Q&A: LAILATUL QADAR

Sri Puji Astuti: Assalamualaikum Ustadz. Mohon penerangan Ustadz mengenai malam lailatul qodar. Banyak sahabat yang ingin tahu pengalaman Ustadz mendapat anugerah di malam lailatul qodar. Terimakasih.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Wlkm slm. 2 pengalaman saya berkenaan lailatul qadar:

1. Saya tidak ingat tarikhnya tetapi malam itu dalam jam 3 pagi saya rasakan dunia senyap dan sunyi seolah kalau Tuti jatuhkan jarum di Semarang saya bisa dengar. Lalu saya buka jendela di berandah rumah saya di Jalan Sayang Singapur dan kelihatan pokok-pokok membongkok diri. Itu sahaja pengalaman pertama.

2. Semasa berada di bumbung masjidil haram menunaikan shalat terawih bersama-sama jemaah dari Singapura pada tahun 2008. Pada malam 29 Ramadhan. Saya sekali lagi merasa dunia ini senyap dan sunyi (seperti diterangkan di atas tadi) lalu saya menjerit supaya jemaah lekas naik kerana dunia sudah sunyi.

Sejurus itu saya lihat di atas ka’bah ada pintu yg ditutupi oleh 2 langsay (curtain) [gorden] warna “maroon” seperti warna isi kulit dalam manggis dan ada dua orang menjaga di kiri dan kanan langsay itu. Lalu saya dijemput masuk pintu itu. Maka jiwa saya keluar menuju ke pintu itu.

Apabila saya sampai ke pintu itu, kedua orang menarik langsay kiri dan kanan dan saya pun masuk. Apabila saya masuk saya diberitahu wilayah dakwah saya udah dipertingkah kepada taraf internasional. Sesudah itu saya kembali semula ke bumbung masjidil haram tempat saya shalat terawih. Di situ saya lihat ramai orang-orang mungkin malaikat berpakaian ihram duduk atas tempat duduk yang seolah-olah ada dan bersambung keatas dari penghujung tembuk masjidil haram seolah-olah seperti tempat duduk di stadium bola. Mereka mengaminkan doa imam pada malam itu yg sungguh panjang. Dan pada masa itu saya lihat jiwa imam itu menerobos ke tempat pintu lailatul qadar mencari pintu yang udah hilang sebelum itu.

Dengan anugerah yg saya perolehi di malam lalaitul qadar, alhamdulillah, saya bisa bertemu kalian semua.

Malam 29 itu kami tidak terfikir adalah malam lailatul qadar, bukan sahaja itu, jemaah dan saya rasa seronok dapat berpuasa di Mekkah langsung tidak terfikirkan tentang lailatul qadar dan tidak pernah berbincang tentangnya pun.

Kerana itu apabila saya jerit suruh “naik” kerana dunia udah senyap dan sunyi mereka menjadi pusing kerana tidak faham maksud yg saya nak sampaikan, justeru itu mereka belum siap sedia untuk naik.

Yang kami bincangkan sebelum itu ialah untuk pulang ke Singapur kerana bulan puasa akan berakhir.

Iklas kata, saya langsung tidak terfikir akan mendapat lailatul qadar namun dengan anugerah itu bertambahlah tanggungan saya.

Mansyursyah: Ustadz mau tanya boleh kah naik dalam kondisi dikejutkan gitu ustadz seperti sahabat2 yg ikut umroh sama ustadz dan ustadz minta naik

Sri Puji Astuti: Alhamdulillah. Dengan anugerah yg di berikan kepada Ustadz itu, kita dapat berjumpa Ustadz TH1 secara langsung. Tak pernah terpikir kami dari desa nun jauh disana di pelosok tanah air Indonesia dapat berjumpa dengan Ustadz TH1 dari Singapore hanya karena melihat youtube. Alhamdulillah…

Mansyursyah: Dan waktu yg pertama di singapore itu, apa ada tanda2 yang ustadz rasakan , kenapa tiba2 ustadz buka tingkap dan melihat pokok2 tunduk semua dan senyap

Efendy Yasin: Alhamdulillah… terimakasih ayah, semoga kami semua dapat ketetapan untuk merasakannya juga meskipun sekali seumur hidup 🙏😭😭😭

Ustadz Hussien Abd Latiff: Pada masa itu tidak terfikir berkenaan itu. Yang saya mahu ialah sahabat-sahabat bersama saya niak pergi ke pintu lailatul qadar.

Tanda-tanda yg utama ialah dunia menjadi senyap dan sunyi seolah seluruh suara dalam dunia menjadi bisu seperti suara radio ditutup.

Maka kalau kalian mahu mencari tanda-tanda lailatul qadar maka carilah malam dalam bulan ramadhan di mana seluruh suara di dunia terdiam dan dunia menjadi senyap dan sunyi dengan tiba-tiba.

Di internet ada kabarkan bahawa astronaut di station angkasa ada melapurkan bahawa ada satu malam dalam setahun, angkasa menjadi senyap dan sunyi dan tiada apa pun berjatuhan di angkasa pada malam itu.

Efendy Yasin: kalau se umpama sudah dapat tanda2nya, apa yang sebaiknya dilakukan ayah, apakah langsung naik ?

Mansyursyah: Kalau kita mendapatkan suasana yg seperti itu (senyap) terus apa yang kita lakukan ustadz? Ustadz mendapatkan makan itu benarkah ustadz pada malam2 ganjil seperti yg ramai disampaikan orang2?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Itu pada malam 29 ramadhan.

Apabila kalian menjumpai malam sedemikian nunggulah kalau-kalau ada jemputan kerana semua udah dituliskan. Justeru itu, janganlah berharap sangat biarkan LM dengan urusannya. Kalau ada rezki maka adalah.

Rio : Ustadz berarti sebenarnya bukan karena iktikaf beramai-ramai di masjid ya ustadz? Melainkan karena ada tugasan maka dijemput lailatul qadar? Yang tak ada tugasan apakah bisa mendapatnya ustadz?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Saya bisa katakan bahawa “Nothing from God is Free!” (Tiada dari Tuhan percuma) kalau tidak “We are taking Him for a ride” (Kita udah mempergunakan-Nya.)

Maka diberi kita oksijen (Oxygen) supaya kita terus belakon.

Tugasan atau tiada tugusan kenapa ambil kira, itu semua dalam skrip. Akhirnya apabila di alam bazaar, skrip tertinggal di dunia dan tiada lagi dipedulikan.

Rio : Benar sekali ustadz. Terimakasih ustadz 🙏🏻


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *