Q&A: PENYERAHAN SEPENUHNYA KEPADA TAKDIR ALLAH (3)
Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku yg dirindui. Sesudah kedua-dua prinsip (Ciptaan tidak wujud dan yg wujud ialah Dzat) ini udah bermastautin di dalam diri Kalian justeru itu di mana sahaja Kalian memandang Kalian akan saksikan DzatNya bersandiwara mengikut rentak Loh Mahfuz. Sesuai dengan firmanNya bahawa hidup di dunia ini hanyalah senda gurauan dan main-main.
Maka apa yang disaksikan Kalian adalah Rahsia Ilahi yg hanya bisa dilihat oleh Kalian yg udah makrifat kerana Mata Kalian udah tajam tidak buta seperti dahulu. Justeru ramai yg menangis apabila menyedari Rahsia atau Kebenaran ini.
Sesudah mengetahui akan Rahsia ataupun Kebenaran ini maka apakah mesti Kalian buat?
Jawapannya ialah hendaklah Kalian banyak diam. Seperti Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata bahawa kalau Ibadah itu 10 maka 9 adalah diam.
Anakku yg disayangi. Kenapa mesti Kalian diam dan tidak menjejeh (memperkatakan) akan Rahsia ini? Kerana anakku kalian udah berpegang kpd dua prinsip dan prinsip yg pertama ialah (i) Kalian tidak wujud. Justeru kalau Kalian tidak wujud maka bagaimana Kalian bisa berkata-kata? Kerana kalau Kalian buat begitu maka Kalian udah wujud sekali lagi. Dengan itu Kalian kembali menjadi buta.
Kerana itu Nabi Khidir as berkata kepada Nabi Musa as bahawa Nabi Musa as tidak akan memahami ilmu yg ada pada diri Nabi Khidir as. Justeru itu, Nabi Musa as tidak akan dapat bersabar.
Maka apabila Nabi Khidir as memecahkan perahu-perahu serta membunuh seorang budak maka Nabi Musa as tidak dapat menerimanya. Walaupun Nabi Musa as tidak dapat menerimanya namun Nabi Khidir as bisa melakukannya. Ini adalah kerana Nabi Khidir as berpegang kpd dua prinsip seperti Kalian iaitu (i) Tiada pembunuh dan yg dibunuh kerana ciptaan tidak wujud dan (ii) yang berlakon adalah Dzat. Namun Nabi Khidir as ngak bisa menerangkan seperti ini kod Nabi Musa as memandangkan Nabi Musa as masih “buta” . Maka penjelasan yg diberikan oleh Nabi Khidir as adalah penjelasan yg bisa diterima oleh orang-orang tidak mempunyai ilmu ini atau yg buta. Kerana penjelasan yg Nabi Khidir as beri masih boleh dipertikaikan lagi oleh mereka ini seperti mengapa tidak Allah swt menengelamkan perahu-perahu itu dan buat budak itu serta merta sakit lalu mati. Justeru itu, Nabi Khidir as tidak akan berbuat kemungkaran yg besar itu (memecahkan harta benda orang lain dan membunuh).
Bagaimana Nabi Khidir as tidak menjejehkan Rahsia Ilahi begitu juga Rasulullah saw. Apabila banyak kaum Quresh mati dipanah oleh baginda maka baginda dituduh membunuh umatnya sendiri. Walaupun berhadapan dengan tuduhan yg sangat berat ini namun baginda tidak membuka Rahsia Ilahi serta hanya berdiam diri. Kenapa baginda buat begitu kerana baginda juga berpegang kpd kedua prinsip seperti Kalian dan juga kerana kaum Quresh pada masa itu masih buta dan tidak bisa faham atau menerima penjelasan baginda berkenaan Rahsia Ilahi. Justeru itu, Allah swt yg memfirmankan Rahsia ini untuk menjadi rujukan bagi mereka yg tahu akan Rahsia atau Kebenaran ini. Firman Allah swt yg berhubung dengan ini ialah bahawa bukan Muhammad yg membunuh tetapi yg membunuh adalah Aku.
Harap anakku yg dirindui bisa memahami apa yg Ayah mahu sampaikan, Insya-Allah, aamin Ya Rabbil alamin!
Catatan:
Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
Terima kasih ayahanda yg dirindui…