Q&A: MENGENAI KOMPONEN HATI DAN PERKEMBANGAN ILMU MAKRIFATULLAH (2)

Ustadz Hussien Abd Latiff: Dalam sudut Hati itu 3 serangkai, ini adalah perkembangan dari ilmu Makrifatullah. Dari ilmu ini, terpacarlah tauhid yg suci lagi bersih lalu membenarkan seseorang itu mengalami bermacam pengalaman kerohanian termasuk wisata jiwa dan mata ke3.

Dalam pengalaman semasa wisata jiwa, dapat dipelajari:
1. Minda dan roh adalah 2 komponen (anggota) bukan satu. Contoh, apabila roh naik dan terapung di atas jasad, Minda yang ada di jasad bisa melihatnya. Minda bisa berfikir dan berkata bahawa itulah rohku di atas ini.
2. Apabila Minda keluar dari jasad dan bersatu dengan roh maka barulah bisa roh berwisata.Barulah faham bahawa roh seperti pesawat dan minda seperti pilot (Juru Terbang). Kalau tiada Juru Terbang maka pesawat ngak bisa terbang. Maka fahamlah kita bahawa untuk roh berfungsi ia mesti bersatu dengan Minda.
3. Baru juga faham untuk jasad kita berfungsi maka roh perlu menjelajah seluruh anggota serta dikemudikan oleh Minda. Maka fahamlah kita akan sabda Nabi Isa as bahawa Roh mesti bersatu dengan Minda untuk kita berfungsi. Justeru itu, kalau roh tidak dapat bergabung dengan Minda maka tidak bisa kita berfungsi. Keadaan ini dikenali sebagai “tertekan”.
4. Semasa wisata maka barulah kita sedar bahawa Pendengaran dan Penglihatan tidak pernah bercerai dengan Minda. Kita bisa berfikir, melihat dan mendengar semasa wisata. Maka barulah faham kenapa Allah swt berfirman bahawa Dia memberi kita Penglihatan (Mata), Pendengaran (Telinga) dan Hati (Minda) bukan Mata, Telinga dan Minda untuk menekankan bahawa ini 3 anggota adalah serangkai dari sudut kerohanian. Kalau Allah swt menggunakan Mata, Telinga dan Minda maka kita akan berfikir mereka adalah anggota yg berasingan. Baru juga faham bahawa apabila dikatakan orang “hilang akal” maksudnya hilang daya memikir bukan Minda itu hilang. Baru juga faham bahawa untuk kita berfungsi roh mesti bersatu dengan anggota 3 serangkai ini.
5. Apabila berulangkali wisata barulah sedar Minda serta Penglihatan dan Pendengaran (MPP) tidak pernah tidur atau tertidur. Kerana semasa wisata kita sedar MPP kita sentiasa jaga (alert). Barulah faham kenapa Allah swt berfirman Dia pegang jiwa kita semasa tidur kerana (a) ini 3 anggota serangkai sentiasa jaga (alert) dan (b) juga menahan roh keluar dari jasad. Baru faham kenapa banyak orang di dunia tidak pernah tidur seumur hidup kerana Allah swt tidak pegang jiwa mereka.
6. Kita juga baru faham firmanNya bahawa kalau orang itu akan mati semasa tidurnya maka Allah swt akan menghantar rohnya kekerongkongnya. Inilah keadaan sakaratul maut di mana kita tidak dapat bergerak kerana Roh udah berpisah dengan anggota 3 serangkai itu.

Dalam pengalaman terbuka mata Ke 3:
1. Terasa kesejukan naik dari ulu hati sampai kekerongkong. Maka benarlah firman Allah swt bahawa Dia menghantar roh seseorang yg mahu meninggal dunia kekerongkongnya. Benarlah kata Nabi Isa sa bahawa tempat roh itu adalah dekat dengan jantung (ulu hati).
2. Roh naik dari kerongkong sampai ke dua belah mata dan menterbalikkan keduanya. Maka fahamlah firmanNya bahawa roh itu akan naik dan menter…

 Anakku, pengalaman di atas ini berkembang dari ilmu Makrifatullah yg ayah perolehi dari kurniaan Ilahi.

 

Artikel sebelumnya : 


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *