Q&A: SLEEP PARALYSIS DALAM TINJAUAN MAKRIFATULLAH

Shaiful M: Mohon bertanya ustaz. Dalam keadaan jiwa (roh & hati) dipegang Allah ketika tidur, bagaimana nak apply pemahaman ini utk kes seperti “sleep walking”? Atau mereka itu sebenarnya tidak tidur, lebih kepada keadaan “sub-concious”

Ustadz Hussien Abd Latiff: Apabila Jiwa dilepaskan semasa terjaga dari tidur, Hati harus kembali kepada otak (kepala) dan Roh pula berkembang keseluruh jasad. Namun kadangkali ini tidak terjadi:

1. Dalam keadaan mimpi, kita bermimpi dikejar anjing. Di sini Jiwa terlepas dan termasuk ke alam mimpi. 
2. Kita melihat Roh kita di kejar oleh anjing dalam alam mimpi. Ini bererti Jiwa terlepas, Hati kembali ke otak (kepala) tetapi Roh terlepas masuk ke alam roh.
3. Jiwa terlepas. Roh berkembang keseluruh jasad tetapi Hati masih melekat pada Roh tidak melekat ke otak (kepala) maka terjadi “Sleep-walking” atau “Somnambulism”
4. Jiwa dilepaskan. Hati kembali ke otak (kepala) tetapi roh tidak dapat berkembang keseluruh jasad kerana ditahan atau ditindih. Justeru, walaupun Hati aktif tetapi jasad ngak bisa bergerak. Ini dipanggil “Sleep paralysis” atau ditekan atau ditindih (oleh syaitan).

Rio: Terimakasih ustadz. Apakah sleep paralysis selalunya karena ditindih syaitan atau bisa karena sebab lain ustadz?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Kerana itu saya taruh dalam braket “(oleh syaitan)” kerana boleh juga terjadi kerana fisikal, perubatan dll.

Namun kita sedang bincangkan dari segi “spiritual” maka selalunya, tidak semestinya, dari gangguan syaitan.

Shaiful M: Syukur Alhamdulillah. Terimakasih ustaz. Saya kira secara prinsipnya ilmu ini akan unlock masalah sleep walking. Sudut spiritual. scientist masih blur dan hanya mengkaji dari sudut sains sahaja (pyschology)


Artikel terkait dengan bahasan ini : 


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *