Q&A: NST-MELETAKKAN MASALAH DALAM PERHIMPUNAN TAKDIR

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, setiapkali Kalian mengalami sesuatu Maslaha seperti ketagihan, dosa, rasa Kemurungan, rasa tidak puas Hati atau benci dengan diri sendiri, rasa kepincangan dalam hidup dll, janganlah melawannya tetapi Redha.

Kalau Kalian melawannya maka Kalian udah meletakkannya dalam perhimpunan “Godaan Syaitan” yg perlu Kalian lawan untuk mengatasinya. Justeru itu, Kalian akan dapati sangat sukar untuk mengatasinya kerana Kalian udah sendiri meletakkan perkara ini dalam bahagian yg ditetapkan oleh Allah swt untuk syaitan dapat menggoda.

Namun sekiranya Maslaha itu Kalian Redha maka Kalian udah meletakkannya dalam perhimpunan “Takdir” dan ia berada di luar ketetapan yg diperuntukkan untuk syaitan menggoda oleh Allah swt. Di sini syaitan sendiri mengaku bahawa dia hanya dapat menggoda mereka yg udah ditetapkan oleh Allah swt dalam golongan yg boleh digoda oleh mereka.

Juga apabila Kalian menganggap sesuatu Maslaha itu adalah Takdir maka tidak perlu Kalian melawannya hanya perlu NST. Sesuai dengan firmanNya supaya jiwa-jiwa yg tenteram kembali kepadaNya dan ceritakan Maslaha yg dihadapi. Harap prihatin bahawa Dia lebih dekat dari urat nyawa Kalian dan Dia dekat serta memakbulkan doa apabila Kalian berdoa kepadaNya. Ingat segala sesuatu bergantung kepada Allah swt. Ingat juga firmanNya bahawa apabila seseorang itu digoda oleh Syaitan tetapi dengan lekasnya dia (Naik) mengingati Allah swt maka Allah swt akan menunjukkan jalan yg benar (yg membawa dia keluar .dari keadaan itu) kepadanya. Ini dikuatkan lagi oleh firmanNya bahawa Dia akan memberi orang-orang yg bertakwa jalan keluar dari masalahnya serta didatangkan rezki kpdnya tanpa disangka-sangka olehnya.

Anakku, apabila Kalian menganggap Maslaha itu sebagai Takdir maka Kalian udah meletakkan maslaha itu di luar jangkauan syaitan serta mengesahkan bahawa Allah swt berkuasa di atas segala sesuatu. Rasulullah saw ada bersabda bahawa apabila sesuatu berlaku hendaklah Kalian katakan bahawa “ini udah di Takdirkan” dan jangan membuat andaian yg akan membawa Maslaha itu terkeluar daripada Takdir justeru mendatangkan godaan Syaitan.

Ingat juga pengakuan Nabi Adam as bahawa dia termakan buah khuldi itu kerana udah dituliskan 40 tahun sebelum ia dijadikan bukan kerana godaan syaitan.

Anakku, sesudah kamu meletakkan maslaha itu di dalam golongan Takdir maka hendaklah kamu NST sehingga datang pertolongan Allah swt kepadamu.


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

1 Response

  1. Firmansyah says:

    Subhanallah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *