Q&A: ILMU MAKRIFAT DALAM IBARAT (2)

[2/28, 3:29 AM] Ustadz Hussien Abd Latiff:

Anak: Ayah, boleh Allah mencipta Tuhan?

Ayah: Ooiii, udah banyak Dia menciptakan!

Anak: Mana dia, Ayah?

Ayah: Kesemua berhala yang ada!

Anak: Itukan dibuat oleh manusia.

Ayah: Anakku, siapa yang membuat kesemua ciptaan?

Anak: Allah yang membuatnya, Ayah.

Ayah: Maka bukankah berhala itu ciptaan?

Anak: Astagh..

Ayah: Anakku, adakah Dia berkongsi milik dengan sesiapa dalam mencipta
kesemua ciptaan?

Anak: Tidak ada!

Ayah: Maka kenapa kamu kata manusia yang membuat berhala itu?.

Anak: (Dalam hati , “Alamak, baik pergi minum jus durian!”)

Hehehe.. AP bergemar semula

[2/28, 3:42 AM] Ustadz Hussien Abd Latiff:

Anak: Kalau begitu Allah itu seperti manusia kerana sebenarnya, yg makan, minum, tidur dan sebagainya adalah Dia menerusi DzatNya.

Ayah: Siapa cakap?

Anak: Saya cakap!

Ayah: Siapa cakap?

Anak: Kenapa ayah ini keliru, kan saya yg cakap!

Ayah: Anakku, kalau Ayah nampak kau yang bercakap maka barulah benar-benar Ayah yang keliru!

[2/28, 3:53 AM] Ustadz Hussien Abd Latiff:

Anak: Ayah, benarkah disebalik semua ciptaan ada Dzat yg wajibul wujud?

Ayah: Benar aku tetapi kamu MESTI pertama-tama nafikan kewujudan sifat dan sesudah sifat dinafikan barulah kamu boleh isbatkan Dzat.

Anak: Kenapa begitu, Ayah?
Ayah: Kerana kalau kamu tidak menafikan kewujudan sifat dahulu lalu terus mengisbatkan Dzat maka ada kemungkinan kamu mengisbatkan Dzat atas najis!

[2/28, 4:03 AM] Ustadz Hussien Abd Latiff:

Anak: Dari penerangan ayah, ini bererti setiap masa Dia bermain dengan DiriNya dan yang ada hanya Dia yang tunggal? Boleh ayah beri contoh Dia bermain dengan DiriNya dan yang ada hanya Dia sahaja.

Ayah: Contohnya, Ayah dan kamu, anakku!

[2/28, 4:12 AM] Ustadz Hussien Abd Latiff:

Anak: Ayah, kenapa hidup ada miskin & kaya, cantik & hodoh, cerdik & bodoh, gembira & hiba, hidup & mati dan sebagainya?

Ayah: Kalau tidak, mana boleh dipanggil Drama!

[2/28, 4:39 AM] Sri Puji Astuti: Alhamdulillah. Terimakasih Ustadz TH1 👍🏻🙏🙏🙏
[2/28, 7:35 AM] Badrol Sham: Alhamdulillah

[2/28, 7:38 AM] Efendy Yasin : Alhamdulillah AP langsung On kembali di pagi ini dengan curahan ilmu penuh hikmah … Terimakasih ustadz 💐💐🌺🌺🌹🌷🌸 🍹🍹🍹🍹🍹


 

Catatan:

Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *