Q&A: ALAM AZALI (2)
Aslkm anakku yg disayangi. Kalau Kita perhatikan, semasa Kita berada di Alam Azali, Roh (Jiwa) Kita dicipta (bukan dilahirkan) berumur 33 tahun (bersandarkan Hadith bahawa roh Kita berumur 33 tahun)
Pada masa di Alam Azali, sudah tentu ada pelbagai interaksi di antara Roh (Jiwa) sesama kita dan yg paling utama sekali ialah peristiwa Pengenalan atau Makrifat kpd Allah swt.
Namun semua memori Kita berkenaan hidup Kita di Alam Azali apabila sahaja Kita turun atau dilahirkan ke dunia langsung terhakis. Tiada suatu apapun memori berkenannya tertinggal.
Begitu juga Roh (Jiwa) yg masih berada dalam Alam Azali, mereka juga tidak dapat mengetahui langsung apa terjadi kpd Roh (Jiwa) sesudah meninggalkan Alam Azali. Ini bertepatan dengan firman Allah swt bahawa hanya Dia sahaja yg tahu pada perkara-perkara yg ghaib.
Bukan sahaja itu, Roh (Jiwa) yg berada dalam Alam Azali juga tidak dapat turun ke Alam Dunia (seperti di Alam Bazakh) ada dinding menyekat mereka
Maka Roh (Jiwa) yg ada dalam Alam Azali langsung tidak tahu apa yg terjadi kpd Roh (Jiwa) setelah turun ke Alam Dunia. Dan Roh (Jiwa) yg udah turun ke Alam Dunia juga lupa langsung atau tiada memori berkenaan hidupnya di Alam azali.
Sesudah Roh (Jiwa) turun ke Alam Dunia maka mulailah ia berinteraksi mengikut Kitab Kehidupan (Takdir) dan hanya berhenti atau terlepas dari mengikut Kitab Kehidupan (Takdir) ini apabila Kita meninggal dunia.
Apabila Kita mati Roh (Jiwa) meninggalkan dunia ini lalu masuk ke Alam Bazakh. Dengan kematian juga Roh (Jiwa) Kita tidak perlu lagi berinteraksi mengikut Buku Kehidupan (Takdir). Buku ini (yg mengandungi segala memori Kita) tertinggal di dunia. Sesuai dengan firman Allah swt bahawa apabila Kita meninggal dunia Kita juga meninggalkan segala-gala augerahNya kpd Kita. Ini termasuk memori Kita kalau tidak, hiduo Kita di dunia ini akan bersinambungan di Alam Bazakh.
Kerana tertinggal Kitab Kehidupan (Takdir) yg ada di dalamnya segala memori Kita di dunia maka Roh (Jiwa) Kita tidak akan dapat mengingati langsung segala Kehidupan Kita semasa berada di Alam Dunia. Bukan sahaja itu, Roh (Jiwa) juga tidak dapat turun ke Alam Dunia disebabkan (mengikut firman Allah swt) ada Dinding yang menghalang Roh (Jiwa) turun ke dunia. Ini juga bererti bahawa terputus langsung perhubungan Kita kepada Alam Dunia. Sehubungan dengan ini, apa jua perkara yg mengaitkan amal atau hubungan Kita dengan Roh (Jiwa) di Alam Bazakh tidak dapat dipertahankan kerana mereka di sana langsung tidak ingat Kita lagi.
Semoga anakku mendapat pencerahan dari tazkirah ini, aamin Ya Rabbil alamin!
KHILAFIYAH
Ada bertanya berkenaan siksa kubur maka ada khilafiah di antara ulama berkenaannya kerana perkara berikut:
1. Kenapa tidak tersebut perkara ini (siksa kubur) dengan jelas seperti siksa neraka dalam Taurat, Injil Dan Al Quran?
2. Kalau ada siksa kubur, kenapa tidak Allah swt mengugut Manusia dengan siksa ini dalam Taurat, Injil dan Al Quran? Walhal siksa kubur juga amat berat dan mengerikan.
3. Kenapa Firaun yg udah mati, (di dalam Al Quran) hanya dilihatkan tempatnya di Neraka pada waktu pagi dan petang? Kenapa tidak diceritakan;
dengan jelas tentang siksa kubur atau soalan di dalam kubur yg mereka (Firaun dan pengikutnya) alami?
4. Kenapa mereka yg dihidupkan semula sesudah mati beberapa Hari seperti (Lazarus) yg dihidupkan oleh Nabi Isa (as) dan seseorang yg dihidupkan oleh Nabi Musa (as) yg di sebutkan di dalam Al Quran, mereka langsung tidak menceritakan tentang siksa atau pertanyaan oleh malaikat dalam kubur mereka semasa mereka berada di dalamnya?
5. Kalau tiada tersebut berkenaan siksa kubur dengan jelas dalam Al Quran maka dari sudut Hukum Fiqh, Hadith (siksa kubur) tidak bisa mengatasinya.
6. Bilakah siksa kubur akan berhenti? Adakah mereka yg kafir dalam zaman Nabi-nabi terdahulu masih disiksa dalam kubur mereka hingga saat ini?
7. Bagaimana mereka yg mati dalam perut binatang seperti ular. Akan ular juga merasa siksa kubur juga?
9. Bila Kita belajar tentang Hadith maka Kita akan berjumpa berkenaan seseorang pemalsu Hadith yg bertaubat, apabila ditanya mana-mana Hadith yg dipalsukan kerana terlampau banyak yg di palsukan maka dia tidak bisa ingat kesemuanya.
10. Ada Kitab menyatakan bahawa ahadith berkenaan siksa kubur, adalah Hadith Ahad.
11. Ada ulama menyatakan bahawa ahadith berkenaan talqin yg dibuat setelah sahaja mayat ditanamkan adalah bidaah.
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR