AGAMA YANG MUDAH
11/11/20 08.17 – Arifbillah Ustadz H. Hussein Bin Abdul Latief: Anakku, hari ini Ayah mahu tazkirah berkenaan Ayat ini:
*Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk agama yang mudah diterima oleh akal yang sihat:* Al A’la (87):8
1. Agama Islam itu mudah. Allah menciptakan hamba-hambaNya tidak lain hanya menyembah Allah swt.
*Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembahKu: Adz* Dzaariyaat(51):56
Namun manusia menyembah nabi-nabi, berhala, jin, syaitan, Mu’allim mereka dan keramat-keramat.
*Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai tuhan selain dari Allah dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Mariam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan:* At Taubah(9):31
*Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala dan mereka tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka* : An Nisa(4):117
Kerana itu Imam Ghazali ada berkata:
“Wajib bagimu mengenali dahulu siapa yang harus disembah setelah itu baru engkau menyembahNya”: Minhajul Abidin,24 (1997).
Alhamdullilah, Kita Ahli Sufi udah disedarkan kepada Kewujudan atau Keesaan atau Kebesaran Allah.
Imam Ahmad Ar Rifa’i berkata:
“Pengenalan kepada Allah swt (Makrifatullah) menerusi kesedaran yg jati di mana seorang itu benar-benar sedar atau dikejutkan kepada KewujudanNya atau KeesaanNya atau KebesaranNya: Benteng Ahli Hakikat Dalam Meniti Makrifat kepada Allah, 42(1994).
Dengan kesedaran ini matahati Kita udah tajam dan dapat melihat Kebenaran justeru itu airmata Kita jatuh berlinangan serta Kita berdoa semoga Allah memasukan Kita dalam jemaah yg menyaksi Kebenaran ini.
*Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan kalau dari (hal) ini maka Kami singkapkan daripadamu tutup matamu maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam:* Qaaf(50):22
*Kamu melihat Mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran Yang telah mereka ketahui; seraya berkata,’ Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah Kami bersama orang-orang yang menjadi saksi.”* Al Maidah(5):83
2. Agama Islam itu adalah satu dan tiada berpecah belah. *Sesungguhnya (agama Tauhid) ini adalah agama Kamu semua, agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu maka sembahlah kepadaKu* : Al Anbiya (21):92 *“Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agamanya dan mereka menjadi (terpecah) dalam golongan-golongan, sedikit pun bukan tanggung jawabmu (Muhammad) atas mereka. Sesungguhnya urusan mereka (terserah) kepada Allah* : Al Anaam(6):159
” *Kemudian mereka menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka:* Al Mukminun(23):53
Kalian bisa saksikan Agama Islam berpecah menjadi mazhab-mazhab dan masing-masing bangga dengan mazhab mereka.
Alhamdullilah, Ahli Sufi daripada awal hingga sekarang ini tetap satu golongan kerana seperti Isa (as) berkata bahawa yang disampaikan hanyalah satu pesanan iaitu Allah itu Tuhan Yang Satu dan hendaklah kita menyembahNya : Gospel of Barnabas, 154(1978)
3. Rasulullah saw berpesan jika ada masalah rujuklah kepada Al Quran dan As Sunnah baginda: Al Muwatta, Vol. II, 544(1994)
Tetapi kebanyakan sekarang ini hanya merujuk kepada kitab-kitab ulama (Taqlid): Haji Dasuki bin Haji Ahmad, Kamus Pengetahuan Islam, 339(1976)
Alhamdullilah, Kita Ahli Sufi tidak Lepas dari merujuk kepada Al Quran dibantu oleh As Sunnah Rasulullah saw kerana yang afdal mengajar berkenaan Allah swt adalah Allah (Al Quran) dan Rasulullah saw (As Sunnah).
Semoga Anakku mendapat memfaat dari tazkirah ini, aamin Ya Rabbil alamin!
KOMENTAR