DAKWAH MAKRIFATULLAH
Ustadz Hussein Abdul Latiff:
Anakku yg disayangi. Kalau Kalian perhatikan kesemua dakwah yg dijalankan di dunia Islam ianya tidak lain adalah Dakwah Islam. Apabila dakwah tertumpu kepada Agama Islam maka terkanannya ialah lebih kepada Syariah (Islam). Justeru timbul perselisihan dalam pertejemahan hukum-hakam dalam Syariah. Ini menimbulkan mazhab-mazhab seperti Shafei, Hanafi, Hambali, Maliki dll yg sikit masa dahulu membuahkan peperangan yg meragut banyak nyawa penganut-penganut Agama Islam serta harta benda mereka.
Penekanan Dakwah kpd Agama Islam membuahkan juga kepada mendewakan Nabi yg diutuskan iaitu Rasulullah saw sehingga baginda dinobatkan menjadi Tuhan. Kononnya AHMAD tanpa M menjadi AHAD maka tidak berbeza Rasulullah saw dan Allah swt.
Penganut Kristian pula berdakwah bukan untuk mengenalkan Tuhan tetapi untuk memperomosikan Agama Kristian. Justeru itu juga dakwah mereka ini bersandarkan hukam-hakam syariah mereka. Lalu timbullah mazhab-mazhab mereka seperti Roman Katolik, Protestant, Presbyterian dll. Maka terjadi peperangan di antara mereka meragut banyak nyawa serta kemusnahan harta benda.
Tasub kepada Nabi yg diutuskan iaitu Nabi Isa (as) membuahkan Nabi mereka menjadi Tuhan atau anak Tuhan.
Kaum Yahudi juga berdakwah Agama Yahudi (Judaism). Mereka juga bersandar kpd Syariah mereka maka timbullah mazhab-mazhab seperti Othodok, Conservatif, Reconstruktif dll.
Inilah natijah dari Dakwah yg tidak peka lagi tidak tepat. Lihat kpd Rasulullah saw, apa yg didakwahkan baginda? Baginda berdakwah memperkenalkan kpd kaum Qureishy kpd Allah swt, Tuhan yg Satu. Ini membingungkan kaum baginda yg mempunyai banyak Tuhan dan berhala-hala yg disembah. Inilah dakwah baginda yg tidak kenal penat dan lelah.
Anakku yg dikasihi. Untuk berdakwah supaya, Insya-Allah, Umat manusia bisa bersatu serta hidup harmoni maka hendaklah:
1. Pertama-tama, kenalkan mereka kpd Allah swt dahulu. Itu yg dikatakan: *Awaluddin Makrifatullah*. Jangan memperomosikan Agama Islam atau Rasulullah saw sebelum mereka mengenali Allah swt. Kerana itu, Rasulullah saw ada bersabda kenalkan kaum Yahudi yg mahu beriman kepada Allah swt dahulu sebelum menekan shalat 5 waktu itu wajib.
2. Sentasa ingat kepada Allah swt (Dzikrullah) dalam Shalat, di luar Shalat dan dalam hidup keseharian. Kerana itu Allah swt ada berfirman supaya Kita ingat Dia dalam Shalat, sesudah Shalat dan di dalam Hidup Keseharian (Jual-beli).
Mengingati Allah swt (Dzikrullah) tidaklah susah atau pelik. Kalau Kalian bisa mengingati diri Kalian tanpa membayangkan wajah kalian atau memliskan nama Kalian di dalam Minda Kalian maka tidak sukar dan mustahil bagi Kalian untuk mengingati Allah swt tanpa membayangka nNya atau menulis NamaNya.di dalam Minda Kalian.
3. Penerimaan Takdir sepenuhnya kerana ini ditetapkan oleh Allah swt maka sudah tentu mempunyai Hikmah yg tidak terbatas. Ingatlah Rasulullah saw ada bersabda siapa tidak menerima Takdir maka dia belum beriman.
4. Mengakui “Kedaulatan” Allah swt iaitu Hak MutlakNya menghukum atau memberi ganjaran. Kerana itu Dia berfirman bahawa celakalah sesiapa yg memikirkan dan menetapkan. Nabi Isa (as) bersabda bahawa celakalah mereka yg mengambil Pedang Keadilan dari tangan Tuhan.
Semoga anakku yg disenangi Dan dirindui mendapat pencerahan dalam tazkirah Ayahmu ini, aamin Ya Rabbil alamin!
KOMENTAR