Q&A: GAMBARAN YANG BESAR (LAUH MAHFUDZ)

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku yg dikasihi. Loh Mahfuz ibarat sebuah Jigsaw Puzzle ( Sebuah Susunan potongan-potongan gambar) yg besar. Maka semua ciptaan termasuk Ruang dan Masa adalah potongan-potongan gambar yg disusun memenuhi dan menjadi sebuah gambaran yang besar lagi lengkap. Gambaran yang lengkap itulah Loh Mahfuz. Sesuai dengan firmanNya bahawa Ketetapan atau RencanaNya adalah tetap dan teguh kerana tidak satupun dilupakanNya.
Seperti kita melihat sebuah Jigsaw Puzzle yg padat, lengkap lagi sempurna.

Kalau kesemua ciptaan adalah potongan-potongan gambar yg tersusun padat dalam Loh Mahfuz, ini bererti kesemua fisikal Kita (potongan-potongan gambar) adalah termelekat ke Loh Mahfuz. Kerana Loh Mahfuz adalah 12 biliun tahun luasnya maka potongan-potongan gambar yg melekat dalam sesuatu petak masa tidak dapat beralih ke petak masa yg lain. Ini adalah kerana bukan sahaja ia (potongan gambar) melekat ke petak masanya tetapi juga potongannya tidak dapat “fit” (menyeyuai) ke dalam petak masa yg lain. Justeru itu, potongan gambar dalam.petak satu tidak bisa “fit” dirinya dalam petak enam.

Kefahaman ini membuat Kita sedar bawa yg bisa miraj dari satu petak masa kepada satu petak masa yg lain iaitu petak masa ke 3 (Masa miraj) pergi ke petak masa ke 6 (Gambaran ahli Syurga & Neraka) mestilah sesuatu yg tidak terikat kepada petak-petak masa yg luas itu.

Justeru itu, yg miraj adalah malaikat dan Jiwa yg tidak terikat kepada Masa. Dengan ini jelaslah bahawa Jiwa Rasulullah saw yg miraj bukan Jasad baginda. Kerana itu, Siti Aisyah rdh berkata bahawa tempat duduk Rasulullah saw masih terasa panas apabila baginda pulang sahaja dari miraj. Ini bererti jasad baginda tidak ikut bersama.

Semoga anakku dapat memfaat dari apa yg Ayah sampaikan, aamin Ya Rabbil alamin!

Anakku, apabila Kalian benar-benar faham dan kefahaman ini (Kalian tidak wujud dan yg berlakon adalah Dzat) udah sebati di dalam diri Kalian, maka apa yg dipandang oleh kalian hanyalah satu Gambaran yg besar (Loh Mahfuz). Namun apa jua yg bergolak di Gambaran itu, tidak akan datangkan pengertian kepada kalian melainkan apa yg Allah swt mahu Kalian mengerti atau faham. Contoh:

1. Ramai orang bergiat menambah-nambah Ibadah mereka apabila menjelang bulan Ramadan. Selain dari berpuasa dan shalat Terawih, ada yg terus menerus membaca Al Quran sehingga katam berkali-kali. Ada terus banyak bersedeqah dan memberi zakat. Ada menjamu selera buka puasa kepada fakir miskin dan anak-anak yatim. Ada yg shalat sunat setengah atau tiga suku Malam. Ada yg rajin ke masjid pada bulan ini terutama di 10 Hari penghabisan Ramadan.

Namun disudut kaca mata orang makrifat, semua itu hanyalah Dzat berlakon. Bagi mereka sesiapa juga yg rasa dia udah banyak berbuat Ibadah serta kebaikan dalam bulan Ramadan, kesemua mereka ini adalah orang buta. Sesuai dengan Kata-kata Syeikh Abdul Qadir Al Jilani bahawa pada pandangan orang makrifat, bahawa tiada untung dan tiada rugi, tiada mulia atau hina, tiada miskin ataupun papa.

2) Bulan Ramadan sebenarnya adalah lakonan Dzat mengikut apa yg tersirat di Loh Mahfuz. Ini adalah benar kerana:
(i) Tiada bulan Ramadan yg ada ialah Masa Ramadan kerana Ramadan berjalan mengikut Masa. Justeru, setiap bulan dari Januari hingga ke Disember pernah menjadi bulan Ramadan. Kalau pakai Kalender Islam pun masih Ramadan berjalan Dan tidak menetap disuatu petak. Bukan sahaja itu, kadangkali Kita puasa kurang dan kadangkali lebih (29 atau 30 Hari). Kadangkali terjadi juga Ramadan berganding dengan Hari Natal atau Hari Raya Cina dll. Ini bisa berlaku kerana Ramadan tidak statik (tetap) dan berjalan mengikut Masa. Maka Allah swt berfirman bahawa jangan Kita mencaci Masa kerana Masa itu adalah (Dzat)Ku. Maka benarlah Masa (Bulan) Ramadan adalah Dzat dalam lakonan mengikut apa yg tersirat di Loh Mahfuz. Dzat berlakon bukan sahaja berpuasa tetapi juga menganggap bulan ini adalah bulan yg mulia.

Maka sedarlah kalian bahawa apa yg dilihat adalah satu Gambaran (seperti Rasulullah saw melihat gambaran ahli Syurga dan neraka semasa miraj) yg pengertian bukan dengan Kalian tetapi dengan Allah swt. Justeru banyak perkara yg bergolak di Gambaran itu Kalian langsung tidak mengerti.

Apabila Kalian udah dapat menghayati fakta ini dengan sebenar-benarnya maka seperti Khidir as, Kalian akan menjadi Pengembara di Jalan Allah swt tidak mahu terbabit Tau terlibat dengan Gambaran yg Kalian banyak tidak mengerti langsung. Justeru itu kalian akan menjadi seperti Khidir as bukan lagi berada di “Main Stream” (Alunan Utama) Kehidupan dan hanya kembali ke Main Stream sekira nya ada tugasan seperti Khidir as balik ke Main Stream apabila diberi tugasan mengajar Musa as.

Rasulullah saw begitu juga selalu menyendiri di Gua Hira, tidak diambil peduli oleh masyarakat kaum Quresh.sehingga baginda diberi tugasan kenabian atau menjadi seorang Rasul.

Saya sendiri menyendiri dan tidak dikenali dari tahun 1978 hingga 1990 di Mana saya diberi tugasan oleh Rasulullah saw untuk menyampaikan ilmu makrifatullah ini kepada Kalian. Pada permulaan di Wilayah Melayu namun pada tahun 2008 bidangnya menjadi International, anugerah Lailatul Qadar.

Semoga anakku yg dirindui mendapat memfaat, aamin Ya Rabbil alamin!


Catatan:

Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *