Q&A: MENG-QADHA SHOLAT?
[2/9, 4:43 AM] Datin Hjh Gayah Said: Assalamualaikum ustaz
Alhamdulillah sejak ikut seminar dan youtube..solat saya tak macam dulu..dapat juga khusyuk tapi bukan seratus peratus la..Alhamdulillah syukur dgn ilmu yg ustaz sampaikan
Patutkah kita qadha solat kita yg lama tu ustaz… atau naik minta ampun dan taubat ustaz..
[2/9, 4:50 AM] Ustadz Hussien: Kalau ada masa buat qadha walaupun ada ulama mengatakan dlm Islam taada qadha shalat untuk membuktikan niat kita yg suci iaitu kita benar-benar sedar akan kesalahan kita dahulu dan semoga Allah swt menerima keinsafan kita itu.
Kalau tak kuat, shalat qadha duduk pun boleh.
Rasulullah saw apabila sudah ada.umur dan badan baginda dah berat bershalat duduk untuk shalat-shalat sunat.
[2/9, 5:00 AM] Datin Hjh Gayah Said: Alhamdulillah ustaz pencerahan yg menguatkan semangat utk terus qadho.. ..doakan saya ustaz T.kasih banyak ustaz
[2/9, 5:01 AM] Ustadz Hussien: Ya Allah permudahkan sahabatku ini dalam ibadahnya, aamin ya Rabb aamin!
Shalat diri, duduk, baring ke teruskan kerana itu yg kita mampu dan Islam itu menyenangkan ummah. Buat sahaja kerana dengan itu kita menunjukkan kpd Allah swt walaupun dlm keadaan sebegitu kita tetap taat kpdNya.
Catatan:
Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
Islam itu mudah tapi jangan dimudah mudahkan