Q&A: HIDUP MACAM BIASA MENGIKUT ARAHAN LM (2)

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, Ayah akan sambung, insya-Allah, syarahan kita berkenaan LM & Minda.

Sudah diterangkan bahawa fungsi Minda hanya meimplimentasi atau jalankan arahan LM. Justeru itu, Minda tidak ada kuasa melainkan patuh kepada arahan LM walaupun perbuatan itu tidak disukainya. Contoh:

1. Penagih dadah (nakoba) walaupun mindanya memberontak tidak akan makan dadah lagi tetapi masih dia menagih dadah. Kerana apa ini terjadi? Kerana arahan LM mengatasi kemahuan mindanya. Sesuai dengan firmanNya bahawa KetetapanNya (dalam LM) tidak akan ada perubahan

2. Udah ada keluarga dan isteri yg cantik lagi taat namun dia berzina dengan perempuan yg tidak setanding dengan isterinya sehingga membawa kpd peceraian. Justeru itu, dia termenung dan menyesali perbuatannya yg tidak masuk di akal merobohkan rumahtangganya yg bahagia. Memang tidak masuk di akal kerana kejadian itu adalah arahan dari LM. Sesuai dengan firmanNya bahawa Dia-lah yg mengilhamkan (menerusi LM) kefasikan dan ketakwaan.

3. Kerana cemburu (jealousy) dia bunuh isterinya. Sesudah itu, dia duduk disebelah mayat isterinya sambil menangis ia berkata, “Aku cintamu sayang!” berulang-ulang.
Sungguh tidak masuk di akal dia membunuh isterinya yg disayang kerana cemburu. Memang tidak masuk di akal kerana ini adalah arahan LM bukan kerana sebab cemburu. Sesuai dengan firmanNya bahawa bukan kau yg membunuh Muhammad, yang membunuh adalah Aku.
Memang tidak masuk di akal, seorang nabi yg dihantar ke umatnya membunuh umatnya. Namun Allah swt berfirman bahawa Dia yg membunuh. Pengertian ayat ini ialah bahawa semua yg berlaku adalah atas arahan Allah swt yg terdapat di dalam LM. Justeru itu pembunuhan itu berlaku atas arahan dari LM bukan dengan kemahuan Rasulullah saw.

Maka dalam hidup ini banyak perkara yg berlaku namun sesudah perkara itu berlaku, pelakunya menyesal dan tidak tahu kenapa dia lakukan perkara itu? Ini adalah kerana perkara itu berlaku atas arahan LM maka pelakunya menjadi pusing kenapa dia lakukan sesuatu yg akalnya sendiri tidak dapat menerimanya.

Kalian juga bisa mendengar seseorang doktor lelaki muda (umur 28 tahun) sihat lagi hansem (No 2) sesudah jogging ia duduk di bangku untuk rihat sekejap lalu kepalanya terlentuk sedikit ke bawah dan ia meninggal dunia di atas bangku itu walaupun dia tidak ada sakit apapun.

Memang tidak masuk di akal, kerana perkara itu terjadi atas arahan LM.

Kadangkali, pengimport kereta mengimport 100 kereta berjenama. Walaupun kesemua kereta berkeadaan sama dan udah di uji sebelum diimport namun apabila sampai di sini 2 kereta tidak dapat dihidupkan injinnya. Dipanggil Jutera kanan turun untuk membaiki kereta itu namun dia tidak berjaya serta juga tidak dapat kesan punca masalahnya. Akhirnya kereta itu dihantar pulang ke negerinya.

Sebenarnya Jutera kanan itu tidak bisa mencari punca [sumber] masalah kereta itu kerana puncanya ialah arahan dari LM.

Mengikut Stephen Hawkin bahawa arahan-arahan ini sudah sedia ada untuk kita mematuhinya bukan untuk merubahnya. Justeru beliau berkata,”Freewill is just an illusion!” (Kebebasan memilih adalah satu hayalan).

Dia menambah lagi bahawa sekiranya kita dapat merobah arahan-arahan ini, natijahnya ialah kita akan merosakkan kehidupan di seluruh dunia ini.Contoh, jarak matahari dan bumi amat sesuai hingga kita bisa hidup di bumi ini. Namun kalau arahan ini tidak dipatuhi justeru itu, bumi mendekati akan matahari maka kesemua kita akan mati terbakar. Dan kalau ia jauh dari matahari kita akan kesemua mati kesejukkan.

Kalau para Saintis bisa mendapat pencerahan berkenaan arahan-arahan dari LM, semoga kalian begitu juga hendaknya. Aamin ya Rabbil alamin.


Note : untuk memahami kajian ini secara komprehensif, haruslah juga mengikuti kajian-kajian sebelumnya mengenai adab, berpegang kepada syariah, dan tidak berdalih mengatasnamakan takdir. Silakan ikuti pada link berikut ini :


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

4 Responses

  1. Darman syah says:

    Tulisan dan kehendakNya berjalan sempurna
    Alhmdulillah dn syukur
    Ustadz dah menerangkan semuanya
    Dan kite ni hanya animasi yg agung
    Tulisan tulisan sangat indah
    الله اكبر

  2. ami candra gunawan says:

    doctor umur 28 thn hensem no 2, ALHAMDULILLAH sy tahu hensem one no 1 😁😁😁, salam ayah smg ayah sekeluarga sehat selalu aamiin…

  3. Abdul Zaky says:

    Benar ustaz.. Saya ingin bertanya jika sekiranya perkara seperti ini berlaku ke atas diri kita sendiri sedang telah mendapat kefahaman dari ilmu yang ustaz telah sampaikan, apakah seseorang itu harus melihat kembali kepada praktik diam/jangan fitnah? Saya merujuk maksud bagi mendapat kefahaman disini ialah tahu, seperti berbezanya yang tahu dan yang merasa, dan yang merasa itu perlu tahu terlebih dahulu agar ia merasainya. Mohon pencerahan, terima kasih.

    • YAMAS says:

      Bang Zaky, pertanyaan sudah dijawab dalam syarahan yang lalu, mengenai prinsip diam. Sila rujuk kembali syarahan sebelumnya pada laman daftar isi di web ini. -admin-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *