Q&A: SEPERTI APAKAH BASECAMP ITU?
Ibu Elsy :
Mohon dijelaskan tentang “membina Base Camp”… ustadz…
apakah yg dimaksud membangun base camp seperti suatu tempat (abstrac) tinggal landas / take off… ato sebagai tempat halwat…
ato lebih kpd keteguhan diri menghadap mantap….
ato keberserahan diri yg mantap…
Maaf ustadz….
Ustadz Hussien Abd Latiff :
Sahabatku ibu lc, “Base-Camp” adalah huruf pungutan dari kamus pendaki gunung. Base-Camp adalah tempat rihat pendaki-pendaki gunung sebelum pendaki-pendaki itu mendaki ke kemuncak gunung itu.
Maka apabila kita dzikrullah dan terus duduk diatas, ini akan membuat dzikrullah kita itu bermastautin di atas laksana Base-camp. Sesudah itu dzikrullah kita itu akan berdenyut (vibes/vibration) ke atas menembusi lepas kepala kita dan di sambut oleh Ilahi. Sesuai dengan firmanNya bahawa sekiranya kita ingat Dia (dzikrullah), Dia akan ingat kita.
Kadangkali sebelum. Base-Camp ini mantap, maka denyutannya itu tidak dapat melepasi kepala kita lalu ia bergolak di sekeliling Base-Camp sahaja. Justeru itu, denyutan ini membuat pancar indra kita (pendengaran hati kita) berdesing.
Harap sahabatku ibu lc dan yg lain dapat pencerahan berkenaan Base-Camp dan bunyi desing.
KOMENTAR