TIANG SERI (PILAR UTAMA) ORANG MUKMIN

13/11/20 08.58 – Arifbillah Ustadz H. Hussein Bin Abdul Latief: Anakku yg dirindui lagi disayangi.

Hari ini Ayah mahu tazkirah berkenaan Ayat, ” *Ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu*” Al Baqarah (2):152

Kalau kalian ingat kepada Allah swt sekejap sahaja (seperti, dalam shalat sahaja)maka Dia begitu juga akan ingat kepada kalian sekejap sahaja. Lagi lama kalian ingat kepadaNya maka Dia akan ingat kalian setimpal dengan itu atau lebih dari itu sesuai dengan hadith ini,” *Apabila hambaKu mendekati Aku sejengkal maka Aku mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta maka Aku mendekatinya sedepa. Dan bila dia mendekati Aku sedepa, Aku akan datang menemuinya lebih cepat lagi*: Sahih Muslim Bk 4, 608 (1994).

Dan kalau kalian sentiasa ingat Dia maka begitu juga Dia akan sentiasa ingat kalian sesuai dengan hadith ini,” *Aku akan bersamaNya jika dia mengingati Aku.”:* Sahih Muslim Bk 4, 608(19994).

Inilah orang yang tidak dilalaikan dengan urusan keseharian Dari mengingati Allah swt sesuai dengan firman ini,” *Orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada  mengingati Allah.”* An Nur (24):37.

Ingatlah anakku, hanya dengan mengingati Allah swt berterusan barulah kalian mencapai ketenterman. Sesuai dengan firmanNya,” *Orang-orang yang beriman, hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”:* Ar Ra’d(13):28.

Apabila kalian sentiasa kosongkan Minda kalian untuk mengingati Allah swt sahaja maka kalian, Insya-Allah, akan mencapai ketenterman kerana Syaitan tidak dapat menggoda kalian kerana Minda kalian tidak ada kesyirikan.

” *Dia mengosongkan hatinya hanya untuk Allah.”* Sahih Muslim Bk 1, 1005 (1990)

Nabi Isa (as) bersabda,” *Apapun Yang kalian mencintai melebihi kesemua yang lain menjadi tuhan kalian. Bagi penzina, pelacurlah sentiasa dalam mindanya; bagi yang gelojok dan pemabuk, nafsu mereka tertentu sentiasa di dalam minda mereka; bagi mereka yang tamak harta, emas dan perak   sentiasa dalam minda mereka dan begitu juga orang-orang seperti mereka akan sentiasa mewujudkan apa yang dicintainya dalam minda mereka.”* Gospel of Barnabas, 42(?)

Syaitan berkata,” *Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik* .”: Al Hijr(15):39-40

Maka Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata:

” *Hati adalah ibarat rumah dan rumah itu tidak bisa diduduki oleh dua orang. Maka rumah itu hendaklah diduduki oleh Yang Satu iaitu Allah swt* .”: Futuh Ghaib, 79 (1990).

” *Dengan itu hati kalian pun penuh dengan Allah sahaja. Tidak ada yang lain hanya Allah sahaja dalam hati kalian. Maka kalian pun bersih dari yang lain melainkan Allah.”* Futuh Ghaib, 57-58(1990).

Akhir kalam anakku, Rasulullah saw bersabda, ” *Tiap-tiap sesuatu mempunyai tiang seri. Tiang seri orang mukmin ialah mindanya. Menurut tingkat mindanya, berada ibadahnya* “: Diriwayatkan oleh Ibnul-Mahbar dari ‘Amr bin Syu’aib: Ihya Ulumuddin Bk 1, 310(1981), maka mengapa isikan minda kalian bila-bila masa dengan perkara-perkara dan ingatan-ingatan yang tidak semulia-mulia dan sesuci-sucinya selain daripada Allah swt?

Maka anakku, apa jua yang masuk ke minda kalian selain dari ingatan kepada Allah, hapuskan dengan segera dan kembalikan minda kalian kepada ingatan Allah swt. Sesuai dengan firmanNya:

” *Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka diganggu oleh  Syaitan, mereka ingat (kepada Allah) maka dengan itu mereka nampak (kebenaran)”:* Al  Araaf (7):201

Semoga Anakku mendapat memfaat dari tazkirah ini aamin Ya Rabbil alamin!

13/11/20 09.06 – Pak Yusdeka: alhamdulillah, Ayah, doakan ananda agar selalu bisa ingat kepada Allah Swt

13/11/20 09.10 – Arifbillah Ustadz H. Hussein Bin Abdul Latief: Insya-Allah, Sahabatku, Pak Deka.

Maka pertanyaannya, mengapa isikan dalam minda sesuatu yang langsung tidak elok berbanding dengan Allah Yang Maha Suci lagi Maha Mulia.

13/11/20 09.11 – Arifbillah Ustadz H. Hussein Bin Abdul Latief: Adakah sesiapa yg mahu memenuhkan rumahnya dengan alat- alat yg buruk sekali?

13/11/20 09.12 – Pak Yusdeka: 😭

13/11/20 09.12 – Mak Sri Puji Astuti Pati: 😭😭😭 terimakasih tak terhingga Ayah atas peringatan ini.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *