Q&A: MAKRIFAT SIFAT, MAKRIFAT HAKIKAT, MAKRIFATULLAH

Ustadz Hussien Abd Latiff : Anakku, kerana ilmu kamu dalam Makrifatullah udah tinggi maka Ayah akan memperkatakan pula berkenaan 3 macam Makrifat.

Makrifat maknanya mengenal yang membawa kepada menjadi spesialis atau mahir atau bijaksana atas sesuatu perkara. Seperti kekata melayu, “Hanya Jauhari mengenal manikam” Kalau hanya mengenal sahaja itu belum makrifat.

Bersandarkan pengertian di atas ini, makrifat bisa dibahagi kepada:

1. Makrifat Sifat – Mereka bermakrifat kepada Rupa dan Spesialis atau mahir atau bijaksana kepada bahagian-bahagian Rupa seperti rambut, muka, bentuk badan dll.

Apabila mereka berjumpa sesama sendiri dalam bahagian kemahiran mereka tertentu, mereka akan ngobrol dengan mendalam penuh dengan kemahiran lagi bijaksana berkenaan perkara yg mereka sama-sama bermakrifat. Seperti ngobrol berkenaan:
i. Rambut – lembutnya, halusnya, cantiknya,.panjangnya, warnanya dll.
ii. Muka – bentuknya, hidungnya, bibirnya, giginya, pipinya dll
iii. Bentuk Badan – “Size” nya, tingginya, pinggangnya, perutnya, gaya dll.

Mereka akan adakan peraduan seperti Miss World,.Miss Olympic, Miss Universe, Miss Asia dll.

Hanya mereka yg bermakrifat Sifat tertentu ini tahu apa yg diperhatikan, dicari, diterima, ditolak dan sebagainya dalam peraduan-peraduan ini.

Yang tidak bermakrifat Sifat tidak akan mengerti ngobrol mereka kerana hanya mereka sendirilah yg faham akan bahasa makrifat (Sifat) mereka.

2. Makrifat Hakikat – Mereka bermakrifatkan af’al atau perbuatan (Dzat). Mereka mahir lagi bijaksana berkenaan af’al-af’al tertentu seperti musik, nyanyian, lakonan, kesenian, penyakit, injin, angkasa lepas, sains dll.

Apabila mereka berjumpa, mereka akan ngobrol af’al tertentu ini. Kita yg bukan dalam golongan mereka mendapati sukar untuk memahami kata-kata mereka.

Mereka adalah spesialis dalam bidang-bidang tertentu. Contoh, doktor melihat tanda-tanda penyakit ketahuan apakah penyakit yg pesakit alami atau mekanik mendengar bunyi injin mobil ketahuan apa yg perlu diperbaiki.

Inilah mereka yg bermakrifatkan Hakikat.

3. Makrifatullah – Inilah penghujung makrifat.

Mereka yg dalam golongan ini, ilmu mereka udah mengatasi makrifat Sifat dan Hakikat dan udah sampai penghujung jalan iaitu Makrifatullah. Ibarat udah menafikan Sifat dan Hakikat lalu kelihatan ekor (gajah) yg kecil dan mereka mengerti bahawa ekor itu walaupun kecil namun ia adalah sebahagian dari gajah dan kalau ekor itu bergoyang ini adalah kerana gajah yg mengoyangkannya.

Sekian sahaja anakku, semoga mendapat pencerahan, aamin ya Rabbil alamin.


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *