LAUH MAHFUDZ 11
Oleh Ust. Hj. Hussien Bin Abdul Latiff, judul asli (Sesudah Makrifatullah, Loh Mahfudz)
Ilmu-ilmu yang perlu dipelajari untuk kita menyiapkan diri kita sebagai Khalifah Allah swt di hari muka adalah:
1. Cara Pendakwahan. Perkembangan agama Islam di Eropah dan di Negara Barat yang lain adalah menerusi hidayah Allah swt tanpa kekerasan. Mereka tertarik melihat agama Islam dan penganut-penganut agama ini yang kebanyakan mereka sebenar-benar bertakwa kepada Allah swt, Tuhan yang mereka tidak dapat melihatNya. Justeru itu, hendaklah pendakwahan dalam agama Islam dijalankan dengan kebijaksanaan dan dengan aman.
Dia (Allah) tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata.[80]
Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya yang tidak nampak oleh mereka.[81]
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). [82]
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. [83]
Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.[84]
“Wahai Rasulullah apakah golongan fanatik itu? “Baginda menjawab, “Iaitu seorang yang menolong kaumnya atas dsar kezaliman.”[85]
Sesungguhnya umatku tidak berhimpun dalam kesesatan. Maka apabila kamu melihat perselisihan hendaklah kamu tetap pada yang ramai.[86]
2. Bentuk Politik. Adakah system demokrasi barat, komunis, sosialis, khalifah Islam atau adunan dua atau lebih daripada sistem-sistem lebih berkesan?
3. Sistem Ekonomi. Mempelajari adakah sistem ekonomi yang dipraktikkan oleh Ekonomi barat atau BRIC atau Ekonomi Rakyat ataupun system Ekonomi Islam ataupun adunan dari dua atu lebih daripada system-sistem lebih berkesan combination of these systems? Kita juga mesti teruskan projek sain kita dalam menklon makanan seperti beras, gandum dan lain-lain dan juga ternakan. Kita juga mesti meneruskan projek menghijaukan padang pasir dan apa juga projek yang dapat membangun Ekonomi.
4. Sistem Sosial. Mengaji apakah perubahan social yang mesti dilakukan untuk menangani masalah-masalah sosial seperti dadah, judi, arak, anak luar nikah dan lain-lain lagi. Kita juga mesti teruskan kajian sain terutama dalam projek Genome Mapping kerana menerusi ini kita dapat memperbetulkan baka-baka yang bermasalah. Juga dari projek Embryonic ( 0.01%) baka haiwan disatukan dengan baka manusia), kita akan dapat melihat dunia ghaib.
5. Dunia Sain.Teruskan projek yang mencari penawar bagi Cancer, Leukemia, Penumbuhan (Tumour), Masalah Jantung, H1N1, Sars dan lain-lain. Teruskan pengajian kita berkenaan Stem Cells[87], menjana sifat-sifat zahir manusia, avotermin,[88] Darah Plastic,[89] Pemilihan Jantina ,[90] Therapi Baka,[91]Mempetakan Genome atau Baka,[92] Ujian Baru Air-liur,[93] Protein Missiles,[94]Teosofensine,[95] IPS (Induced pliripotent stem cells),[96]Tafisan Darah[97] dan mencari penawar untuk for the Batuk Kering (TB) yang baru, Human Papillomavirus (HPV),[98] Nanotubes yang meletup,[99] nanomaterial, [100] benang sutera daripada laba-laba and silkworms,[101] mendiagnos monogenic diseases dalam janin,[102] Memilih bentuk khusus bayi,[103] LOX (Lipooxigenase) enzyme[104] Darah buatan[105]
6. Rekaan Senjata. Kerana Iblis dan sekutu-sekutu mempunyai dendam kesumat terhadap kita maka hendaklah kita bersedia untuk menentang mereka.[106]
Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh.[107]
Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah..[108]
Maka perlulah kita teruskan projek untuk membina askar robot (robot perang), robot penyelamat, robot unggas, tangan bionik (i-LIMBS), bionic kacamata (mengolah pandangan), prosthetics dengan elemen mechatronic” (pengganti anggota jasad yang rosak), Laser dengan kuasa baru yang ultra-tinggi, Penerbangan Angkasaluas Cassini (mengikuti perkembang rebut elektrik yang terkuat di planet Saturn), pendaratan Mars oleh Phoenix (Mencari air dan galian di planet Mars), Mikroskop Electron (Titan 80-300 Cubed), Pengembara Sempadan di Angkasa [Interstellar Boundary Explorer] (mengkaji angin solar), Gliocladium roseum (fungus yang dapat menukar barang dibuat menjadi diesel), PraProssessor Module Cap Jari [fingerprint preprocessor module] (software yang dapat memberi maklumat capjari dengan lebih tepat), Anti-Peluru Berpandu dan Laser berkuasa Tinggi [New Generation anti-missiles weapon and high powered laser] (ditembak daripada muncung pesawat).
7. Dunia Pelajaran. Perlulah kita mengaji system-sistem pelajaran yang ada dan sama ada perlu kita mengadunkan dua atau lebih daripada system-sistem ini. Walaupun Pelajaran dalam system Islam tidak dapat diketepikan kerana Allah swt telah mengistiharkan Islam sebagai agama yang diterima disisiNya namun Sistem Pelajaran Islam amat condong kepada peljaran ukhrawi. Maka perlulah system Pelajaran Islam mengambil kira dan diadunkan dengan pelajaran secular untuk Agama Islam mencapai kejayaan.
8 Dunia Teknoloji. Kita mesti mengkaji dan membangunkan ilmu Teknoloji kita supaya kita berupaya menundukkan petir, guruh, tsunami, gempa bumi, taifun, bah dan lain-lain musibah kerana ini semua , boleh jadi lebih hebat daripada ini, kita akan mengalaminya apabila kita menjajah Angkasa Lepas.
9 Undang-undang Syariah. Kerana Allah swt sudah mengistiharkan Islam sebagai agama untuk seluruh dunia ini maka Undang-undang Syariah tidak dapat diketepikan. Juga hanya Undang-undang ini dengan hukuman-hukaman Hudud dan Qisas berwibawa menundukkan Jin-jin dan Syaitan-syaitan yang selama ini tidak ada perundangan langsung. Namun Undang-Undang Syariah perlu diperbaiki terutama dalam bidang Antarabangsa, Perniagaan, Kewangan, Kekeluargaan dan lain-lain bidang lagi untuk ianya terus berjaya dan berwibawa.
10 Globalisasi. Meneruskan pembangunan konsep dan praktis “Globalisasi” kerana ianya lambat laun akan menyatukan dunia ini. Justeru itu kita akan mempunyai hanya satu kerakyatan iaitu “Rakyat Dunia” ataupun “R-Dunia”. Dunia akan menjadi lebih makmur, aman dan tenteram dan akan ada kemesraan di antara penduduk dan negara sedunia. Kita akan bersatu padat serta mengarahkan segala tenaga dan tumpuan kita bersama untuk menundukkan Angkasa Lepas serta kongsi bersama kos pembayaiannya.
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). [109]
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.[110]
viii. Untuk menundukkan Iblis dan sekutu-sekutunya, Allah swt menjemput kita sebagai KhalifahNya menjelajahi dan menundukkan Angkasa Lepas.
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!.[111]
(Kalau ada kekuasaan yang demikian) maka biarlah mereka naik mendaki langit menurut jalan-jalan yang membawa mereka ke situ (untuk mentadbirkan seluruh alam).[112]
Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya.[113]
Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada di sana).[114]
Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayat petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya).[115]
Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan [116]
Apabila kita menjelajahi Angkasa Lepas maka hendaklah kita bersiapsiaga untuk berperang dengan Jin dan Syaitan yang ada di atas itu.
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Dia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata.[117]
Dan Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menyeksa orang-orang yang derhaka) dan Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.[118]
Mereka menghuni planet-planet yang seperti bumi di Angkasa Lepas. Para saintis telah mendapati fakta-fakta yang menunjukkan ada lebih daripada 250 planet-planet ala bumi di Angkasa Lepas. Nisbah penduduk-penduduk Jin (termasuk Syaitan-syaitan) dengan manusia adalah 9:1. Nabi Muhammad (saw) ada bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah menciptakan malaikat dan jin juga manusia 10 bahagian. Kadar malaikat 9 bahagian, jin dan manusia 1 bahagian. Allah ciptakan dari 1 bahagian itu menjadi 10 bahagian. 9 bahagian daripadanya adalah bilangan jin dan hanya 1 bahagian sahaja bilangan manusia.[119]
Dari segi pewajahan, wajah manusia lebih baik daripada wajah syaitan yang sungguh-sungguh menakutkan.
Sesudah sahaja mereka mempertikaikan firman Allah (untuk sujud kepada Adam) rupa Iblis menjadi hodoh dan menakutkan; begitu juga rupa sekutu-sekutunya menjadi sangat menyeramkan.[120]
Dia menentukan bentuk rupa kamu (manusia) serta memperelokkan rupa kamu.[121]
Mereka adalah dalam peradaban lama. Ini adalah kerana mereka berumur panjang. Justeru itu, pembaruan adalah satu perkara yang langsung tidak diminati di dalam masyarakat mereka.
Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat). Allah berfirman: Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh. Hingga ke hari (masa) yang termaklum. [122]
[80] Al Anaam (6):103.
[81] Al Mulk (67):12.
[82] Al Baqarah (2):256
[83] An Nahl (16):125
[84] Al Anfaal (8):60
[85] Terjemahan Sunan Ibnu Majah, Bk.4, 648 (1993).
[86] Terjemahan Sunan Ibnu Majah, Bk.4, 649 (1993).
[87] Darah yang bersih daripada uri bayi baru lahir yang boleh dipelbagai.
[88] Penyembuh luka.
[89] Molecule yang sama dengan hemoglobin.
[90] Untuk manusia dan ternakan.
[91] Mencelekkan mata menggunakan virus.
[92] Boleh mengatasi masalah social , menyembuh Alzheimer, diabetes, buta etc.
[93] Dapat mengesan kehamilan yang merbahaya.
[94] Membunuh sel yang liar.
[95] Ubat yang baru dan dapat mengatasi kegemukkan.
[96] Menggantikan IVF. Pencatuman benih dan sell dari uri untuk menjadikan jenin.
[97] Tub yang sangat kecil yang dapat mengesan dan membunuh sel yang bertumur.
[98] Punca barah rahim.
[99] Memusnahkan sel BT474 – Talian sel dari tumur buah dada.
[100] Sensor gula dalam darah – membersihkan kekotoran dalam darah.
[101] Mejana tissue tulang yang kuat serta menggantikan tulang dan gigi yang rosak.
[102] Mengesan penyakit turun-termurun dalam jenin.
[103] Memilih rupa dan jantina bayi..
[104] Boleh mengatasi barah metastases
[105] Diolah daripada uri bayi yang baru lahir.
[106] Al Hijr (15):31-39
[107] Faatir (35):6
[108] An Nisa (4);76
[109] Al Hujarat (49):13
[110] Ali Imran (3):103
[111] Ar Rahman (55):33
[112] Shad (38):10
[113] Adz Dzariyat (51):7
[114] Al Hijr (15):14
[115] Al Alaa (87):3
[116] Shad (38):27
[117] Asy Syuraa (42):29
[118] Al Fath (48):7
[119] Harun Din, Makhluk Halus Mengikut Al Quran dan As Sunnah, 21 (?)
[120] Gospel of Barnabas, 45(?)
[121] At Taghabun (64):3
[122] Al Hijr (15):36-38.
KOMENTAR