DAKWAH MAKRIFATULLAH (4)

Anakku, tugasan seorang Nabi atau Rasul ialah mengenalkan umatnya kepada Allah swt Tuhan Yang Satu dan menyembahnya.

Mengikut Nabi Isa as kalau Zabur tidak dikorupsi, tidak Tuhan beri Taurat kepada Musa dan kalau Taurat tidak dikorupsi tidak Tuhan beri Injil kepadanya. Kerana semua Kitab-kitab Hanya ada satu yg hendak di sampaikan iaitu Tuhan itu Satu dan hendaklah Kita sembah Tuhan Yang Satu.

Kerana Injil dikorupsi maka Allah swt turunkan Al Quran kepada Rasulullah saw dan Allah swt berjanji untuk memelihara Al Quran maka sehingga hari ini ia masih tidak korupsi. Al Quran menyampai bahawa Allah swt Tuhan Yang Satu dan hendaklah Kita menyembahNya.

Selain dari tugasan yg tersebut di atas ini, para Nabi-nabi dan Rasul-rasul dikehendaki berdakwah kepada kaum kafirun. Kebanyakan mereka adalah umat-umat Nabi-nabi terdahulu yg udah tidak beriman, Kitab mereka dikorupsi dan Syariah mereka diubahsuai sesuka hati dan selalunya menyebelahi orang-orang atasan dan yang kaya.

Rasulullah saw bersabda bahawa masyarakat lama binasa kerana perundangan Syariah mereka berpihak pada orang-orang atasan serta menindas orang-orang bawahan. Baginda menambah bahawa kalau puteri baginda (Fatimah) mencuri baginda akan potong tangannya (mengikut hukum hudud).

Maka setiap Nabi dan Rasul berdakwah kepada Umat yg udah hilang haluan lalu menjadi kafir. Maka Allah swt menurunkan Bala bencana menghapuskan orang-orang yg tidak beriman ini berserta zuriat-zuriat mereka dan menyelamatkan Nabi atau Rasul serta pengikut mereka yg beriman (segelintir sahaja) .

Rasulullah saw adalah Nabi yg terakhir dan sesudah baginda tidak akan turun Nabi-nabi yg baru. Maka kepada siapakah tugasan mengembalikan Umat baginda yg lupakan Allah swt dalam mengejar keduniaan dan apabila Syariah pun tidak dapat membantu untuk mengembalikan mereka mengenal Allah Tuhan yg Satu dan menyembahNya, tidak lain adalah di atas bahu mereka yg digelar Arif Billah serta pengikut-pengikut mereka yg setia. Sesuai dengan sabda Rasulullah saw bahawa apabila para sahabat bertemu dengan kaum Yahudi pujuk mereka beriman kpd Allah dan apabila mereka setuju untuk beriman kenalkan mereka kepada Allah sesudah itu beritahu shalat Lima waktu itu (Syariat) wajib


Anakku, kesemua fakta berkaitan dengan Allah swt dibuktikan melalui penjelasan yang lojika yg dapat diterima oleh minda. Namun ini ditolak oleh golongan Athiest atau Free Thinkers dan juga para Saintis. Bagi mereka selagi Allah swt tidak dilihat dengan kedua Mata mereka maka mereka menolak kewujudan Allah swt dan segala KebesaranNya.

Kita lihat di antara perkara yg ditolak mereka:

1. Fakta – Ciptaan tidak akan tercipta kalau tidak ada Penciptanya. Ini satu penerangan bersandarkan lojik namun Para Saintis menolaknya dan berpendapat ia terjadi secara kebetulan.

2. Fakta – Ciptaan tersusun dengan rapi menunjukkan adanya satu Tuhan kerana kalau Dua atau ramai Tuhan tentulah terjadi kebinasaan. Penerangan lojika ini ditolak oleh golongan Athiest yg mahu melihat Allah swt wujud didepan kedua Mata mereka.

Begitu juga dalam Ilmu Tasawuf, Ketuhanan diterang secara lojika yg dapat diterima oleh mereka yg tidak prejudis atau yang berlapang dada dan tidak berfikiran sempit. Contoh:

1. Ciptaan terzahir daripada Dzat dan Dzat daripada Yang Maha Halus.

Di sini Rasulullah saw bersabda (Hadith Sahih) bahawa Kaulah Dzat mendahulukan dan mengakhirkan. Justeru jelas Dzat adalah unsur yg Wajibul wujud untuk kesemua ciptaan.

Dzat pula mana datangnya? Di sini Allah swt berfirman,”Inna lillahi Wainna Ilahi Rajiun” maknanya daripada Allah swt kepada Allah swt Kita kembali.

Mengikut Sains kesemua Ciptaan adalah gumpulan atom-atom yg halus.

Atom-atom ini pula terzahir daripada Dzat yang lebih halus yg dapat meliputi atom-atom ini.

Dan apa pula yg dapat meliputi Dzat yg lebih halus daripada atom itu, sudah tentu Yang Maha Halus lagi Meliputi semua.

Maha Halus dan Maha Besar adalah satu seperti sehelai rambut Saya yang halus yg melekat kepada Jasad Saya yang besar.

Taada fakta berkenaan Allah swt dapat dibuktikan dengan disaksikan dengan kedua Mata Kita. Justeru kesemua itu mesti dibuktikan dengan penjelesan yang lojika. Kerana itu Allah swt berfirman bahawa hanya orang yg berilmu benar-benar takut kepada Allah swt.

Allah swt juga berfirman bahawa kalau tidak tahu tanyalah kpd yang tahu.

Juga ada firmanNya bahawa tidak sama yang mengetahui dan yang tidak mengetahui.

Semoga Anakku yg dirindui mendapat memfaat dari Tazkirah ini, aamin Ya Rabbil alamin!

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *