LAUH MAHFUDZ 6
Oleh Ust. Hj. Hussien Bin Abdul Latiff, judul asli (Sesudah Makrifatullah, Loh Mahfudz)
Bagi mereka yang buta (tidak bermakrifatullah) firman-firman Allah swt seperti berikut membawa masalah:
Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri: Ar Ra’d (13):11
Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan: Al Balad (90):10
Dan apa juga musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan tanganmu sendiri : Asy Syura (42):30
Mereka mentafsirkan bahawa ayat-ayat ini menunjukkan Loh Mahfuz tidak sempurna, tidak lengkap, boleh diubahsuai, kita ada hak memilih, kita boleh ubah pelan induk Allah swt dengan pelan kita sendiri, ada yang Allah swt tidak tahu dan ada yang kita tahu tetapi Allah swt tidak tahu. Dengan itu mereka merubahkan rukun Iman ke enam iaitu yang baik dan jahat daripada Allah swt kepada yang baik daripada Allah swt dan yang jahat daripada mereka sendiri. Kerana itulah, Allah ada berfirman yang bermaksud:
Dan mereka berkata, “Jikalau Allah Yang Maha Pemurah menghendaki tentulah kami tidak menyembah mereka (malaikat).” Mereka tidak berpengetahuan sedikitpun tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga belaka. Az Zukhruf (43):20; Al Anaam (6):148.
Katakanlah (wahai Muhammad): Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? An Nisa (4):78.
Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya, iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan benda ini? (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan ramai orang sesat dengan sebab perbandingan itu dan akan menjadikan ramai orang mendapat petunjuk dengan sebabnya dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik. Al Baqarah (2):26
Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya.
Al Ankabut (29):43
Bandingan dua golongan itu samalah seperti orang yang buta serta pekak, dengan orang yang celik serta mendengar; kedua-dua golongan itu tidaklah sama keadaannya. (Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka tidakkah kamu mahu mengambil peringatan dan insaf? Hud (11):24
Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya?: Al Anaam (6):122.
Mereka tidak mengenal Allah dengan sebenar-benarnya: Al Hajj (22):74.
Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Dia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya. Ar Ra’d (13):31.
Kerana mereka belum mengenal Allah dengan sebenar-benarnya dan dengan itu mereka masih belum dapat menerima qadha dan qadar dengan sepenuhnya serta masih mempersoalkannya. Mereka lupa kepada firman Allah swt yang bermaksud:
Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya. Al Anbiyaa (21):23.
Nabi Isa (as) ada bersabda:
“Kenapa” adalah pintu ke neraka: Gospel of Barnabas, 114 (?).
Bukan sahaja mereka mempertikaikan qadha dan qadar, mereka juga menuduh Allah swt tidak bersikap adil kerana takdir yang mereka tidak dapat merimanya. Allah swt berfirman yang bermaksud:
Dan kecelakaan bagimu disebabkan kamu mensifati (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya):Al Anbiyaa (21):18.
Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari sifat-sifat yang mereka berikan: Ash Shaaffaat (37):159; An Nahl (16):60.
Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya (diberikan oleh mereka): Al Anaam (6):91.
Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya (diberikan oleh mereka):Az Zumar (39):67.
Tanyakanlah (wahai Muhammad): Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui? Mereka akan menjawab, “Kepunyaan Allah.” …
Katakanlah, “(Kalau demikian) maka dari jalan manakah kamu ditipu?” Al Mukminin (23):84.
Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-Nya: Al Anfaal (8):51; Fushshilat (41):46; Al Hajj (22):10.
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah: An Nisa (4):41.
Kamu tidak akan dianiaya sedikitpun: An Nisa (4):77.
Bagi mereka yang sudah benar-benar mengenal Allah swt, matahati mereka jelas melihat segala yang terzahir (termasuk ruang dan masa) adalah sebenar penzahiran DzatNya dan sesudah itu DzatNya tersembunyi di sebalik penzahiranNya dan menjadi batin penzahiran itu. Allah swt ada berfirman yang bermaksud:
Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini maka Kami singkapkan daripadamu tutup (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam: Qaaf (50):22.
Dialah … Yang Zahir serta Yang Batin: Al Hadid (57):3
Matahati mereka tidak terhijab dan melihat dengan jelas bahawa DzatNya yang sebenarnya wujud dan yang juga beraksi. Mereka berkata:
Professor Muhammad Said Ramadhan Al Buti:
Segala hakikat di alam semesta yang kita lihat dan kita saksikan kesemuanya adalah limpahan daripada satu hakikat teragung iaitu hakikat Dzat Azza Wajalla. Sifat wujud ini tidak lain selain Dzat-Nya.Muhammad Said Ramadhan Al Buti, Keyakinan Hakiki, 67 (1996).
Syeikh Abdul Qadir Al Jilani:
Dzat yang menjadi sebab wujudnya segala sesuatu: Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Al Fath Ar Rabanni, 45 (1996).
Imam Ghazali:
Kesimpulannya, bahawa tiada ada wujud ini selain sesuatu yang berdiri sendiri selain… dengan Dzat-Nya: Imam Ghazali, Ihya Ulumiddin Bk 7, 427 (1981).
Ibnu Qayyim:
Segala kesempurnaan, keagungan, kebesaran dan keagungan merupakan keharusan daripada Dzat-Nya dan mustahil jika tidak seperti itu: Terjemahan Tafsir Ibnu Qayyim, 220 (2000).
Murtadha Muthahhari:
Dengan kata lain, Dzat Allah swt ada di semua maujud dan meliputi semua maujud: Murtadha Muthahhari, Jejak-jejak Ruhani, 14 (1996).
Justeru itu, mereka sedar bahawa sebenarnya kita ini tidak wujud. Imam Ghazali berkata:
Orang yang mengenal dirinya dan mengenal Tuhannya niscaya sudah pasti ia mengenal bahawa ia tiada mempunyai wujud bagi dirinya: Imam Ghazali, Ihya Ulumiddin Bk. 7, 427 (1981).
Memandangkan kesemua ciptaan (termasuk ruang dan masa) adalah daripada penzahiran DzatNya maka adalah benar bahawa kesemua ciptaan itu (termasuk ruang dan masa) adalah kepunyaan mutlak Allah swt. Allah swt ada berfirman yang bermaksud:
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu nafikan?: Ar-Rahman(55):13;16;18;21;23;25;28;30;32;34;36;38;40;42;45;47;49;51;53;55;57;59;61;63;65;67;69;71;73;75;77
Maka terhadap nikmat Tuhanmu yang mana kamu ragu-ragu?: An Najm (53):55.
Justeru itu mereka tahu keselamatan terletak di dalam diam dan menyerah diri sepenuhnya kepada Allah. Allah swt ada berfirman yang bermaksud:
Orang-orang beriman dan tidak mencampur adukkan yang hak dengan yang bathil… Al Baqarah (2):42; Al Anaam (6):82.
Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata, “Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil”: Al Qashash (28):55.
Dan aku (Muhammad) diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama-tama berserah diri: Az Zumar (39):12; An Anaam (6):14.
Katakanlah, “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah (yang sebenarnya) petunjuk dan kita disuruh agar menyerah diri kepada Tuhan semesta alam”: Al Anaam (6):71;Al Anbiyaa (21):108; Al Hajj (22):34.
Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan… An Nisa (4):125.
Hai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya: Al Baqarah (2):208.
Dan berikan berita gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang–orang yang apabila ditimpa mushibah, mereka mengucapkan, “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyalah kami dikembalikan.” Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk: Al Baqarah (2):156.
Nabi Muhammad (saw) ada bersabda yang bermaksud:
Adakalanya seseorang mengucapkan sepatah kata yang menyebabkan ia tergelincir ke neraka sejauh jarak antara timur dan barat: Terjemahan Sahih Muslim Bk. 4, 1022 (1993).
Syeikh Abdul Qadir Al Jilani ada berkata:
Mereka ini tahu bahawa keselamatan terletak dalam “diam” dan berkhalwat. Kamu hendaklah bersopan santun, diam dan jangan banyak bercakap, bersabar, berserah dengan sukarela kepada Dia. Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Pembukaan Kepada Yang Ghaib, 94, 96 (1990).
KOMENTAR