Q&A: MAKRIFAT SIFAT, MAKRIFAT HAKIKAT, MAKRIFATULLAH (2)
Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, bersambung dari pencerahan di atas ini.
Maka kita boleh merumuskan:
1. Mereka yg tidak bermakrifat adalah mereka yg dhaif di atas perkara-perkara yg bersabit. Kalau mereka mendengar kata-kata makrifat (Sifat, Hakikat atau Makrifatullah) mereka tidak mengerti atau langsung ngak ada minat.
2. Mereka yg bermakrifat adalah mereka yg spesialis, mahir dan bijaksana dalam bidang yg berkait.
Namun apabila kita kaji atau renungkan kemahiran atau kebijaksanaan ini, kita dapati ia bukan hak individual tetapi dikongsikan dengan sesama mereka sehingga menjadilah:
i. Satu kefahaman atau pengertian.
ii. Satu bahasa.
iii. Satu keluarga yg besar, tidak kira di mana tempat mereka berada.
iv. Satu Hati.Selain dari yg tersebut di atas ini, kefahaman dan pengertian berkenaan ilmu ini bertambah dengan masa yg dapat diterima lagi difahami oleh mereka semua.
Nah, sekarang kita lihat pula kepada ilmu yg tidak benar serta natijah:
i. Tiada penerangan yang jelas lagi memuaskan. Guru dan murid pun pusing kerana kedua-duanya tiada kefahaman akan ilmu yg disampaikan atau dipelajari.
ii. Tidak ada satu bahasa yg dapat menunjukkan atau mencerminkan kefahaman kerana kesemua mereka pusing serta jalannya juga samar.
iii. Tidak ada keluarga besar kerana banyak lari kerana tidak ada kefahaman apa yg hendak disampaikan serta pusing.
iv. Kerana tidak ada kefahaman akan ilmu yg hendak disampaikan lagi pusing maka sukar untuk mereka bersatu hati.Semoga anakku mendapat pencerahan, aamin ya Rabbil alamin.
Maka rumusan yg dapat menunjukan ilmu itu benar ialah:
1. Satu kefahaman
2. Satu bahasa
3. Satu keluarga besar
4. Satu HatiKita bisa melihat fakta – fakta di atas ini dalam kumpulan para saintis, kedoktoran, bijak pandai ilmu hisab dan lain lain lagi. Juga ilmu mereka bukan sahaja malahan berkembang.
Kerana itu kumpulan mereka masih ada lagi berkembang. bukan sahaja “stagnant” (terhenti)
Rio : Ustadz. Bagi yang menyadari jamaal atau jalaal Allah, itu termasuk makrifat hakikat / af’al ya ustadz?
Ustadz Hussien Abd Latiff: Prof Abubaker Atceh ada menulis bahawa Hakikat membawa seseorang itu kemakrifat.
Maka apabila seseorang itu makrifat hakikat (disebalik semua adalah Dzat) dan sejurus dari itu dia sedar bahawa Allah swt melihat, mendengar dan sebagainya menerusi DzatNya maka di sini makrifat Hakikatnya menjadi Makrifatullah. Pada masa ini Jamal dan JalalNya terasa olehnya lalu Makifat Hakikat menjadi Makrifatullah.
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR