BERBESAR HATI MENERIMA UJIAN
Ustadz Hussien Abdul Latiff :
Ayah: Anakku, Ujian adalah satu dugaan daripada Allah swt menguji keimanan kita. Sesuai dengan firmanNya bahawa jangan berkata kita sudah beriman sebelum kita diuji oleh Allah swt.
Sesudah kita tahu di mana letaknya Hati (3 serangkai) sayugia itu kita bisa NST. namun NST kita lebih bermakna setelah kita diuji oleh Allah swt kerana dengan ujian itu kita bisa NST sejengkal atau sehasta atau sedepa.
Begitu juga sesudah tahu letaknya Hati maka kita bisa ROC. Namun dengan ujian, ROC kita menjadi lebih mantap kerana walaupun diuji kita masih tenteram, menyerah diri sepenuhnya kpd Allah swt serta redha apa jua ketentuanNya yang udah Dia tetapkan semasa Dia firman, “Kun!”
Ayah harap anakku dapat menerima ujian Allah swt dengan besar Hati.
Ustaz, Syeikh Kadir mengatakan ujian demi ujian akan datang hingga kehendak didalam diri itu hancur seperti tempayan yang pecah. Apakah ini bermaksud rentetan ujian itu akan sentiasa berterusan sehingga kita benar-benar hilang rasa didalam wujud? Terima Kasih.