Q&A: YANG PENTING IBADAH, JANGAN HIRAUKAN SANGAT KUASA KEBATINAN

[2/8, 12:06 PM] Admin: Assalamualaikum ustadz, ada pertanyaan di Web: “Assalamualaikum Ustaz, saya dari Indonesia, saya sudah lakukan latihan membina kuasa dan latihan keluar roh tapi belum ada impact, Bagaimana caranya impact itu boleh cepat Ustaz?”

[2/8, 3:09 PM] Ustadz hussien: Dalam perjalanan kami yg ditekankan ialah kefahaman tentang ilmunya sesudah itu penyerahan dan keredhaan. Kerana itu sesudah makrifat kami mengemaskini diri untuk beribadah dengan baik kepada Allah swt seperti mengerjakan shalat malam setiap malam hingga subuh, berpuasa setiap hari melainkan 5 hari yg dilarang, Dzikrullah sentiasa, membaca Al Quran setiap hari, banyak bersedekah, pegang kuat pada Syariah, kasih mengasihi sesama sendiri, jujur dalam apa keadaan pun dan sebenar-benar takut kpd Allah swt. Ini yang lebih utama.

Wisata roh dan sebagai kami tidak hiraukan sangat dan tidak kami meminta-minta. Kamu bersyukur dengan sebenar syukur dapat menjalankan ibadah-ibadah yg telah diterangkan.

Dan kami sedar bila diberi kelebihan seperti kasyaf, mata 3 terbuka, wisata roh dll ini ada kerana Allah mahu jadikan kami BonekaNya iaitu di hancurkan diri kita ini menjadi seperti patung/boneka yang mengikuti segala kehendakNya. Kerana itu Hidir berkata,”Aku buat ini bukan dengan kemahuan ku.”.

Mungkin orang ini lebih baik belajar sahaja ilmu Mistik dari bermakrifat.

Hidup macam biasa.


Pertanyaan yang senada dengan pertanyaan di atas.

[2/8, 3:15 PM] Harry Bandung Al Anshory:

Assalamualaikum Ustadz, saya ada pertanyaan lagi, setelah seseorang telah makrifat, ridha terhadap segala ketetapan Nya, dan mulai proses menghilangkan kewujudan, apakah masih perlu pengalaman keruhanian (contoh : wisata ruh, kasyaf, dll) ?

Apakah semua orang-orang Allah itu memang harus mengalami pengalaman keruhanian, atau cuman beberapa sahaja ustadz?

[2/8, 3:38 PM] Ustadz hussien: Wlkm slm Pak Harry. Dalam perjalanan kita ini yg ditekankan ialah kefahaman tentang ilmunya sesudah itu penyerahan dan keredhaan. Kerana itu sesudah makrifat kita mengemaskan diri untuk beribadah dengan lebih baik kepada Allah swt seperti mengerjakan shalat malam setiap malam hingga subuh, berpuasa setiap hari melainkan 5 hari yg dilarang, Dzikrullah sentiasa, membaca Al Quran setiap hari, banyak bersedekah, pegang kuat pada Syariah, kasih mengasihi sesama sendiri, jujur dalam apa keadaan pun dan sebenar-benar takut kpd Allah swt. Ini yang lebih utama.

Wisata roh [Out Of Body Experience / OOBE] dan sebagai kita tidak hiraukan sangat dan tidak kita meminta-minta. Kita bersyukur dengan sebenar syukur dapat menjalankan ibadah-ibadah yg telah diterangkan tadi.

Kalau Allah swt mahu memberi kita pengalaman kerohanian spt wisata roh, kasyaf, mata Ke3 dll, Alhamdulillah. Namun harus diingat pemberian ini selalu berkait dengan tugasan.

Bagi diri saya, pengalaman ini diberi kerana kena mengajarnya. Mungkin kalau tidak diberi tugasan ini saya tidak diberi pengalaman ini.


 

Catatan:

Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

 

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

1 Response

  1. Amri Nursal says:

    Assalamualaikum ustadz, ada soalan lagi ustaz, saya mengikuti kajian ustaz semenjak pertengahan tahun 2016 menerusi youtube. satu persatu kajian ustaz saya dah ikuti, kehidupan saya jauh berubah dari sebelumnya (yang banyak lalai dalam ibadah wajib), sekarang hati saya terasa tentram damai suka menolong, pemurah dan amarah saya sudah terkendali, untuk ibadah sunnah lainya belum terlaksana seperti shalat sunnah malam, puasa sunnah dll. Apakah inpact ini sudah menandakan saya ini sudah memahami ilmu makrifatullah? Apa nak saya lakukan supaya impact itu boleh mendalam lagi ustaz?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *