LEBIH DALAM MENGENAI DZAT
Ust. Hussien Abd Latiff: Anakku yg disayangi lagi dirindui, semasa Allah swt berfirman, “Kun”, maka memancahlah pertamakali cahaya ataupun wajah dan wajah inilah yg dinamakan Dzat.
Anakku, Dzat inilah ciptaan yg awal yg menjadi wujud yg wajib (Wajibul Wujud) kepada kesemua ciptaan yg lain yang dinamakan Mungkinul Wujud (wujud yg mungkin).
Kerana kesemua ciptaan yg lain terzahir daripada Dzat, ini juga bermakna Dzat adalah Hakikat segala ciptaan..
Apabila terzahirnya ciptaan daripada Dzat maka berupalah atau bersifatlah ciptaan itu. Justeru dipanggil Sifat.
Maka kesemua ciptaan itu adalah Sifat dan Dzat itulah Hakikatnya.
Seperti telah dikatakan bahawa Dzat adalah ciptaan pertama yg terzahir namun Dzat ini mengikut Rasulullah saw hanyalah selaput atau sebesar sebiji sawi kpd Allah swt. Ini bererti bahawa Dzat ini tercipta daripada, hanya sedikit Diri Allah swt.
Ini juga bermakna disebalik Dzat, Hakikat segala ciptaan yg lain (yg dinamakan “Sifat”), adalah Allah swt. Kerana tidak bercerai ekor gajah dengan gajah.
Pengenalan ini yg dinamakan “Makrifatullah” Prof Aboebakar Atjeh berkata bahawa Hakikat membawa kepada Makrifat.
Untuk menerangkan kesinambungan daripada Sifat kpd Hakikat, Kita bisa rujuk kpd firman Allah swt (yg bermaksud) bahawa apabila kesemua ciptaan dibinasakan yg tinggal adalah DzatKu. Maknanya apabila kesemua kewujudan Sifat atau ciptaan dinafikan atau dibinasakan yg tinggal adalah Dzat. Ini juga bisa dikatakan “Nafi-Isbat” iaitu Kita nafikan Sifat atau Ciptaan dan Kita isbatkan Hakikat atau Dzat.
Untuk merujuk kpd sinambungan Hakikat kpd Makrifat Kita boleh rujuk kpd Hadith Rasulullah saw yg bermaksud bahawa Allah adalah Dzat yg Maha Indah. Maknanya apabila Kita nafikan kewujudan Dzat (Hakikat) maka disebaliknya adalah Allah swt (Makrifat). Ia juga bisa diertikan bahawa Dzat yg sungguh-sungguh Indah itu datang daripada Allah swt.
Maka bolehlah disimpulkan bahawa Allah swt tetap Pencipta dan Dzat tetap ciptaan walaupun Dzat adalah yg awal yg terzahir daripada sedikit Diri Allah swt.
Maka wajah yg dikatakan itu bukanlah Nur Muhammad kerana wajah ataupun Dzat adalah ciptaan walaupun ianya adalah ciptaan yg pertama. Nur Muhammad seperti diterangkan oleh mereka yg berfahaman ini adalah sebahagian dari Allah swt dan tidak berbeza Muhammad dengan Allah iaitu “Ahmad” (nama Rasulullah saw dilangit sebelum dilahirkan) dibuang “m” menjadi “Ahad” (Allah yg Satu).
Juga firman Allah swt yg bermaksud bahawa apabila kesemua ciptaan (Sifat) binasa yg tinggal Dzatku (bukan Nur Muhammad).
Serta Hadith Rasulullah saw yg bermaksud, ” Demi diriku dalam genggaman Dzat” bukan “dalam genggaman Nurku”
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR