Q&A: TANGGA-TANGGA ILMU DALAM TASAWUF JALAN NABI-NABI (3)
Ustadz Hussien Abd Latiff: Apabila dikatakan jangan turun “Pintu Depan” dan bermain lumpur, makna HATI kita jangan turun “Pintu Depan”. sesuai dengan firmanNya yg bermakna:
1. Dalam shalat ingat Aku (Jangan turun).
2. Lepas Shalat ingat Aku (Jangan Turun)
3. Dalam hidup keseharian (Jual Beli) ingat Aku (Jangan turun).
Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata, yang bermaksud bahawa Hati ibarat sebuah rumah dan rumah itu hanya satu penghuni iaitu Allah swt
Maka yang dimaksud jangan turun bermain lumpur ialah Hati.
Justeru itu [karena itu], walaupun jasad kita turun “Pintu Depan” untuk mencari rezki dan sebagainya namun Hati tetap di “Pintu Belakang”.
Kerana itu mengingati Allah swt adalah ibadah yang utama lebih utama dari jihad dan sedakah segunung emas dan perak.
Allah swt juga ada berfirman (hadits qudsi) bahawa kalau seseorang itu sibuk mengingati Aku justeru itu lupa meminta kpdKu maka akan cukupkan keperluannya walaupun dia tidak meminta dariKu. Hadith ini menunjukkan orang yang sentiasa mengingati Allah swt sentiasa berada dalam NaunganNya.
Maka turunlah dari “Pintu Depan” dan teruskanlah pekerjaan, tugasan dll asal Hati sentiasa di Pintu Belakang.
Hendaklah HATI itu praktis atau berlatih duduk Pintu Belakang walaupun jasad udah turun Pintu Depan untuk sebab tertentu. Sehingga alah bisa tegal biasa….
Suharjono: Alhamdulillah semakin jelas, terima kasih Ustadz🙏🙏
Ahmad Saifudin: Subhaanallah walhamdulillah, mohon doanya Ayah agar kami senantiasa dzikrullah, kapanpun dimananpun kami berada, matur suwun Ayah.
Suraedah Hamid Ali: Subuhanallah…Alhamdulillah…terima kasih Pa Ustadz ..mohon kami di Do’akan semoga istqomah melaksanakan…Insyaa Allah…jazakumullah khairan katsiran…
Sri Puji Astuti: Alhamdulillah. Terimakasih Ustadz…dapat pengajaran berharga sambil jual batik (Alhamdulillah laris manis…InsyaAllah hati tetap ingat Allah SWT)😆
Artikel sebelumnya :
- Q&A: TANGGA-TANGGA ILMU DALAM TASAWUF JALAN NABI-NABI (2)
- Q&A: TANGGA-TANGGA ILMU DALAM TASAWUF JALAN NABI-NABI
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
Maksd pintu belakng ape berkenaan dngn ingatan di belakang kpla ustadz mohon penjelasannya
Dngn rasa hormat dn kasih saygNya
mengenai pintu belakang, bisa dipahami lebih dalam dengan menonton syarahan ustadz bagian Pandangan Mata Hati -admin-