Q&A: KEFAHAMAN (2)
10/21/17, 5:34:11 AM: Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, bahagian 2 dalam Kefahaman yang Ayah, insya-Allah hendak memperkatakan ialah:
2. Kedudukan Khalifah.
i. Allah swt ada berfirman bahawa Dia akan melantik (manusia) Khalifah di bumi ini.
ii. Dia akan mengajar manusia, tidak yang lain, ilmu. Justeru itu, kita lebih pintar dari ciptaan yang lain.
iii. Dia akan memberi kita kelengkapan yang sesuai dari masa ke masa. Dengan itu, kita bertamaddun berbanding.dengan ciptaan yang lain.
iv. Hanya kepada manusia (Nabi Ibrahim as, Nabi Musa as.dan Rasulullah saw) Dia berkata-kata. Kepada yang lain menerusi kalam di Al Mustawa.
v. Manusia juga (Rasulullah saw)yg membawa RahmatNya ke sekalian alam.
vi. Diberi manusia Amanat bukan kpd langit, bumi dan gunung.
vii. Malaikat, Iblis dan syaitan-syaitan diperintah sujud.kepada kita, Manusia.
viii. Diperintah semua di Langit, di Bumi dan di antaranya tunduk.kepada kita, Manusia.
viii. Diperintah Matahari, Bulan, Bintang dan Cekerawala (malam.dan.siang)tunduk kepada kita.
ix. Allah swt dan malaikat berselawat kepada Manusia (Rasulullah saw)tidak pada ciptaan.yg lain.Berbanding dengan Syaitan-syaitan, Allah swt berfirman bahawa mereka itu buta, tuli, pekak dan sesat.
Di sini Ayah mahu buat perbandingan semasa Inggeris menjajah Tanah Melayu dan Belanda menjajah Indonesia dalam kurun ke18. Penjajah ini memandang kita sebagai hamba yg diperintah mereka. Taraf kita tetap hamba dan kehidupan kita tidak menjadi satu yg menarik kpd.mereka. Pakaian kita berbanding dengan mereka dipandang kuno (ancient). Dari segi ilmu dan peradaban, kita dilihat sebagai ketinggalan zaman. Justeru mereka bergiat dalam masyarakat mereka sahaja dan di antara dunia kita dan dunia mereka ada jurang yang besar lagi dalam. Itu baru mertabat Penjajah.
Di sini Ayah hendak mengingatkan kalian bahawa mertabat kalian sebagai Khalifah adalah lebih tinggi dari Penjajah. Sedarkan dan Fahamkan apa yg Ayah mahu sampaikan kerana kalau kalian sedar dan faham akan kedudukan kalian yg tentu lebih mulia dari Penjajah maka kalian tidak akan takut atau terpengaruh dengan syaitan-syaitan dan dengan cara kehidupan mereka iaitu bermaksiat, judi, dadah, arak, zina.dll. Seperti Penjajah yang tidak terpengaruh dengan hamba mereka atau cara hidup mereka, begitu juga kalian jangan terpengaruh atau takut kpd syaitan-syaitan dan cara kehidupan mereka. Kalian sangat mulia berbanding dengan mereka.
Hanya dengan Kefahaman dan Kesedaran ini barulah perlantikkan kalian sebagai Khalifah bermakna dan syaitan-syaitan dan cara kehidupan mereka tidak dapat mempengaruh kalian samasekali.
Semoga pencerahan di atas ini bermakna kpd kalian, anakku yg dirindui lagi dikasihi.
10/21/17, 5:46:59 AM: Efendy Yasin: Alhamdulillah… penerangan yang amat sangat berharga sekali dan baru pertama kali anak dapat penjelasan sedetail ini tentang diri ini yang sebenarnya, beribu terimakasih anak haturkan 🙏🏻😭😍💐🌷🌹
10/21/17, 5:49:11 AM: Aziz: Alhamdulillah insyaallah,terima kaseh yg Ariff Al Ustaz YDI.Ya Salaam.
10/21/17, 5:52:03 AM: Ahmad Saifudin: Alhamdulillah, terimakasih Ayah atas kepahaman yang ayah berikan.
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR