LAUH MAHFUDZ 10

Oleh Ust. Hj. Hussien Bin Abdul Latiff,  judul asli (Sesudah Makrifatullah, Loh Mahfudz)

 

SESUDAH MAKRIFATULLAH, LOH MAHFUZ  X

Musa bertanya, “Oh Tuhan siapakah ahli syurga yang istimewa.” Tuhan menjawab, “Mereka yang aku pilih kerana untuk mereka Aku telah menyediakan dengan ‘TanganKu’ sesuatu yang istimewa yang tidak pernah dilihat, didengar ataupun difikirkan”.[41]

Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.[42]

Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.[43]

iv              Menciptakan Adam (as) dan melantiknya dan anak-cucunya menjadi KhalifahNya. Menyiapkan bumi untuk Adam (as) dan isterinya mendiami sebelum mereka ditipu oleh Syaitan untuk melanggar perintah Allah stw.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikanseorang khalifah di bumi. [44]

Allah berfirman: Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina.[45]

Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim[46]

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari Syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati).[47]

Nabi Musa as berkata, ” Hai Adam, engkau adalah bapa kami tetapi engkau telah mempersia-siakan kami serta mengeluarkan kami daripada syurga kerana dosa-dosamu.”  Nabi Adam as menjawab, ”Hai Musa, Allah telah memilihmu dengan Kalam-Nya dan menulis Taurat untukmu dengan tangan-Nya maka apakah engkau menyalahi aku atas perkara yang telah ditakdirkan Allah kepadaku 40 tahun sebelum aku diciptakan?”[48]

v.              Menghantar Nabi-Nabi dan Kitab-kitabNya untuk membantu manusia kembali ke pangkal jalan.

Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. Al Baqarah (2):38

vi.              Menjadikan Rasulullah (saw) khataman Nabi untuk sejagat  serta juga menjadikannya rahmatul alamin untuk semesta alam. Semesta alam merangkum lebih daripada bumi kita dan ini dan bersesuaian dengan rancanganNya.

Dan Kami tidak mengutus kamu melainkan untuk (menjadi rahmat) bagi semesta alam.[49]

Untuknya Tuhan menciptakan yang lain supaya menerusinya, ciptaan yang lain dapat merasai rahmat Tuhan.[50]

Dia akan membawa rahmat keseluruh dunia; dia akan membawa cahaya kepada dunia ini. [51]

Kamu akan menjadi rahmat untuk mereka sehingga sesiapa sahaja yang memuliakanmu akan Aku muliakan mereka dan sesiapa yang menghinamu akan Aku hina mereka. [52]

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.[53]

Dan Kami tidak mengutus kamu melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita dan sebagai pemberi peringatan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui.[54]

Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di antara kamu tetapi dia adalahRasulullah dan penutup Nabi-Nabi.[55]

Aku akan menghantarmu sebagai penyelamat dan kebenaran untuk seluruh dunia dan sekiranya dunia,  langit dan bumi tergugat namun keimanan kamu (kepada-Ku) akan tetap utuh.” [56]

Selepas baginda tidak akan ada lagi Nabi-Nabi utusan Tuhan melainkan yang datang pada masa itu hanyalah pendusta-pendusta dan ini membuatku kini merasa sangat hiba.[57]

Malam ini adalah malam lailatul qadar yang berlaku setiap tahun pada masa pesuruh Tuhan (Rasulullah[saw]) Yang Dijanjikan (Messiah) tetapi untuk kita hanya sekali dalam seribu tahun.[58]

vii.              Rasulullah (saw) adalah rahmatul alamin kerana menerusi baginda Allah swt:

a.              Menyempurnakan Agama yang ada.

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.[59]

Sesungguhnya agama  di sisi Allah ialah Islam.[60]

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.[61]

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.[62]

b.              Menurunkan Al Quran dan memeliharanya

Al-Quran tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk seluruh alam.[63]

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.[64]

c.              Menerusi Al Quran Allah swt turunkan Undang-undang Syariah yang hukum-hakamnya seperti Hudud dan Qisas  akan menjadi penyesalan bagi Syaitan-syaitan dan sekutu-sekutunya.

Menjadilah Iblis dari golongan yang kafir.[65]

Dan sesungguhnya Al-Quran itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang-orang yang kafir. [66]

Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini.[67]

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu. [68]

Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa dan mata dibalas dengan mata dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. [69]

Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir. [70]

d.              Menurunkan ilmu kepada Umat manusia dan dengan itu mereka lebih bijak dan bertamaddun daripada Iblis, Syaitan dan sekutu-sekutu mereka.

Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.[71]

Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.[72]

Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?.[73]

Yang telah menciptakan serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya.[74]

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.[75]

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.[76]

Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.[77]

Dialah yang telah membolehkan manusia memberi dan menerima kenyataan. [78]

Kami sentiasa menjadikan engkau dapat membaca sehingga kau tidak lupa. [79]

[41] Terjemahan Sahih Muslim, Bk 1, 261 (1994)

[42] As Sajdah (32)17

[43] Al Mujadalah (58);22

[44] Al Baqarah (2):30

[45] Al A’raaf (7):13

[46] Al Baqarah (2):35

[47] Al Baqarah (2):36

[48] Terjemahan Sunan Ibnu Majah Bk.1, 68 (1992)

[49] Al Anbiyaa (21):107

[50] Gospel of Barnabas, 56 (?).

[51] Gospel of Barnabas, 50 (?).

[52] Gospel of Barnabas, 121 (?).

[53] Al Ahzab (33):56

[54] Gospel of Barnabas, 121 (?).

[55] Al Ahzab (33):40

[56] Gospel of Barnabas, 121 (?).

[57] Gospel of Barnabas, 123 (?).

[58] Id, 105.

[59] Al Maidah (5):3

[60] Ali Imran (3):19

[61] Ali Imran (3):85

[62] Ali Imran (3):102

[63] Shad (38):87; At Takwir (81):27

[64] Al Hijr (15):9

[65] Saad (38):74

[66] Al Haqqah (69):50

[67] Al Haqqah (69):51

[68] Hajj (22):67

[69] Al Maidah (5):45

[70] Al Maidah (5):44

[71] Al Baqarah (2):31

[72] Al Baqarah (2):32

[73] Al Baqarah (2):33

[74] Al Alaa (87):2

[75] Al Israa(17):70

[76] Ali Imran (3):191

[77] Al Alaq (96):3-5

[78] Ar Rahman (55):3-4

[79] Al Alaa (87):6

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *