APABILA USAHA TIDAK MEMBUAHKAN HASIL
Ustadz Hussien Abdul latiff
Ayah: Anakku, apabila apa jua kamu buat atau kamu usahakan tidak mendatangkan hasil yang dihajati, maka hendaklah kamu ingat nasihat Ayah ini:
1. NST kerana ini sesuai dengan FirmanNya yang bermaksud, “Hai jiwa-jiwa yg tenteram, kembalilah kamu kepadaKu!”1
2. Sesudah itu hendaklah kamu ROC. Ini sesuai dengan FirmanNya yg bermaksud, “Mereka redha kepadaKu dan Aku redha kepada mereka.”2
3. Tetaplah kamu dalam keadaan begitu selagi belum sampai ilham membimbing kamu kepada jalan keluar dari masalah kamu. Ini sesuai dengan FirmanNya, “Masuklah dalam jemaahKu”. Ia itu jemaah orang-orang Allah swt, orang yang Allah swt udah menanam keimanan dalam diri mereka.
4. Dzikrullah sambil menunggu dengan haqqul yakin bahawa tidaklah Allah swt berbuat sesuatu sia-sia. Ini sesuai dengan FirmanNya yg bermaksud, “Mereka yg duduk, baring dan berdiri mengingati Allah swt (Dzikrullah) sambil melihat segala yang ada ini seraya berkata bahawa tidaklah Allah swt berbuat sesuatu itu sia-sia.” 3
5. Istiqamahlah dalam keadaan kamu itu kerana Allah swt ada berfirman maksudnya bahawa apabila seseorang itu diganggu syaitan (atau diuji) dan mereka segera Dzikrullah (ingat kepada Allah swt), Allah swt akan membimbing mereka keluar dari keadaan yang menyusahkan mereka itu.
Semoga anakku dapat pencerahan dari penerangan di atas ini, Insya-Allah, aamin ya Rabbal alamin!
KOMENTAR