Q&A: DZIKRULLAH MENANGKAL GANGGUAN SYAITAN
Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku yg dikasihi. Dzikrullah maknanya Ingat Allah swt.
Tentunya apabila mengingati Allah swt, tidak boleh dirupakan atau diumpamakan dan sebagainya.
Justeru itu, impak Dzikrullah juga adalah proses Nafi dan Isbat iaitu menghilang segala kewujudan dan diisbatkan Ingatan Allah swt yg tidak serupa dan tidak boleh diumpamakan.
Namun arena Nafi dan Isbat Dzikrullah hanyalah di Minda sahaja iaitu Kita menafikan segala kewujudan dalam Minda Kita seperti gambaran, fikiran, gangguan dan lain-lain, sesudah itu Kita isbatkan Ingatan Allah swt yg tidak dirupakan atau diumpamakan.
Anakku, Allah swt ada berfirman bahawa apabila Kita ingat Dia, Dia akan ingat Kita.
Dia juga ada berfirman (Hadith. Qudsi) bahawa jika kita ingat Dia sehasta Dia ingat kita sejengkal dan kalau kita ingat sejengkal, Dia akan ingat Kita sedepa dan kalau kita ingat Dia sedepa, Dia akan lebih cepat dari itu.Anakku, pertalian atau komunikasi ini yg dipanggil “frequency” atau gelombang iaitu Ingatan Kita akan Allah swt dibawa oleh gelombang kepadaNya dan disambutNya. Kerana itu Dia berfirman bahawa Dia dekat dan Dia memakbulkan doa.
Hendaklah difahamkan anakku bahawa frequency atau gelombang Dzikrullah sangat tinggi dan kuat kerana mempunyai kaedah Nafi dan Isbat. Frequency atau gelombang Ingatan Allah swt juga mengatasi frequency atau gelombang syaitan. Kerana itu Allah swt ada berfirman bahawa hendaknya seseorang lekas ingat kepada Allah swt apabila diganggu oleh Syaitan dan Allah swt akan memberi dia jalan keluar dari keadaannya itu.
Apa sebenarnya berlaku anakku, Syaitan menganggu Manusia dengan mensasarkan gelombangnya ke Minda atau tengkuh atau badan Kita dari satu sudut yg Kita tidak nampak dia untuk menggangu Kita. Namun apabila Kita dengan lekas Dzikrullah maka gelombangNya akan menghapuskan gelombang syaitan dan Hati kembali menjadi tenang. Kerana itu Kita disuruh Dzikrullah semasa shalat, selepas shalat dan dalam Kehidupan seharian.
Semoga anakku mendapat syafaat dari Tazkirah Ayah ini, aamin Ya Rabbil alamin!
Sahry Ramadhan: Assalamu’alaikum. Ustad, jika demikian kehadiran Allah pada kita, tergantung sikap dan persepsi kita semua kepada Nya, jika kita senantiasa memuji dan mengingati Nya, Allah Swt juga senantiasa berada di dekat kita. Baik dalam suka maupun duka. Tapi sebaliknya, bila kita melupakan Nya, jadi kehadiran Nya akan jauh di minda kita dan sanubari kita. Dan kalau kita ladzimkan dalam kebiasaan di diri kita dzikrullah ini akan menjadi obat dan menjadikan hidup kita lebih tenang, apa begitu pemahamannya kira-kira ya ustad?
Ustadz Hussien Abd Latiff: Hebat kamu Sahry Ramadan!
Sahry Ramadhan: Lagi belajar mengulang-ulang pelajaran ustad biar lancar hehehe.
Ustadz Hussien Abd Latiff: Kerana itu Allah swt ada berfirman bahawa kalau Kita ingat Dia dalam diri Kita, Dia akan ingat Kita dalam DiriNya.
Allah swt juga ada berfirman bahawa kalau Kita melupakanNya maka Dia akan melupakan Kita.
Sahry Ramadhan: Subhanallah sangat singkat pesannya dan semoga mudah diamalkan ya ustad.
Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku yg dikasihi. Syaitan menghantar gelombang gangguan mereka dari sudut yg Kalian tidak nampak. Apabila gelombang itu sampai kpd sasaran dan mereka dapati mangsa itu tidak kuat pertahanan mereka maka syaitan akan menambah kekuatan gelombang mereka sehingga mangsa menjadi histeria dan kadangkali mangsa menjadi demam atau pengsan (tidak sedarkan diri). Perkara ini pernah berlaku di Pusat Tahfiz, Pasentren, Madrasah, Sekolah dan lain-lain.
Seperti Ayahmu katakan dulu hanya gelombang Dzikrullah lebih hebat dari gelombang syaitan. Justeru itu Rasulullah saw bersabda bahawa amalan yg paling tinggi tarafnya adalah Dzikrullah.
Kerana itu Sayidina Umar ra berkata tanpa Dzikrullah, semua amalan Kita menjadi sia-sia.
rio : Ustadz, mohon izin bertanya. Apakah gelombang yang syaitan hantar itu hanya berupa fikiran yang disusupkan ke dalam minda, atau dapat juga berupa perasaan yang di hantarkan ke dada ustadz?
Ustadz Hussien Abd Latiff: Gelombang mereka bisa di hantar ke anggota badan membuat Kita berasa seram, takut, menggeletar, pengsan, demam dan histeria.
Kalau mereka tujukan kpd Minda maka orang itu bisa murung, fikiran kacau, Ingatan untuk bunuh diri (suicidal), berfikiran jahat dll.
Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku yg dirindui. Syaitan menggangu Kita dari sudut yg Kita tidak dapat melihat mereka. Mereka mengganggu atau menggoda Kita dengan mengirimkan gangguan itu menerusi gelombang. Gelombang gangguan itu dikirimkan dari satu sudut yg tidak kelihatan kpd Kita dan selalunya sasarannya (target) ialah Minda Kita. Mereka akan ikhtiar untuk menaluki Minda Kita justeru itu menguasai diri Kita serta dapat membuat kita ikut akan saranan mereka. Akibat atau natijahnya Kita buta kpd segala-segala dan hanya patuh kpd saranan syaitan sahaja. Ini sesuai dengan kekata mereka bahawa mereka akan datang dari depan, belakang, Kiri dan kanan Kita untuk menggoda Kita.
Contoh,
1. Seseorang terpengaruh dengan saranan syaitan maka dia mengadakan hubungan dengan rakan sekerja di pejabatnya walaupun kedua-duanya udah bernikah dengan yg lain. Mereka buat ini kerana dipengaruhi oleh Syaitan serta tidak terlintas di Minda mereka akan akibat perbuatan mereka seperti (i) perkara ini bisa membawa kpd jenayah (membunuh atau kecederaan), (ii) penceraian, (III) dibuang kerja, (iv) hilang kedudukan di dalam Masjid, Pertubuhan, Alumini dll.2. Seseorang pelajar universiti mencuri di Gudang di sebuah Mall
Dia langsung tidak sedar perbuatannya itu bisa:
(i) Masukkannya ke penjara.
(ii) Dibuang dari Universiti.
(iii) Keluarganya mendapat malu
(iv) Masa hadapannya menjadi kelam.Begitulah hebatnya godaan syaitan sehingga Nabi Yusuf (as) hampir juga tewaa. Nabi Yusuf (as) dan Zulaika seperti yg dicerita di dalam Al Quran. Kedua-duanya mahu membuat maksiat sebelum Allah swt menyedarkan Nabi Yusuf (as) akan kemungkaran itu sebelum perkara itu berlaku.
Prihatin di sini, Nabi Yusuf (as) juga tergoda sehingga terlupa akan natijah akan perbuatan yg mahu dibuatnya.
Anakku, sentiasalah dekatkan dirimu kpd Allah swt dengan ibadah serta Dzikrullah. Semoga dengan ini, Allah swt akan menyelamatkan Kalian dari gangguan syaitan dan kemungkaran yg berkait dengannya. Seperti Nabi Yunus (as) digoda oleh Syaitan sehingga dia lari dari umatnya maka dia ditelan oleh ikan Nun. Maka Allah swt berfirman kpdnya bahawa kerana dia banyak mengingati Allah swt maka Allah swt lepaskannya dari perut ikan itu.
Begitu juga Nabi Lut (as) diganggu oleh Syaitan dengan bermacam kesusahan namun tetap dia berpaut kpd Allah swt dan Allah swt melepaskannya dari kesusahannya itu.
Semoga anakku mendapat pencerahan dalam tazkirah ini, aamin Ya Rabbil alamin!
Dita : Ayah ijin bertanya, suatu malam saat saya Dzikrullah, saya dengar suara yg berbisik di sebelah telinga saya “sudah malam ayo tidur saja”, biasanya saya pikir itu suara minda saya (my conciousness / my logic), tp saat saya Dzikrullah saya bisa bedakan bahwa itu bukan minda saya, saya tahu bisikan itu dari luar badan saya tepat di sebelah telinga.. apa itu mungkin bisikan syaitan apa benar bisa kita dengar dan bedakan dengan pikiran2 kita saat sedang Dzikrullah?
Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar itu bisikan syaitan.
Dita: terima kasih ayah
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR