Q&A: PENYERAHAN SEPENUHNYA KEPADA TAKDIR ALLAH

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku yg disayangi, alhamdulillah, hari ini badan Ayah terasa pulih seperti dulu.

Anakku, Allah swt berfirman kepada Rasulullah saw serta juga kita, orang-orang yg beriman supaya menyerah diri sepenuhnya. Inilah Islam iaitu “Submission to the Will of Allah swt” ataupun Penyerahan Sepenuhnya kepada Takdir Allah swt.

Untuk Penyerahan Sepenuhnya, Kita yg udah makrifat mesti sentiasa “Nafi & Isbat”. Minda sentiasa menafi setiap sifat termasuk diri Kita sendiri serta mengisbatkan Dzat yg meliputi lagi berlakon mengikut skrip yg tersirat dalam Loh Mahfuz. Sesuai dengan firmanNya bahawa apabila semua dinafikan (binasa) yg tinggal Dzat (ciptaan)ku. Sesuai juga dengan firmanNya bahawa bukan Rasulullah saw yg membunuh tetapi yg membunuh adalah (Dzat)Ku.

Apabila Minda Kalian udah bisa berbuat demikian maka sedarlah Kalian bahawa kesemua ciptaan termasuk diri Kalian serta juga iblis dan syaitan tidak wujud kerana yg sebenar wujud ialah DzatNya. Sesuai dengan kekata Imam Ghazali bahawa apabila Kalian mengenal Tuhan dan diri Kalian maka kalian tahu Kalian tidak wujud.

Apabila ini difahami maka Kalian tahu bahawa bukan Sifat yang berlakon tetapi yang berlakon adalah Hakikat segala ciptaan iaitu Dzat Wajibul Wujud mengikut Ketetapan Allah swt yg tidak akan berubah di dalam Loh Mahfuz. Kerana itu syaitan berkata (seperti tertera dalam Al Quran) bahawa mereka hanya boleh menggoda yang udah ditetapkan untuk mereka dalam Loh Mahfuz.

Justeru anakku, apa jua yg berlaku adalah lakonan Dzat mengikut yg udah ditetapkan dalam Loh Mahfuz. Maka apa jua kebaikkan atau keburukkan yang datang menjelang di Bulan Ramadan yg mulia ini Redhalah dengan KehendakNya yg udah ditetapkan sebagai Takdir Kalian. Dengan ini, Kalian akan terlepas daripada termasuk dalam golongan yg udah ditetapkan yg dapat digoda oleh Syaitan. Sesuai dengan kata Syeikh Abdul Qadir Al Jilani bahawa dalam hidup ini yg dilambung-lambung oleh ombak Takdir, tidak ada untung dan tiada rugi.

Semoga dan Insya-Allah, anakku yg dikasihi lagi dirindui dapat memfaat dari apa yg Ayahmu sampaikan dan Ayah mengucap kpd kalian selamat menyambut Bulan Ramadan yg mulia yg akan menjelang pada Hari Isnin ini serta Selamat Berpuasa.

Sambungan dari yg udah Ayah sampaikan maka apabila Kalian udah memahaminya, justeru itu tidak akan ada pada seseorang itu mukjizat, atau keramat atau kelebihan atau kemuliaan. Kalau ada, maka orang itu udah melawan taukeh kerana yg menjadi popular adalah dia dan bukan Allah swt. Juga dia udah mewujudkan dirinya maka terhijablah Dzat daripadanya maka dia udah menjadi buta semula lagi.

Inilah masalah utama bagi yg belum bermakrifat dan ngak bisa Nafi & Isbat. Justeru itu, diri mereka sentiasa wujud di depan mata mereka dan ini akan sentiasa membawa kepada pertanyaan, “Kenapa?” yg Nabi Isa as bersabda bahawa itulah Pintu Neraka.
Kerana dirinya sendiri tidak dapat dinafikan maka datanglah keegoan, rasa mulia, rasa hebat, rasa berkuasa, rasa dia bisa berbuat yang luar biasa, tidak bisa berendah diri, sombong, bongkak dll. Ini adalah kerana Kewujudan yg tunggal iaitu Allah swt tidak disedari langsung.

Maka anakku yg dicintai, (i) Sentiasalah semat di dalam Minda Kalian bahawa Kalian tidak wujud serta (ii) Sentiasalah Mata Kalian Nafi & Isbat. Dengan itu, Kalian akan menerima serta memahami Hakikat bahawa Kalian sebenar-benarnya tidak wujud.

Harap anakku yg dicintai memahami apa yg Ayahmu mahu sampaikan.


Catatan:

Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *