Q&A:MENGENALI SIFAT DAN AF’AL-NYA (2)
Albert : Assalamualaikum ustadz.
Lanjut dengan pertanyaan kemarin ( Contoh seorang ibu yang sedang menyusui anaknya) Kalau dikaitkan dengan sifat dan af’alNya serta pintu depan dan belakang) maka kalau dilihat dari pintu depan, maka yang dilihat adalah sifat dan af’alNya yang maha pengasih dan maha penyayang melalui perwayangan antara ibu dan anak.
Sedangkan kalau dilihat dari pintu belakang yang mana kewujudan itu tunggal,maka tidak ada yang dikasihi dan disayangi. apakah benar begitu pemahaman ini?
Ustadz Hussien Abdul Latiff : Ini yg dikatakan nafi (menafikan sifat) dan isbat (mengisbatkan hakikat). Bukan Allah swt. [maksudnya menafikan sifat-sifat yang tampak mata, dan meyakinkan atau menetapkan bahwa dzatNya-lah disebalik sifat-sifat itu. Bukan DIA]. kalau tidak udah menjadi Wahdatul Wujud [maksudnya, jangan sampai kita terjebak paham Wahdatul Wujud yang mengatakan di sebalik semua ciptaan adalah ALLAH itu sendiri].
Kerana sesudah Sifat, yang tinggal ialah hakikat (Dzat).
Seperti di jawapan saya dahulu:
“ 2. Apabila.kita memahami.berkenaan.af‘alNya bahawa Dia bersandiwara dengan DzatNya dan milikNya seratus peratus serta kita.tidak wujud maka.baru datang keredhaan dan ketenteraman. Justeru itu, tiada gegaran.”
Albert : lalu bagaimana kaitannya dengan surah al anbiya’ ayat 23. yang artinya “Dia tidak akan ditanya tentang apa2 yang di perbuatnya,melainkan mereka yang akan ditanya”.
sedangkan pemahaman bahwa Mereka disini tiada mempunyai wujud. bagai mana pula mereka akan ditanyai. bukankah ini senda gurauan bagi sang ilahi?
Ustadz Hussien Abdul Latiff : Tidak sama orang yang buta dan yang melihat. Tidak sama yang tahu dengan yg tidak tahu. Bagi mereka yang tahu dan melihat, mata mereka udah tajam, dan apabila mereka melihat kebenaran bahawa Dialah yg Zahir dan Dia juga yg Batin maka mereka melihat dan sedar benarlah Dia berfirman bahawa hidup ini hanya main-mainan dan senda gurauan.
Sudah dikatakan Dia bermain dengan Dzat
Contoh, lihat sahaja Michael Jackson menari. Benarkah Michael Jackson menari?
Hehehe, benarkah Khairil beribadah?
Kerana itu, Allah swt berfirman. Bahawa bukan kau Muhammad yang membunuh atau yg melempar. Yang membunuh atau melempar adalah.Aku.
Ibu Elsy : Harus nya setiap kejadian dipandang dengan senyum… dan rasa syukur bisa merasakan dan menikmati Dzat nya sedang tayang di Bioskop Ilahi
Semua Lakonan NYA…
Benarkah ustadz…
Tak ada sedih dan galau / cemas…
Ustadz Hussien Abdul Latiff : Benar, ayuh kita lihat bioskop Ilahi bersama
Rio : Teringat syarahan ustadz. Bahwa selagi belum ada tarikan ilahi untuk terus duduk di alam maya sakinah, selagi itu pula iman akan turun naik. Dan masih keluar masuk wujud tak wujud.
Bismillah. Jalan terus sampai “pintu gerbang” batas usaha manusia. 🚌🚌
Ustadz Hussien Abdul Latiff : Benar, Rio sahabatku
Rio : Yg paling sering mengganggu saya ini ustadz. Adalah perasaan merasa berdosa. Atau merasa kotor.
Padahal, saya tahu secara ilmu, dan kadang-kadang secara rasa, bahwa pada jasad yang dikenakan kalung takdir inilah sesuatu yang disebut dosa itu berada. Terpisah dengan “yang menyaksikan”.
Baru saya sadari kemudian setelah ustadz jelaskan ttg alam maya sakinah. Karena saya masih belum *duduk* stabil. Maka masih terlihat adanya diri. Maka masih merasa kotor.
Saya baca Futuh Ghaib di tulisan-tulisan lama ustadz. Ada syarahan…..
….Dan apabila kamu telah ‘mati’ dari kehendak dan nafsu, maka akan dikatakan kepada kamu, “Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada kamu”. Kemudian Allah akan menghidupkan kamu di dalam suatu ‘kehidupan’ yang baru.
Setelah itu, kamu akan diberi ‘hidup’ yang tidak ada ‘mati’ lagi. Kamu akan dikayakan dan
tidak akan pernah papa lagi. Kamu akan diberkati dan tidak akan dimurkai. Kamu akan diberi ilmu,
sehingga kamu tidak akan pernah bodoh lagi…………… *Kamu akan dibersihkan, sehingga kamu tidak lagi merasa kotor.*
Betulkah itu ustadz? Tak akan kita bisa bersih sampai kita ditarik sendiri oleh Allah masuk dalam jamaahNya?
Ustadz Hussien Abdul Latiff : Benar Rio. Jalan hidup seseorang udah termaktub apabila Dia firman, “Kun!”.
Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata bahawa kita tidak ada pilihan. Ini sesuai dengan firmanNya bahawa rencanaKu teguh dan sunnahtullah atau ketetapanKu tidak akan berubah.
Yang kamu ungkapkan itu adalah peringkat tinggi ataupun maqam. Kalau belum sampai peringkat itu, duduk diam di pintu belakang serta ROC sambil dibantu dengan amalan-amalan sunnah. Dan hendaklah kita Redha dengan situasi yg sedia ada sehingga dinaiktarafkan oleh Ilahi.
Sementara itu, ayuh bersama saya dengan ibu Lc dan sahabat yg lain menyaksikan tayangan dibioskop Ilahi.
Now Showing, “Korea Utara dan Selatan akan bersatu di Olimpik di.Seoul”. Ini buat Amerika gunda gelana (berhati galau).
Rio : Baik ustadz 😁. Mari menonton drama Ilahi 😁🙏🏼
Ustadz Hussien Abdul Latiff : Tapi janganlah kamu bersedih hati semua ini adalah sandiwara Ilahi
Rio : 🙂 insyaAllah ustadz. Berbekal ilmu makrifat yg diajarkan ustadz 🙏🏼
Ustadz Hussien Abdul Latiff : Alhamdulillah, tayib!
Alhamdulillah.. amat benar ustaz, ini mengingatkan saya tentang post ustaz yang terdahulu “God operates in mysterious way”.. begitu juga kefahaman kepada ilmu yang ustaz sampaikan, ia datang tanpa diundang bukanlah cara untuk memahami af’alNya, seperti mana yang sebelum ini kebuntuan apabila melihat dua seruan dalam syariat Islam yang saya pelajari iaitu tuntutan berdakwah (berpesan kepada kebenaran) dengan prinsip DIAM didalam ilmu yang telah ustaz sampaikan kepada kami, almaklum lah sangat RAW tentang ilmu ini. Disini Allah memberi ilham agar merujuk kepada amaran yang paling di “highlighted” didalam Al-Quran iaitu “semua dosa akan diampunkan kecuali syirik”.. juga ayat pertama didalam Al-iklahs. Ini telah menjadi sandaran kepada saya untuk meletakkan DIAM itu diatas dengan erti kata yang lain “tak ada campur tangan”. Sepertinya kefahaman itu hadir seiring dengan tingkat nilai dalam keutamaannya. Mungkin ini maksud ustaz tentang “ilmu ini hidup” didalam syarahan yang lalu.
Maaf ustaz mohon bertanya. Bagaimana hati tidak gentar seandainya (semuga dilindungi) sejak KUN lagi saya sudah ditetapkan ahli neraka (naauzubillah). Tapi mengingatkan masa itu milik Allah, yg mencipta dan mentakdirkan masa. Masa sebilion tahun dan waktu kini sama saja bagi Allah (Allah tidak terbatas dgn masa). Maka saya mohon KUN yg baik untuk Akhiran saya nanti. Rabbana atina fiddunya hasanah wafiil agitation hasanah waqinaazabannar. Mohon pencerahan ustaz.
akan dibahas pada seminar di Jember, kata ustadz, insyaallah. – admin