Q&A: LEBIH DALAM MENGENAI APLIKASI NST DAN ROC (1)

 Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, kekata Inggeris,” God operates in a mysterious way!” maknanya tiada yg tahu bagaimana Tuhan bertindak.

Bagi kalian yg udah makrifat, udah dilatih dan udah menjadi kebiasaan sekira ada masalah NST.

Yang tiada masalah disuruh ROC sentiasa sambil mengingati Allah atau Dzikrullah.

Namun kerana kesibukan, ada yang susah, jarang atau langsung ngak ada masa untuk ROC.

Walaupun begitu, kita syukur kita boleh NST. Dengan itu, alhamdulillah, kita ada tempat mengadu atau rujukan. Maka setiapkali kita ada masalah kita akan NST dan selagi masalah itu tidak dapat penghuraiannya atau pertolongan dari Allah swt selagi itu kita akan kerap NST sehingga sampai berpuluh kali sehari iaitu dari pagi hingga kemalaman.

Yang kalian tidak sedari ialah dalam perbuatan anda NST berpuluh kali dari pagi hingga kemalaman, itulah kalian sedang dzikrullah sentiasa. Itulah satu-satu cara Allah swt membuat kalian yg udah makrifat mengingatiNya sentiasa. Sesuai dengan firmanNya, “Hai jiwa-jiwa yang tenteram kembalilah kepadaKu.” Maka diberi masalah supaya kalian sentiasa kembali kepadaNya dan dengan tidak secara langsung ingat kepadaNya (berzikirullah).

Semoga anakku yang dirindui lagi disayangi mendapat pencerahan, aamin ya Rabb aamin!

Ibu Elsy: Nggiiih ustadz… paham….
Jazaakallah khairan katsiran…

Mohd Zainothman: Alhamdulillah. Terima kasih ustaz YDK.

Ibrahim Hashim: Alhamdulillah terima kasih Ustaz yg dikasihi atas nasihat dan pencerahan pagi ini. ❤❤❤

Badrol Sham: Alhamdulillah..trima kasih utz yg di kasihi..

 


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *