Q&A: TERMASUK RUANG DAN MASA?

dikutip dari gnosticman.org

 

ZOLKIFLI

1) Kerana DzatNya adalah Yang Zahir dan Batin kesemua ciptaan (termasuk ruang dan masa) maka kesemua lakonan ciptaan sebenarnya adalah lakuanDzatNya.

Komen saya
Zat Allah bukan ciptaan termasuk ruang dan masa. seperti ustaz tulis…..kalau macam tu semua benda yang dijadikan ada ……kun …..
senang la macam tu……saya p minta kat pokok……keluarkan seketul mas 1 kg serta merta.

2)Sesudah kita kenal hakikat kesemua ciptaan adalah Dzat justeru itu, kita pun tahu Dzat itu datang daripada Allah swt dengan ini, kita sudah mencapai Makrifatullah.

komen saya
Kenal dunia ini tidak mengesahkan atau menaik darjat ketahap makrifatullah seseorang,
Cuba tengok org atheis….kenal dunia…..adakah mereka ini islam ataupun ustaz kata makrifatullah.
Cuba tengok org beragama buddha…..ada kah meraka makrifatullah…????
Cuba tengok keristian….bagaimana…..???
Ugama hindu…..nasrani….yahudi….
Mereka tu musuh ALLAH…….bukan ahli makrifatullah.

3)Kepunyaan Allahlah semua yang ada di langit dan di bumi: Ali Imran (3):109, 129; Al Baqarah (2):255; 284.

Komen saya
Bagaimana Allah itu zatnya yang memiliki semua dilangit dan bumi itu zatnya yang maha esa….nyata tidak berdaya memberi apa2, membuat apa2, mengubah apa2 malah tidak berdaya membuat dan menyatakan syurga dan neraka….Ini kerja Allah bukan kerja alam atau ciptaannya.

USTAZ……………..AWAK ADALAH TERGOLONG ORG SESAT YANG DI SEBUT RASULULLAH….
27 PUAK YANG MEMBAWA DAN MENDAKWAH UGAMA ISLAM…..HANYA SATU DITERIMA MASUK SYURGA…IAITU ISLAM YANG DIBAWA OLEH AHLUL BAIT….

ADAKAH USTAz PEMBAWA DAN PENDAKWAH SYARIAT ALLAH TAALA YANG DI AJAR OLEH RASULUULAH…….????????????

 

3)Kepunyaan Allahlah semua yang ada di langit dan di bumi: Ali Imran (3):109, 129; Al Baqarah (2):255; 284.

MAAF PEMBETULAN SEDIKIT

Komen saya
ciptaannya dan alam ini…….nyata tidak berdaya memberi apa2, membuat apa2, mengubah apa2 malah tidak berdaya membuat dan menyatakan syurga dan neraka….Ini kerja Allah bukan kerja alam atau ciptaannya.

Hussien Latiff

Awak ini sungguh-sungguh lucu. Kalau semua yang ada ini adalah DzatNya yang Zahir dan Batin maka seperti Imam Ghazali berkata:

“Orang yang mengenal dirinya dan mengenal Tuhannya niscaya sudah pasti ia mengenal bahawa ia tiada mempunyai wujud bagi dirinya.”
Imam Ghazali, Ihya Ulumiddin Bk. 7, 427 (1981).

Allah swt juga ada berfirman yg bermaksud:

Akulah yang zahir dan batin
Al Hadid (57):3

Orang yg sudah makrifat sedar kebenaran ayat di atas ini iaitu yang sebenar wujud adalah “Dzat” kerana itu mereka tidak “buta” dan tidak syirik kerana apabila anda menyatakan anda itu wujud maka anda telah menyatakan ada dua wujud iaitu (i) Allah dan disampingNya ii) anda wujud bersamaNya. Allah ada berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini maka Kami singkapkan daripadamu tutup (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam.
Qaaf (50):22.

Apabila kita sedar (seperti dikatakan oleh Imam Ghazali tadi) kita tidak wujud maka kita tidak ada suara langsung kerana itu Nabi Isa as bersabda:
(Perkataan) “Kenapa” adalah pintu ke neraka.
Gospel of Barnabas, 114 (?).

Syeikh Abdul Qadir AL Jilani pula berkata:

Berlaku warak adalah kerja satu jam, bersederhana dalam segala hal adalah kerja dua jam; tetapi makrifat Allah ialah kerja sentiasa.
Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Op cit, 189.

Di sini berbezaan kita seperti di firmankan dalam Al Quran:

Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?.
Al Kahfi (18):68.

Inilah perpisahan antara aku dan kamu.
Al Kahfi (18):78.

Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi:
Al Furqan (25):44

Katakanlah lagi: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
Az Zumar (39):9

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut Allah dari kalangan hamba-hambaNya orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
Faathir (35):28

Sama ada Ahlul Baitkah betul atau Ahli Sunnikah betul, Rasulullah ada bersabda:

“Sesungguhnya umatku tidak berhimpun dalam kesesatan. Maka apabila kamu melihat perselisihan hendaklah kamu tetap pada yang ramai.
Terjemahan Sunan Ibnu Majah, Bk.4, 649 (1993)..”

 

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *