Q&A: KEFAHAMAN (3)

 

10/25/17, 6:00:54 AM: Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, Ayah akan.sambung syarahan berkenaan Kedudukan Khalifah. Kali ini dengan.satu cerita:

Mahu, berumur 35 tahun. Seorang yg kematian isteri, mempunyai 3 orang anaknya yg berumur 3, 5 dan 8 tahun hidup di sebuah desa.

Mereka miskin papa hidup di dalam sebuah pondok yang udah usang dan setiap kali hujan, atap mereka menjadi sungai-sungai kecil yang mengalir dan di waktu malam atap mereka menjadi cermin-cermin yang menayangkan cekerawala yg dihiasi bulan dan bintang.

Menerusi atap mereka juga mereka merasa angin sepoi-sepoi bahasa. (Eh…hem camne bahasa puisi ustaz? jangan jealous …apa turun tulisle) Mereka juga buta-huruf , tidak tahu menulis dan membaca.

Satu hari Sultan benua itu pergi berburu di hutan yang berjiran dengan desa Mahu. Sultan memanah dengan tepat kijang melintas di hadapan baginda, namun kijang yg cedera itu lari menghilang.

Puas dicari oleh pengikut-pengikut baginda yg ramai namun tidak menjumpainya.

Rupanya kijang itu lari jauh dan tewas di hadapan Mahu yg sedang mencari rotan dalam hutan itu.

Melihat panah yg terpacak di tubuh kijang itu, Mahu tahu yg kijang itu adalah kijang buruan.
Maka Mahu pun pikul kijang itu lalu mencari pemburunya itu.

Setelah lama berjalan memikul kijang itu, Mahu pun sampai ke kemah tempat Sultan dan pengikutnya berihat.

Dengan tubuhnya ditsunami dengan peluh, Mahu kembalikan kijang itu kepada Sultan.

Sultan amat terpegun melihat akan kejujuran dan iktikad Mahu yg jalan begitu jauh untuk mengembalikan kijang itu. Justeru itu, Sultan.mengistiharkan bahawa:
1. Mahu adalah wakil tunggal baginda dalam benua pemerintahan baginda.
2. Mahu menjadi pemilik semua tanah milik baginda seumur hidupnya.
3. Hampir kesemua lombong emas baginda diserahkan baginda kpd Mahu (seumur hidupnya.)
4. Semua rakyat mesti.menghormati Mahu bagaimana Sultan sendiri menghormatinya.
5. Menghantar seorang yg arif di dalam negara baginda untuk.membimbing Mahu mempelajari ilmu.
6. Membina sebuah bagunan yg indah dengan kelengkapannya sekali untuk Mahu
7. Membenarkan Mahu menggunakan harta yg diberi Sultan kpdnya menolong sesiapa sahaja atau negara-negara yg susah.
8. Membenarkan Mahu membatalkan apa juga hukuman yg baginda hukumkan atas.banduan.walaupun hukuman mati.
9. Mengizinkan Mahu sahaja dalam ramai rakyat yang boleh duduk menghampiri baginda di dalam istana.

Perubahan hidupnya dari pada papa kedana kepada kaya raya, membuat Mahu selalu dalam tangisan kesyukuran kpd Sultan yg sungguh baik hati lagi pemurah.

Maka setiap bulan tidak kurang 5 kali Mahu akan menghadap Sultan untuk menyatakan kesyukuran kpd Sultan. Dan di dalam perjalanan ke Istana Sultan, apabila.keluar dari rumahnya dan kaki mencecah tanah desanya, dia akan mulai menangis mengenangkan tanah desa sekarang miliknya. Di dalam perjalanan merintas negara-negara dekat dan jauh akan lebih jatuhan air matanya mengingatkan kesemua tanah di negara-negara itu adalah miliknya. Setiap masa Mahu dalam kesyukuran kpd Sultan atas pemberiannya.

Akan bersambung insya-Allah


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

 

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *