Q&A: TIRAI NUR (3)

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, apabila terzahir (berbunyi) perkataan “Kun” di dalam Pelan Induk Ilahi (Loh Mahfuz) maka kerana pada ketika itu belum ada Masa lagi maka serentak dengan itu terjadi:
1. Lobang yg tidak tembus.
2. Dzat di dalam Lobang itu.
3. Terzahir Tirai Nur.
4. Terzahir Loh Mahfuz.
5. Berbunyi perkataan, “Kun” dalam Loh Mahfuz.

Sesudah itu Allah swt memasukkan Tirai Nur dan Loh Mahfuz dalam enam Masa (atau Fasa). Mengikut Sains, 6 Masa ini adalah 12 biliun tahun iaitu satu Masa sama dengan 2 biliun tahun.

Kiamat Pertama berlaku pada Masa kelima iaitu Masa 10 biliun tahun apabila matahari gering.

Kiamat kedua berlaku pada akhir Masa Ke enam apabila Tirai Nur terlerai dan Dzat yg luar membinasakan Tirai Nur serta Loh Mahfuz.

Melainkan Allah swt menghendaki yg lain, Dzat juga akan hilang dan lobang yg ada tertutup. Justeru itu, yang tinggal Allah swt yg tunggal yg tiada diketahui lagi dikenali.


Anakku, kerana tiada Masa maka serentak perkara-perkara ini berlaku:

1. Lobang yg tidak tembus.
2. Dzat di dalam Lobang itu.
3. Terzahir Tirai Nur.
4. Terzahir Loh Mahfuz.
5. Berbunyi perkataan, “Kun” dalam Loh Mahfuz.

Sesuai dengan pandangan Sayidina Ali ra bahawa Allah swt bukan seperti manusia kerana apabila Dia mahu membuat sesuatu Dia hanya perlu berfirman,”Kun” dan serentak kesemua terjadi. Manusia memerlukan planning, pembinaan bertahap-tahap serta Masa baru terbentuk sesuatu. Contoh, Akitek dengan pembinaannya.

Walaupun kesemua (1) hingga (5) yg disebut diatas ini berlaku serentak kerana tiada Masa namun dengan susunannya dapat Kita ketahui yg mana dahulu. Contoh, kalau dalam gambar (foto) tersusun:

1, Pokok besar.
2. Kayu.
3. Meja.

Walaupun gambaran ketiga-tiga diambil serentak namun Kita tahu yang mana dahulu.

Kita udah tahu Dzat bisa berada dalam lobang yg tidak tembus tetapi Dzat ngak bisa berada dalam Loh Majfuz kerana:

1. Ia bisa membakar Loh Mahfuz.
2. Ia wajibul wujud tetapi Loh Mahfuz adalah mungkinul wujud.

Juga Kita tahu bahawa Dzat ngak bisa binasakan Loh Mahfuz kerana adanya Tirai Nur. Kita juga tahu Tirai Nur ini terzahir daripada Dzat juga. Maka Tirai Nur ini adalah yg zahir dan Dzat adalah yg batin.Setelah terzahir menjadi Tirai Nur, Dzat yg terzahir itu ngak bisa tajalli kembali sehingga kiamat kedua.

Kerana Tirai Nur melindung Loh Mahfuz maka ia adalah sebahagian dari Loh Mahfuz. Justeru itu, Tirai Nur juga adalah mungkinul wujud. Kerana ini Tirai Nur juga tertaluk pada Masa. Maka ia akan binasa bersama-sama Loh Mahfuz pada kiamat kedua dan natijahnya ialah yg tinggal hanya Allah yang Tunggal.

Bayu Teguh Prakoso: zatNya diluar Tirai Nur yang melindungi Mungkinul wujud dari pandangan dzatNya , begitu kah?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Dzat yg menjadi Tirai Nur yg melindung LM dari Dzat yg di luar (yg tidak menjadi Tirai Nur) tetapi masih berada dalam lobang atau bekas.

Mohd Zainothman: Assalamualaikum ustaz, izinkan saya mengemukan sedikit pertanyaan:
Apabila Allah berfirman Kun, maka dengan serentak terjadilah sedikit dari diriNya:
1. Lobang yang tiada tembus.
2. Dzat WW.
3. Tirai Nur.
4. Loh Mahfus (dan ciptaan yang di panggil Mungkinul Wujud).
Pertanyaan saya, apabila kiamat pertama; semua ciptaan binasa kecuali Dzatnya WW.
1. Kemanakah perginya cipyaan yang telah binasa itu, kepada Dzat WW kah? Seperti buih kepada lautan, atau seperti firmanNya: Innalillahi wainnailaihi rojun.
Mohon penjelasan ustaz,.terima kasih.
[8:36 AM, 2/26/2019] Winanto: Alhamdulillah terimakasih Ayah….

Ustadz Hussien Abd Latiff: Itu kiamat kedua.


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *