Q&A: SATU KEHENDAK (3)
Ustadz Hussien Abdul Latiff: Anakku, semoga ilmu yg Ayah mahu sampaikan, insya-Allah, membawa lebih pencerahan kpd kalian:
1. Apa yg terzahir di mata kamu adalah melambangkan satu Kehendak iaitu Kehendak Allah swt, Tuhan yang satu. Sesuai dengan firmanNya bermaksud bahawa semua pengurusan adalah ditangan Allah swt dan tiada sedikit pun campurtangan kita berkenaannya. Dan hanya ada satu Tuhan kalau tidak sudah ada kebinasaan.
2. KehendakNya yang satu itu termaktub dalam Takdir kita. Lengkap udah kitab Takdir ini sehingga, sesuai dgn firmanNya, tidak akan ada ubahsuai ataupun perubahan. Justeru itu, Takdir kita teguh dan tetap. Sehingga Rasulullah saw bersabda sesiapa yg berkata bahawa dia bisa menukar Takdir (mengelak sesuatu yg mesti kena atau mengenakan sesuatu yg tidak kena yg udah tertulis di dalam Takdir) tempatnya adalah dalam Neraka. Penerimaan Takdir adalah rukun Iman ke6 kalau kita tidak dapat menerimanya maka mengikut Rasulullah saw kita belum beriman dan kesemua sedeqah kita akan ditolak oleh Allah swt.
3. Kerana itu Allah swt memerintah Rasulullah saw supaya pertama-tama menyerah diri (kpd Takdir) dan kita juga disuruh menyerah diri (Takdir).
4. Justeru apa juga berlaku hendaklah kita berkata,”Inna lillahi Wainna Ilaihi Rajiun”. Maksudnya, semua datang dari Allah swt dan akan kembali kepadaNya. Ini juga bererti bahawa semua adalah milikNya justeru itu, Dia berhak berbuat apa jua Dia suka kepada hakNya dan ini yg melambangkan KehendakNya yg satu yg kita lihat didepan mata kita. Maka anakku, hiduplah seperti biasa serta terimalah sepenuhnya tanpa rugutan dan sungutan akan Takir kita serta ketahuilah itu semua adalah KehendakNya yang menjadi Takdir kita yg tidak akan ada ubahsuai.
Dengan penerimaan Takdir sepenuhnya kalian udah membuat penyerahan serta redha dengan ketentuanNya. Ingatlah sabda Rasulullah saw bahawa seseorang itu tidak masuk ke Syurga dengan amalannya tetapi dengan KeredhaanNya. Semoga kalian faham, anakku, aamin ya Rabb aamin!
KOMENTAR