SESUDAH MAKRIFATULLAH – PENYERAHAN 3

Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya (diberikan oleh mereka).[61]              

Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya (diberikan oleh mereka).[62] 

Sesudah itu, minda kita yang rosak itu kini berpenyakit. Nabi Muhammad (saw) bersada yang bermaksud: 

Sesungguhnya seorang hamba jika melakukan kesalahan maka ia terkena bintik hitam dalam hatinya. Apabila ia mencabut dan meminta keampunan maka dibersihkan hatinya dan kalau ia kembali melakukan kesalahan maka ditambah balik bintik hitam itu didalam hatinya sehingga mematikan cahaya hatinya.[63] 

Di dalam diri anak Adam ada segumpal daging. Apabila  segumpal daging itu baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan apabila segumpal daging itu rosak maka rosaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah itulah hati!.[64]

 

Allah swt ada berfirman yang bermaksud: 

Dan adapun orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit.[65] 

Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah penyakitnya.[66]

Sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka.[67]

Kalau kita masih berpendapat Loh Mahfuz masih dapat diubah maka tempat kita adalah di neraka. Begitu juga, kalau kita beranggapan bahawa dengan membuat sesuatu kita dapat mengelahkan sesuatu daripada berlaku maka kita sudah bersekongkol dengan Syaitan.  Nabi Muhammad(saw) ada bersabda yang bermaksud:

Maka perlu engkau ketahui bahawa musibah yang menimpa kamu tak akan hilang daripadamu. Dan sesuatu yang mesti terlepas daripadamu tak akan dapat memberikanmu musibah. Dan jika engkau mati dengan keyakinan selain ini, pasti engkau akan masuk ke neraka.[68]

Dan jika engkau tertimpa dengan sesuatu musibah maka janganlah berkata, “Seandainya sahaja aku berbuat begini dan begini.” Akan tetapi katakanlah, “Allah sudah mentakdirkan dan apa yang Dia kehendaki pasti dilaksanakan-Nya.” Ketahuilah bahawa kata, “Seandainya” akan membuka jalan bagi syaitan untuk menggoda.[69]

Syaitan yang paling utama kita mesti berwaspada sentiasa ialah yang dikembarkan kepada kita semasa kita dilahirkan. Syaitan ini yang dinamakan “Qarin”. Tugasnya untuk menggoda kita sehingga kita meninggal dunia.

Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka, serta perkara-perkara akhirat yang ada di belakang mereka. [70]

Aisyah (rha) di satu ketika merasa cemburu terhadap Rasulullah (saw):

Rasulullah: “Apakah Syaitan datang kepadamu?”

Aisyah: “Ya, Rasulullah, apakah ada Syaitan
                     bersamaku?”

Rasulullah: “Ya!”

Aisyah: “Apakah begitu juga kepada semua manusia!”

Rasulullah: “Ya!”

Aisyah: “Juga bersamamu, ya Rasulullah!”

Rasulullah: “Ya tetapi Tuhan menolongku hingga akau
                                 selamat!” [71]

Kerana dia sentiasa mendampingi kita sejak kita dilahirkan maka dia tahu semua rahsia dan kelemahan kita. Justeru itu, dia dapat tujukan bisikan-bisikannya ataupun gambar-gambar ataupun perasaan tertentu ke minda kita (dari sudut yang kita tidak nampaknya) perkara-perkara yang hanya kita (dan dia) sahaja tahu selain daripada Allah swt. Lalu kita menjadi bimbang, takut dan dukacita sehingga kita lupa tentang kesempurnaan Loh Mahfuz dan Kebijaksanaan Allah swt.

Jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah . [72]

Sesungguhnya perbuatan berbisik itu adalah dari Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita: [73]

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan. [74]

Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati Allah.[75]

Mereka telah lupakan Allah maka Allah melupakan mereka.[76]

Kerana berpendapat kehidupan mereka masih belum lagi ditetapkan sepenuhnya oleh Allah swt maka ada yang pergi menilik nasib ataupun bernazar di keramat-keramat ataupun berjumpa dengan bomoh-bomoh dan sebagainya untuk mendapat kejayaan dalam hidup mereka di dunia. Dengan itu, mereka menjadi taksub dengan perbuatan terkutuk ini dan akhirnya tanpa disedari mereka, akidah mereka terjejas. Allah swt ada berfirman yang bermaksud:

Pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. [77]

Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah: [78]

Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. [79]

Mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayat. [80]

Sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong: [81]

Memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong. [82]

Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.[83]

Hasutan Syaitan itu sebagai satu fitnah cubaan bagi orang-orang yang ada penyakit kufur ingkar dalam hati mereka dan yang hatinya keras membatu dan sesungguhnya mereka yang zalim itu sentiasa berada dalam pertentangan yang jauh dari kebenaran. [84]

Inilah perkara yang kuatiri oleh Rasulullah (saw). Baginda ada bersabda yang bermaksud:

Syaitan telah putus asa untuk disembah di negeri kamu selama-lamanya namun dia akan dituruti di dalam sebahagian amalan yang kamu anggap remeh dan dia cukup rela dengannya.[85]

 

Allah swt ada berfirman yang bermaksud:

Kamu menganggapnya suatu yang ringan sahaja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar. [86]             

Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?[87]

Maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya. [88]

Maka mesti diingat bahawa segala yang dilakarkan oleh Allah swt di dalam Loh MahfuzNya adalah untuk kesemua ciptaan (walaupun seekor unggas). LakaranNya ini adalah bersesuaian dengan rencanaNya untuk membuktikan kepada Iblis dan sekutu-sekutuNya bahawa Dia adalah Maha Bijaksana. RencanaNya itu sudah ditetapkan lama dahulu serta sudahpun berjalan. Kerana itu hendaklah kita menyerah segala pengurusan kepada Allah swt kerana ini bersesuaian dengan rencanaNya itu. Hanya dengan kita berbuat demikianlah, Syaitan tidak dapat menggoda kita. Justeru itu, kita dapat mengalahkan tipu daya Syaitan kerana tipu daya mereka adalah lemah.

Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka. [89]

Tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. [90]

Apabila melihat Sayidina Umar Al Khattab, Syaitan akan menggunakan jalan lain: [91]

Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripadaNya. [92]

Syaitan hanya dapat menggoda mereka yang bersekutu dengannya ataupun yang mengambilnya sebagai pemimpin mereka.

Aku (Syaitan) akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik. [93]

Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah: [94]

Tipu daya mereka adalah lemah kerana mereka hanya boleh menggoda sahaja. Mereka tidak boleh menggunakan kekerasan kerana mereka tidak berjisim seperti kita.

Sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.[95]


Bibliografi

[61] Al Anaam (6):91.

[62] Az Zumar (39):67.

[63] Terjemahan Sunan at Tirmidzi Bk. 5, 235 (1993).

[64] Terjemahan Sahih Muslim Bk. 3, 123 (1994).

[65] At Taubah (9):125.

[66] Al Baqarah (2):10.

[67] Al Muthaffifin (83):14.

[68] Terjemahan Sunan Ibnu Majah Bk. 1, 65 (1992).

[69] Terjemahan Sunan Ibnu Majah Bk 1, 67 (1992).

[70] Fushshilat (41);25.

[71] Terjemahan Sahih Muslim Bk.4, 815 (1994).

[72] Luqman (31): 33

[73] Al Mujadalah (58):10

[74] Al Baqarah (2):268

[75] Mujadalah (58):19

[76] At Taubah (9):67.

[77] Al Maidah (5): 90

[78] An Nahl (16):100

[79] Al A’raaf (7):17

[80] Al A’raaf (7):30

[81] An Nisa (4):119

[82] An Nisa (4):120

[83] An An’aam (6):43

[84] Hajj (22):53

[85] Terjemahan Terjemahan Sunan Ibnu Majah Bk 3, 781 (1993).

[86] An Nur (24):15.

[87] Yasin (36):62

[88] Faatir (35):5

[89] An Nahl (16):99

[90] Ibrahim (14):22.

[91] Sahih Al Bukhari Vol.4, 328(1987).

[92] Al Mujadilah (58):22

[93] Al Hijr (15):39-40

[94] An Nahl (16):100

[95] A Nisa (4):76

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *