Q&A: TANGGA LANJUTAN SELEPAS NAFI ISBAT (3)

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, apabila matamu hanya melihat Dzat sahaja yang wujud maka sedarilah Dzat itu wujud tunggal. Contoh:

1. Sifat – Bangku, kerusi, meja, katil dll.
2. Hakikat – Kayu

Maka kalau di hapuskan Sifat yg tinggal hanyalah Kayu sahaja.

Justeru itu, kalau yang wujud di mata kalian hanyalah Dzat sahaja maka bagaimana bisa Allah swt itu zalim:

i. Kezaliman hanya bisa berlaku jika ada mangsa dan ini memerlukan kewujudan yg lain.

ii. Kezaliman hanya bisa berlaku jika harta yg di zalimi adalah kepunyaan yg lain.

iii. Kezaliman tidak akan berlaku kalau yg wujud hanyalah Dzat dan Dzat bermain dengan dirinya. Contoh, kalau kamu mengaruk badan kamu yg terasa gatal, garukkan kamu tidak mendatangkan kesakitan kpd kamu namun merasa nyaman. Tidak sama kalau disuruh orang lain mengaruknya kerana ia boleh membawa kesakitan.
Begitu juga yang di masukkan dalam Neraka adalah Dzat dan Neraka pun Dzat. Bila ketemu mereka akan berkata,”Hello, Bro!”😂😅🤣

Ingat yg diperkatakan di sini adalah Allah swt tidak zalim.

iv. Bagaimana kezaliman berlaku apabila Sifat itu hanyalah satu lukisan atau gambaran atau animasi dipermukaan Dzat. Ingat Rasulullah saw melihat ahli Syurga dan Neraka semasa miraj dan kalian tahu di.masa sekarang mana ada ahli syurga (melainkan Nabi Idris as) dan neraka. Apa yg Rasulullah saw lihat adalah gambaran. Kalau Sifat itu adalah Gambaran atau Lukisan atau Animasi maka mana bisa kezaliman bisa berlaku. Contoh, pelukis melukis seseorang membunuh seseorang yg lain. Di sini mana ada zalimnya di antara pembunuh dalam lukisan dan mangsanya. Kedua-duanya adalah lukisan.

v. Ramai saintis berpendapat hldup ini hanyalah bayangan (Hologram). Bayangan seperti bayangan di kain putih dalam wayang kulit. Kalau hidup ini hanyalah bayangan maka mana ada kezaliman?

vi. Kalau hidup ini adalah drama Ilahi yg singkat masanya dan kita semua adalah pelakonnya dan di akhir lakonan kita semua diberi ganjaran yg menakjubkan untuk masa yg panjang, saya yakin semua kita amat setuju untuk berlakon tidak kira apa skripnya.

vii. Tidak bisakah Allah swt bercanda (bergurau senda) sesudah itu menghadiah kita semua dengan ganjaran yg menakjubkan.

viii. Bagaimana Allah swt itu zalim apabila:
a. Dia udah menetapkan pada DirNya, “RahmatKu mendahului KemurkaanKu”
b. 99 Kasih SayangNya menunggu kita di Hari Kemudian sehingga Rasulullah saw bersabda bahawa orang kafir tidak akan putus asa masuk syurga sekiranya mereka tahu akan 99 Kasih Sayang Allah swt ini.
c. Kalau seorang ibu tidak sanggup melemparkan anaknya ke dalam api inikan pula Allah swt Yang MAHA Pengasih lagi Penyayang.

ix. Kezaliman adalah ketetapan manusia terhadap Allah swt yg Maha Suci dari ketetapan mereka itu. Justeru itu Allah swt berfirman maksudnya, “Bagaimana mereka memikirkan dan bagaimana mereka menetapkan celakalah mereka!” Allah swt juga berfirman maksudnya, “Mereka tidak menghormati Allah swt seperti yg sepatutnya mereka lakukan.”

x. Mendapatkan Syurga yg menakjubkan untuk masa yg panjang kerana lakonan yg singkat masanya adalah satu nikmat yg besar bukan satu kezaliman. Justeru itu, Allah swt berfirman maksudnya, “Mana NikmatKu kau ragukan?” dan “Mana NikmatKu kau nafikan?”

Maka anakku hendaklah sentiasa kamu ingati bahawa semua yg Allah swt lakarkan di LM berhikmah dan tidak sia-sia. Kerana itu sebelum kita berbuat sesuatu, kita sentiasa berkata “Bismillahir Rahmannir Rahim!” (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang). Semoga Kalian dapat pencerahan anakku yg sentiasa dikasihi, aamin Ya Rabbil alamin!


Artikel Sebelumnya :


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *