Q&A : SULUK DAN IJAZAH?

tanya jawab dikutip dari gnosticman.org

Abdul Halim April 11th, 2012 at 12:20 am

Salam,
Apakah latar belakang tuan haji dalam perjalanan suluk tasawwuf? Boleh saya tahu siapakah guru yang memberi tuan haji ijazah untuk mengajarkan ilmu ini? Tarikat apa yang tuan haji amalkan?
Saya minat kelas begini.
Terima kasih.

hj A L Hussien April 22nd, 2012 at 3:29 pm

Kami bukanlah Tarikat. Kami mengajar ilmu Tasawuf. Tasawuf kami adalah Tasawuf Jalan Nabi-nabi bukan Tasawuf Jalan Wali-wali (Tarikat). Tasawuf tarikat membimbing pengikut mereka dengan zikir dan suluk untuk sampai ke makrifatullah. Kami membimbing menerusi Ilmu Tasawuf. Kami adalah Tasawuf yang awal yang dipraktik oleh Nabi-nabi dan para sahabat mereka. Tasawuf Tarikat timbul selepas 300 tahun hijriah dan adalah perkara baru (Bidaah) yang menyusahkan umah serta kebanyakan tarikat bersandar kepada wahdatul wujud dan Nur Muhammad yang ditolak oleh syarak. Untuk menjawab soalan tuan seterusnya harap dengar syarahan-syarahan saya yang ada di Youtube.


Catatan:

Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *