Q&A: ALAM AZALI

Ustadz Hussien: Anakku, semasa dalam Alam Azali pada Masa itu Kita semua udah dewasa berumur 33 tahun lalu terjadi satu peristiwa yang sangat menakjubkan lagi utama iaitu mendapat pengenalan kpd Allah swt seperti yg tersirat dalam AlQuran bahawa Allah swt bertanya kpd Jiwa Kita bahawa bukankah Dia, Tuhan Kita dan Kita membenarkannya serta menjadi saksi atasnya. Maka pengenalan inilah yg menjadi cahaya Makrifatullah atau cahaya aqidah yg disematkan dalam Hati Kita yg, mengikut Nabi Isa as, sentiasa bersama Kita dan walaupun dikaburkan oleh dosa namun tetap berada dalam diri kita. Dengan itu, menjadi naluri kepada setiap Manusia mencari Allah swt

Itu hidup Kita semasa di Alam Azali.

Lihat pula kepada hidup Kita di Alam Dunia ini. Dengan jujur katakan adakah peristiwa dalam hidup Kita di dunia ini lebih hebat atau sehebat peristiwa pengenalan kpd Allah swt.

Tentu sekali jawapannya bahawa tiada yg sehebat peristiwa pengenalan itu.

Namun walaupun peristiwa ini sangat hebat serta menakjubkan maka kenapa memori ini langsung tidak Kita dapat imbas kembali (walaupun sekali) semasa Kehidupan kita di dalam dunia ini?

Anakku, kalau memori sehebat ini tidak Kita bawah turun bersama ke Alam Dunia maka apakah memori dalam dunia ini Kita bisa bawah bersama ke Alam Bazakh bersama dengan Jiwa Kita selepas meninggalkan dunia ini? Tanpa memori di Alam Dunia ini Jiwa Kita bawah bersama ke Alam Bazakh justeru itu terhapuslah segala pertalian dengan Alam Dunia seperti terputus segala pertalian dengan Alam Azali.

Anakku, fahamkanlah bahawa terputus segala pertalian kita dengan Alam Dunia adalah kerana memori di Alam Dunia ini tidak dibawah bersama oleh Jiwa Kita yg masuk ke Alam Bazakh.

Fahamkanlah apa yg hendak Ayah sampai supaya kamu bisa mengenal yg mana cerita dan amalan dongeng dan yg mana cerita atau amalan yg benar.

Mohd Zain: Maaf ustaz, masih kurang jelas. Justeru, di mana tempat sebenar yang menyimpan memori? Jika kehidupan di dunia, pada otak sebab bersemadi dengan jasad. Tapi saya keliru pula, bagaimana dengan jiwa? Seingat saya ustaz pesan jika mahu wisata jiwa, pergi ke tempat yang pernah lawati secara fizikal. Bermakna ada memori di minda/hati.
Mohon pencerahan ya ustaz. Terima kasih

Ustadz Hussien: Memori, penglihatan, pendengaran, lisan, rasa, ilmu dll adalah ciptaan. Mereka adalah komponen tersendiri walaupun ada yg bergabung namun kesemuanya terikat dengan Loh Mahfuz. Di sebalik semua ciptaan ada Dzat wajibul wujud yg taat kepada LM (Pelan Induk Ilahi)

Maka memori dalam Azali tidak menjangkau ke Alam Dunia dan memori di Alam Dunia tidak menjangkau ke Alam Bazakh kerana ini udah tertulis di dalam LM.


Catatan:

Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *