Q&A: ISTIQAMAH (2)
Ustadz Hussien Abdul Latiff: Maka usahakanlah Anakku untuk memamtapkan kedua-dua saranan yg Ayah udah sampai kepadamu seperti yg tertulis di atas ini dan:
1. Hidup macam biasa namun berpandulah kepada Syariah dan jangan menyimpang darinya kerana Syariah adalah seperti kerangka (skeleton) kita tanpanya kita tidak bisa berdiri. Gigitlah dengan gigi garham akan tali ini dan janganlah mengikut sesuatu pembaruan (bida’ah) iaitu yang tiada diamalkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat kerana itu boleh menyesatkan.
2. Rasulullah saw ada bersabda kalau ada kegelisahan dikalangan umat baginda maka hendaklah kita ikut pada yg ramai kerana Allah swt tidak akan menyesatkan umat baginda pada yg ramai. Justeru itu, ikutlah ahli sunnah wal Jamaah kerana inilah umat baginda yg ramai.
Ingat anakku bahawa kalau kamu abaikan Syariah maka kamu akan dapati ramai akan lari daripada mu kerana kamu sudah dalam atau dekat dengan kesesatan. Allah swt ada berfirman bahawa setiap umat dibekalkan dengan Syariah masing-masing dan hendaklah kita mengikuti Syariah yg disampaikan oleh Rasulullah saw.
Semoga kalian mendapat pencerahan pagi ini, insya-Allah.
Alhamdulillah..Terima kasih ayah atas ceramah yg disampaikan.