Q&A: KEAKUAN

Anakku yg dirindui.

Bagi mereka yg masih ke-Akuan, mereka ngak bisa memisahkan diri mereka dengan rasa keistimewaan diri serta dari menetapkan (sesuatu). Natijah dari ini: dunia, masyarakat, keluarga, persahabatan, kumpulan, pertubuhan, syarikat dll sukar mencapai kedamaian dan keamanan.

Untuk mencapai kedamaian dan ketenteraman, hendaklah Manusia sentiasa mengingati Allah swt (Dzikrullah). Sesuai dengan firmanNya bahawa dengan mengingati Allah swt, Hati akan menjadi tenteram. Apabila ini udah tercapai maka akan dijemput Kalian masuk ke dalam JemaahNya (yg udah mencapai ketenteraman ini) dan masuklah dalam syurgaNya iaitu keadaan aman damai seperti di dalam syurga.

Untuk sentiasa Dzikrullah maka perlulah seseorang itu mengenal Allah swt (Makrifatullah) seperti Imam Ghazali berkata bahawa ( Kewujudan) Allah swt itu sangat jelas tetapi memerlukan Makrifatullah terlebih dahulu. Kerana itu dikatakan,”Awaluddin Makrifatullah”.

Anakku, Kalian udah bermarifatullah dan menyaksikan bagaimanna mereka yg belum lagi mengenal Allah swt masih terbelenggu dengan keadaan keistimewaan diri serta suka menetapkan. Maka janganlah Kalian samasekali termasuk dalam keadaan ini.

Inilah keadaan Nabi Musa (as) dan Khidir (as).

Musa (as) menetapkan Khidir (as) udah membuat kemungkaran yg besar. Namun bagi Khidir (as) bahawa dia buat perkara itu bukan mengikut kemahuannya. Di sini Musa (as) merasakan dirinya betul (benar) dan menetapkan Khidir (as) bersalah. Bagi Khidir (as), dia tidak wujud dan apa yg berlaku adalah di antara Dzat dengan Dzat mengikut yg udah ditetapkan di dalam Loh Mahfuz.

Keadaan sebegini selalu berlaku apabila seorang itu menerima musibah, dia akan pertikaikan Takdir contoh, “Apa aku ditipu $50,000 udah ditakdirkan?”; *Apa aku dianiayai udah ditetapkan?”; “Apa aku dikasari udah ditakdirkan?”.

Mereka lupa bahawa Allah swt itu Maha Bijaksana maka mustahil bagiNya membuat atau menetapkan sesuatu yg sia-sia. Justeru mereka melihat kepada yg buruk bukan kpd hikmah disebalik perkara yg udah ditakdirkan itu yg membawa kpd keberuntungan, faedah, keadilan, ilmu dan kebaikan. Begitulah Musa (as) sehingga Khidir (as) menerangkan hikmah disebalik kesemua perbuatannya yg ditetapkan oleh Musa (as) sebagai suatu kemungkaran.

Anakku, maka sangatlah sukar bagi mereka yg belum bermakrifat untuk menerima akan kefahaman serta pandangan (Nafi & Isbat) Kalian. Kerana itu Khidir (as) berkata kpd Musa (as) bahawa sukar bagi Musa (as) untuk memahaminya dan di sinilah jurang perpisahan di antara mereka.

Justeru anakku ingatlah nasihat Ayahmu ini, janganlah Kalian cuba untuk memahamkan kpd mereka di jurang sana akan ilmu yg ada pada Kalian dan biarkanlah mereka dengan cara hidup mereka. Ingatlah kekata, “Si Luncai terjun dengan labu-labunya!” Jawapannya,” Biarkan, biarkan!”

Semoga Kalian anakku tersayang mendapat hikmah dari tazkirah Ayahmu ini, aamin Ya Rabbil alamin!

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

3 Responses

  1. ami candra gunawan says:

    aamiin ya ALLAH😢😢😢

  2. ami candra gunawan says:

    aamiin ya ALLAH😢

  3. ami candra gunawan says:

    aamiin😢

Leave a Reply to ami candra gunawan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *