Q&A: DAKWAH ALTERNATIF (3)

10/24/17, 12:26:03 PM: admin: Assalamualaikum ustadz. Ada pertanyaan dari jailani, di Web. Menanggapi artikel dakwah alternatif

*jailani*

Maaf ayah TH1 adakah bermaksud sudah selesai tugasan? satu lagi saya ni masih belum mantop perlu bimbingan lagi dari nasihat ayah

10/24/17, 1:06:35 PM: Ustadz Hussien Abd Latiff: Dua tugasan saya adalah di dahan bukan di batang pokok. Yang pertama menyampaikan Ilmu Makrifatullah dan segala urutannya itu kpd pokok itu. Ini udah selesai.

10/24/17, 1:07:48 PM: Ustadz Hussien Abd Latiff: Yang kedua ialah Alternatif Dahwah. ini baru bermula.

10/24/17, 1:09:10 PM: admin: Baik ustadz. Saya sampaikan pada penanya di web

10/26/17, 5:38:04 AM: Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, Alhamdulillah, Ayah akan sambung syarahan berkenaan Alternatif Dakwah.

Obor 2 ialah Arah Tujuan Ummah yang bermatlamat:

A. Menunjukkan Allah swt yang:

1. RahmatNya mendahului kemurkaanNya.
2. Boleh bergurau.
3. Maha Pemurah.
4. Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

B. Untuk Negara-negara:

1. Yang majmuk seperti Indonesia & Singapur.
2. (Negara) Islam yang progresif namun masih tersangkut pada Islam takuk lama seperti Turki, Mesir, Jordan, Negara-negara Timur Tengah, Brunei dan Malaysia.
3. (Negara) Islam yang akan datang yang tidak dapat menerima Islam takuk lama seperti Rusia, Negara-negara Eropah, Negara-negara barat yg lain, India, Cina, Negara-negara Latin Amerika, Japan, Korea dan Filipina.

C. Membantu:

1. Negara majmuk hidup aman damai walaupun berbilang agama dan bangsa hingga kesempurnaan demografi terjadi.
2. Negara Islam yang progresif melepaskan Islam takuk lama (pass the threshold), serta hidup aman damai sehingga terjadinya kesempurnaan demografi.
3. Negara Islam yang akan datang menerima Islam terutama dalam masa-masa penukaran (transition) berlaku dengan tidak ada tumpah darah (bloodshed).

Sesudah tercapai tujuan-tujuan di atas ini, insya-Allah, maka Alternatif Dakwah akan bertukar kepada Dakwah bersandar kepada Kasih-Sayang.

Di sini tugas Dahan selesai. Urutan dari sini adalah urusan Batang Pokok sehingga munculnya Al Mahdi yg akan berdakwah berasaskan Kasih Sayang. Dia akan menjadikan Islam agama SEKALIAN ALAM.Maka bermulalah dakwah kepada syaitan-syaitan sehingga tercapai kehendak Allah swt, “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk.meyembahKu”. Justeru itu juga terlaksanalah Amanat yg Allah swt serah kpd manusia yang langit, bumi dan gunung tidak sanggup menerimanya.

Insya-Allah akan bersambung anakku.

10/26/17, 5:40:57 AM: Taufiqurrahman: Subhanallah..
Alhamdulillah
Terimakasih ayah…

10/26/17, 5:49:53 AM: Taufiqurrahman: Ayah. Anak nak tanya.
1. Maksud dari Negara Islam.
2. Kesempurnaan demografi
3. Apakah sekarang sudah terjadi masa-masa transition?.

Mohon pencerahan ayah

10/26/17, 6:00:00 AM: Ustadz Hussien Abd Latiff: 1. Mana dapat “ dari Negara islam” . 2. Kesempurnaan demografi akan terjadi dalam masa 50 – 100 tahun. 3. Transition akan berlaku dalam 50-100 tahun akan.datang.

10/26/17, 6:02:17 AM: Taufiqurrahman: Terimakasih ayah…🙏


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

3 Responses

  1. Abdul Zaky says:

    Salam ayahanda, berkenaan dengan obor kedua didalam Alternatif Dakwah iaitu ‘Arah Tujuan Ummah Yang Bermatlamat’. Bagaimanakah konteks ‘Allah Maha Adil’ dibawa didalam alternatif dakwah? Ini kerana kebanyakan kepercayaan didunia terutama samawiyah, pada takuk lama dakwah mempercayai dan menyampaikan bahawasanya setiap yang berlaku didunia akan diadili dengan balasan Syurga dan Neraka. Mohon pencerahan, terima kasih.

    • YAMAS says:

      Ustadz Hussien : Abdul Zaky, inilah yg ditimbulkan dalam dakwah takuk lama. Ini semua akan dijawab sikit masa lagi. Sekarang sedang sibuk menyiapkan kertaskerja untuk Seminar minggu depan yg juga akan menyelami Alternatif Dakwah.

      • Abdul Zaky says:

        Mohon maaf kerana tergesa-gesa mempersoalkan perkara ini sedang ayahanda didalam kesibukan mempersiapkannya, jauh disudut hati ini seakan ada rasa resah melihat cabaran yang mungkin dihadapi dan kadang berharap agar dapat berdiri disamping menyokong perjuangan ayah. Insyallah doa anak-anakmu akan sentiasa mengiringi perjalanan ayah agar sentiasa dipermudahkan oleh yang empunya maha. Kami sentiasa sedia menanti kesinambungan ilmu berkenaan peralihan corak dakwah yang Insyallah akan menjadi satu fasa baru yang menarik didalam penyampaian ayahanda. Amin ya rabbi..

Leave a Reply to YAMAS Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *