kamu sehingga hapuslah hawa nafsu dankehendak kamu umpama tempayan yang pecah yang tidak mengandungi air walau setitikpun. [57]

 

Kamu akan dapati diri kamu “kosong” dan sebenarnya ada ialah Allah. [58]

28.              Dalam keadaan kerohanian sebegini, hendaklah kita memperkemaskan ibadah kita.

Setelah ia tahu dan Makrifat pada Allah swt ia pun mulai sungguh-sungguh belajar cara-cara ibadah.[59]

 

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat. [60]

 

29.              Hendaklah kita perbanyakkan ibadah-ibadah sunat yang kita terdaya dan istiqamah.

i.       Sembahyang:

Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa. Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya[61]

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.[62]

“(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya?[63]

 


Bibliografi

[31] Al Hadid (57):12

[32] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 29 (1990).

[33] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 148 (1990).

[34] Al Mujadilah (58):22

[35] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 22 (1990).

[36] Id, 23.

[37] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 47 (1990).

[38] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 57-58 (1990).

[39] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 179 (1990).

[40] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 70 (1990).

[41] Asy Syam (91):8.

[42] Al Baqarah (2):269.

[43] Al Mujadilah (58):11

[44] Zainal Ariffin Abbas, Ilmu Tasauf, 156 (1991).

[45] Ibid.

[46] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 20 (1990).

[47] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 58 (1990).

[48] Asy Syura (42):51

[49] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 19 (1990).

[50] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 19 (1990).

[51] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 23 (1990).

[52] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 143 (1990).

[53] Al Anfaal (8):17

[54] Al Kahfi (18):71-82. Khidir dan Musa.

[55] Thaha (20):43-46. Musa dan Haron

[56] Al Muddathir (74):2-3. Muhammad (saw)

[57] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 23-24 (1990).

[58] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 24 (1990).

[59] Imam Ghazali, Munhajul Abidin, 10 (1997).

[60] Adz Dzariyaat (51):56.

[61] Al Muzammil (73):2-4

[62] Al Israa (17):79

[63] Az Zumar (39):9

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *