Q&A: MAKRIFAT SIFAT, MAKRIFAT HAKIKAT, MAKRIFATULLAH (3)

Mohd Zainothman: Aslkm ustaz, saya ada satu pertanyaan jika ustaz tiada keberatan: Hubungan langsung dengan Allah apakah terus langsung kepada diriNYA atau kepada DzatNya LM. Harap di maaf jika pertanyaan saya tidak sesuai. Terima kasih ustaz.

Ustadz Hussien Abd Latiff: “Hubungan Langsung” contoh:

i. Rasulullah saw mendapat arahan Allah swt berkenaan shalat semasa miraj.

ii. Nabi Musa as berkata-kata dengan Allah swt di Bukit Thursina.

iii. Dzikrullah adalah talikomunasi kita langsung dengan Allah swt bersandarkan firmanNya kau ingat Aku, Aku ingat kau.

Renungkan, kata-kata dalam (i) & (ii) dan ingatan dalam (iii) dan jawab pertanyaan-pertanyaan ini:

a. Adakah kata-kata dan ingatan itu di dalam Pelan IndukNya Loh Mahfuz (LM)?
b. Kalau di dalam LM, kenapa begitu?
c. Kenapa kata-kata dan ingatan itu tidak boleh berada di luar LM?
d. Bilakah kata-kata dan ingatan itu terjadi?
e. Siapa yg taat memastikan semua yg termaktub di LM berlaku dengan tiada perubahan?
f. Justeru itu siapa yg berlakon?

Akhir sekali saya ungkap perkataan sahabat kita Rio,”Hidup ini sandiwara tapi terasa sangat real”.
Kerana itu Pak Zain ingat [mengira] Pak Zain yang berhubung!

Harap anak Ayah semua dapat pencerahan, aamin ya Rabbil alamin!

Suharjono: a. Di dalam LM
b. Semua apa saja selain Allah harus di dlm LM
c. Kata-kata dan ingatan juga ciptaan
d. Bila masanya tiba n sdh ditetapkan sejak KUN
e. DzatNya, Menerusi arahan LM
f. DzatNya

Ustadz Hussien Abd Latiff: Bisa diterima jawapan sahabatku Pak Har.
Cuma c. Ada sedikit penambahan – Kata2 n ingatan juga ciptaan maka mesti berada di dalam LM kalau di luar menjadi Lu Mampus.🤣😂😅

Suharjono: Alhamdulillah, terima kasih Ustadz😍😍😍

Ustadz Hussien Abd Latiff: Kefahaman kalian semua sungguh-sungguh menakjubkan, Alhamdulillah dan Makasih Allah!

Suharjono: Alhamdulillah

Ustadz Hussien Abd Latiff: Tidak terfikir dahulu, hamba yg hina dina sekarang dikalungkan dengan permata ilmu. Sesungguh besar sungguh rahmatMu Oh Allah!

Kalian renungkan segala yg dibincangkan langsung tidak berhubung kait dengan Makrifat Sifat tetapi dengan Makrifat Hakikat (Dzat dan Af’alNya) dan Makrifatullah.

Makrifat Sifat (Allah swt) langsung sekarang tidak diperbincangkan lagi kerana ini udah menjadi Dasar, namun mereka yg di luar kumpulan kalian masih mencari Makrifat Sifat (Allah swt) dengan bermacam kegiatan, pengajian, kefahaman dll namun dalam kegelapan. Kerana itu saya katakan, “Sungguh Besar RahmatMu (kepada kami) Ya Allah!” Aamin ya Rabbil alamin!

Mohd Zainothman: Mohon maaf ustaz. Saya masih dalam kebuntuan untuk memahami huraian ustaz. Hanya sebahagian kata-kata ustaz itu yang dapat saya fahami ( tidak seperti sahabat-sahabat ) yang lain, amat cepat memahami. Saya mohon bantuan ustaz, doakan lah saya agar Allah bukakan hati saya untuk senang memahami kata ilmu yang amat tinggi lagi rumit ( bagi saya) ini. Ribuan terima kasih saya kepada ustaz yang amat saya sayangi.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Fahaman kan jawapan Pak Har insya-Allah akan terbuka Makrifat Hakikat.

Mohd Zainothman: Alhamdulillah terima kasih ustaz.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Kekeliruan utama ialah mengingat [mengira] kita ini wujud, maka ini meletakkan kita di peringkat Makrifat Sifat.

Kita mesti nafikan Sifat dan masuk ke Makrifat Hakikat. Justeru [Karena itu] baru kita sedar bahawa Dzat yg sedang berlakon (af’al) dan kita ini tidak wujud.

Maka segala lakonan adalah lakonan Dzat mengikut arahan Loh Mahfuz (LM). Justeru itu apa juga kita rasa atau alami adalah sesuatu yg berada dalam LM dan alami serta dirasai oleh DzatNya kerana kita tidak wujud.

Justeru itu [Karena itu] Dia bersandiwara dengan DzatNya.

Selagi kita ingat [mengira] kita wujud dan kita rasa, maka fakta yg Dia bersandiwara dengan DzatNya terhijab kpd kita.

Bilakah sandiwara ini bermula, bila Dia firman,”Kun”

Mohd Zainothman: Alhamdulillah. Terima kasih ustaz, nampak ada sedikit cahaya untuk saya meneruskan perjalanan. Terima kasih.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Alhamdulillah

Ahmad Saifudin: Berarti kewujudan diri menjadi hijab sedemikian rupa sehingga kita malah merasa yang berlakon, benarkah Ayah?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, menghilangkan Sifat dan melihat kepada Hakikat (Dzat) bukanlah perkara yg sulit atau sukar dan tidak perlu latihan atau riadah yang teruk [berat].

Menghilangkan Sifat dan melihat kepada Hakikat (Dzat) bersandar kepada:

i. Hati (Minda, Pendengaran dan Penglihatan) dan
ii. Ilmu

Latihan Pertama Ais [es] atau Air batu.
a. Mata melihat Ais (Sifat)
b. Hati yg berilmu tahu dan melihat bahawa disebalik Ais itu adalah Air. Gampang sahaja Hati menafikan Sifat Ais.

Latihan kedua, Durian.
Gambang sahaja bagi Hati (yg tahu pasal durian) menafikan kulit yg berduri (Sifat) dan melihat (sambil bisa mencium baunya sekali) isi durian itu. Namun orang yg hanya nampak kpd Sifat seperti pelancong hairan kenapa orang asia suka beli buah yg berduri dan terfikir dalam dirinya tidak mungkin mereka bisa makan duri-duri itu.

Latihan ketiga, rumah kalian sendiri yg dekat dengan air terjun.

Apabila kalian berada di luar rumah maka Hati kalian dengan gampang bisa sahaja melihat kepada pendalaman atau susunan dalam rumah kalian. Dan bukan itu sahaja, Hati kalian juga bisa mendengar bunyi Air Terjun yg dekat rumah kalian.

Latihan kempat, ciptaan.

Hati yg udah makrifat Hakikat (mengetahui disebalik semua citpaan ada Dzat yg wajibul wujud) gampang sahaja menafikan Sifat dan melihat (mengisbat) kepada Dzat meliputi.

Harap anakku dapat pncerahan insya-Allah, aamin ya Rabbil alamin!

Anakku yg Ayah sayang dan rindui hayatilah kata-kata Ayah ini. Apabila kalian melihat titik-titik dalam gambar ini maka kalian tidak sedar akan dakwatnya [tintanya].

Begitu juga, apabila kalian melihat dakwatnya [tintanya], kalian tidak sedar akan titik-titiknya. Begitulah anakku, apabila kamu melihat pada Sifat, kamu tidak sedar adanya Dzat wajibul wujud disebaliknya . Justeru kamu ingat hanya yg wujud adalah titik-titik sahaja tidak sedar dakwat disebaliknya kerana dakwat itu adalah wajibul wujud bagi titik-titik itu. Maka selagi Sifat tidak dinafikan maka tidak kamu bisa mengisbatkan Dzat dan kalau Dzat udah diisbatkan ini bererti Sifat udah tiada lagi.

Namun anakku, apabila kamu renung akan gambar ini, sedarkah kamu titik-titik ini hanya merangkumi atau “covers” bahagian kertas DIBAWAHnya dan ini hanya kecil sahaja di bandingkan dengan bahagian kertas yang di luar titik-titik itu. Anakku, bahagian kertas yang dibawah titik-titik itu adalah ekor gajah dan bahagian kertas di luar titik -titik itu, itulah badannya .

Ekor dan badan gajah itu tidak bercerai anakku

Semoga kalian dapat pencerahan, aamin ya Rabbil alamin!


Artikel terkait:


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *