Anakku, udah di katakan bagaimana ya bisa ketetapan telor itik menetas anak itik dan telor Ayam menetas anak ayam pasti berlaku? Siapakah yg taat menjunjung Perintah dan Ketetapan Allah swt ini. Maka Prof Ramadan Al Buti berkata,” Segala Hakikat di Alam semesta yg Kita lihat dan Kita saksikan, kesemuanya adalah limpahan daripada satu Hakikat teragung iaitu Hakikat Dzatullah Azza Wajalla.” Beliau Kemudian menambah,”Sifat wujud ini tidak lain selain dzatNya.”
Anakku, Prof Ramadan udah buka RahsiaNya iaitu disebalik atau Hakikat kesemua ciptaan adalah Dzat. Justeru apa jua kelakonan ciptaan adalah sebenarnya adalah kelakonan Dzat.
Dari pandangan Prof Aboebakar Atjeh pula, beliau berkata bahawa kefahaman akan Hakikat akan membawa kepada Makrifat. Maka anakku, dengan Kalian mengetahui disebalik atau Hakikat setiap ciptaan adalah Dzat maka dengan ini Kalian bisa memakrifatkan Yang Maha Halus di sebalik Dzat itu.
Anakku, Jasad Kita ini sebenarnya diliputi penuh dengan atom-atom yg kecil-kecil yg memerlukan Teleskop yg canggih untuk melihatnya.
Kalau begitu, apa yang bisa meliputi dan memenuhi atom-atom yg sangat kecil ini. Jawapannya adalah Dzat. Seperti ditulis oleh Prof Ramadan,” Telah sabit dengan bukti yg Yakin, yg tidak mengandungi keraguan sedikit pun bahawa kewujudan segala yg mungkin ini bersandar pada Dzat yg Wajib wujudnya (Wajibul wujud)”. Di sini jelas Dzatlah yg terlebih kecil (daripada atom) itulah yg bisa meliputi penuh kesemua atom-atom.
Justeru, apa yang bisa meliputi penuh akan Dzat yg tersangat kecil itu. Jawapannya tentulah Yang Maha Halus. Maka firmanNya,”Inna lillahi Wainna Ilahi Rajiun.”
Kesimpulannya ialah Dzat terzahir berupa ciptaan dan Yang Maha Halus terzahir berupa Dzat. Maka apabila Kalian Nafikan Sifat dan Hakikat, Kalian tahu disebalik semua itu adalah Yang Maha Halus.
Dengan ini, Kalian bisa faham kekata Syeikh Abdul Qadir Al Jilani,” Pada Hakikatnya tidak ada pelaku atau pengerak atau pendiam kecuali Allah (Yang Maha Kecil), tidak ada baik atau jahat, tidak ada rugi atau untung, tidak ada faedah atau anugerah, tidak ada sekatan atau terbuka atau tertutup, tidak ada hidup atau mati, tidak ada mulia atau hina, tidak ada kaya atau papa, bahkan segala-gala adalah dalam tangan Allah.”
Maka Allah swt berfirman,” Semua bergantung kepada Aku!” Allah swt juga berfirman,”Aku berkuasa di atas segala sesuatu!”
Maka apa makna semua ini. Jawapannya dalam firman ini, “Dan tiadalah Kehidupan Dunia ini melainkan senda gurauan dan main-main. Dan Sesungguhnya Akhirat itulah sebenarnya Kehidupan kalau mereka mengetahui.’
Semoga Anakku yg disayangi mendapat faedah dari Tazkirah Ayahmu ini, aamin Ya Rabbil alamin! Fiamanillah anakku!
KOMENTAR