LAYAR KEHIDUPAN

Ustadz Hussien Abd Latiff : Anakku, apabila kalian masuk dibelakang Wayang Kulit yg sedang berjalan kalian akan lihat adanya Pak Dalang. Apabila kalian berdiri di belakang Pak Dalang maka kalian akan saksikan kesemua aksi di Layar Putih Wayang Kulit itu adalah sebenarnya aksi Pak Dalang kesemuanya termasuk suara dan emosi yg terzahir di Wayang Kulit itu. Justeru kalian sedar bahawa tidak ada sedikit campur tangan sesiapa jua dalam tayangan Wayang Kulit itu.

Anakku, sedarlah apa yg berjalan di hadapan Kalian sekarang ini yg Kalian saksikan adalah Layar Kehidupan.

Sekarang hendaklah kalian berdiri di belakang serta menghadap Layar Kehidupan yg berjalan dihadapan Kalian ini. Kalian akan sedar:

1. Layar Kehidupan ini berjalan tanpa campur tangan Kalian. Sesuai dengan firmanNya bahawa tiada sedikit campur tangan kalian dalam urusan ini.

2. Kalian melihat Layar Kehidupan berjalan dari Kiri ke kanan kalian. Sesuai dengan firmanNya bahawa semua perkara udah dituliskan di LM sebelum Allah swt ciptakan.

3. Kalian juga sedar bahawa Layar Kehidupan itu berjalan mengikut Kehendak Allah swt. Ini bererti Dialah Pengarah Tunggal dan Layar Kehidupan adalah Drama susunanNya ataupun Drama Ilahi. Sesuai dengan firmanNya bahawa hidup ini hanya senda gurauan dan main-main ataupun Sandiwara (Ilahi).

4. Kalian hanya bisa melihat sahaja tanpa campur tangan serta tanpa pengertian akan perjalanan Layar Kehidupan ini yg sungguh-sungguh besar, pesat lagi mengkagumkan. Ini sesuai dengan firmanNya bahawa hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

5.Maka fahamlah Kalian kenapa Allah swt memerintah Rasulullah saw supaya pertama-tama menyerah serta juga Kita semua diperintah menyerah mengikuti Rasulullah saw.

8. Fahamlah Kalian akan sabda Rasulullah saw bahawa apa yg didahulukan tidak boleh dilambatkan dan apa yg dilambatkan, tidak boleh didahulukan. Begitu juga, apa yg tidak kena, tidak boleh dikenakan dan apa yg kena tidak boleh tidak dikenakan. Baginda juga menambah bahawa kalau Kalian beranggapan Kalian bisa menukar susunan ini maka udah pasti kalian akan masuk ke Neraka.

9. Justeru benarlah firmanNya bahawa Ketetapan atau SunnahtullahNya tidak akan berubah. Justeru, rencanaNya adalah teguh.

Apabila kalian udah benar faham akan penyampaian di atas ini maka Kalian akan faham KEADAAN Rasulullah saw apabila baginda berkata semasa miraj (maksudnya) bahawa Baginda melihat banyak penghuni Neraka adalah kaum Hawa dan banyak penghuni Syurga itu adalah orang yg dhaif.


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *