Q&A: DAKWAH ALTERNATIF (4)

10/31/17, 6:42:10 AM: Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, dalam Obor 2, Arah Tujuan Ummah, bahagian pertama:

A. Menunjukkan Allah swt yang:

1. RahmatNya mendahului kemurkaanNya.

Biar Ayah terangkan berkenaan ini dahulu. Kita boleh lihat ini telah pun terlaksana sebelum kita dilahirkan lagi:

i. Allah swt berfirman dalam.surah Al Israa (17):44:

“Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.”

Manusia ini adalah sebenarnya gumpulan lebih dari 50 Triliun sell. Sell ini mempunyai Atom dan Atom ini mempunyai Minda tersendiri justeru boleh menerima arahan. Kerana arahan tertentu kepada Atom maka terjadilah telinga, hidung, mata, rambut, badan dll. Ini semua adalah gumpulan sell yang mengikut arahan yang turun kpd Atom. Semua sell ini yg mempunyai Atom adalah ciptaan yang sentiasa bertasbih kepada Allah swt namun ramai tidak faham tentang fakta ini. Ini bererti dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kita (sell)bertasbih kepada Allah swt sentiasa.

(Sampingan – Kerana Atom mempunyai Minda yang boleh menerima arahan maka timbullah ilmu Nanoteknoloji.)

ii. Allah swt berfirman dalam.surah Al Araaf(7):172:

“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)”,

Jiwa manusia juga membuat pengakuan bahawa Allah swt adalah Tuhan yang manusia sembah. Pengakuan manusia ini, Allah swt jadikan Syahadah ( Testimony). Syahadah ini juga menjadi cahaya aqidah yg mengikut imam Ghazali di sematkan di dalam jiwa manusia serta mengikut imam Ahmad Rifai menjadi naluri setiap manusia.

Fahamkan anakku, bukan sahaja setiap sell di jasad manusia mengagungkan (bertasbih) kepada Allah swt, jiwa manusia juga bersyahadah mengEsakanNya dan pengesahan ini sentiasa berada dalam jiwa manusia kerana.syahadah ini udah menjadi naluri setiap jiwa manusia. Ini juga bererti semasa hidup dalam dunia ini,.Jasad manusia sentiasa bertasbih kepada Allah swt dan sebelum di lahirkan dan sesudah kematian manusia, jiwa mereka memiliki.Syahadah yang mengEsakan Allah swt.

Justeru itu, bukankah ini RahmatNya mendahului KemurkaanNya. Dan RahmatNya tidak terberhenti di situ, apabila dikatakan “ manusia ” ini merangkum semua umat manusia tidak kira apa juga bangsa dan agama.

Faham anakku, insya-Allah akan.bersambung.

10/31/17, 6:48:08 AM: Ibrahim Hashim: Alhamdulillah terima Ustaz yang dikasihi atas pencerahan yang amat jelas itu. SesungguhNYA DIA Maha Pengasih lagi Maha Penyayang❤❤❤
Aamiin YaRabbal Alamiin

10/31/17, 6:57:14 AM: Ustadz Hussien Abd Latiff: Harap maklum, ”Kesaksian” dalam.Surah Al Araaf (7):172 itulah Syahadah dalam bahasa Arab dan Testimony dalam.bahasa Inggeris.

10/31/17, 7:15:32 AM: Asmady Kabisa: Alhamdulillah baru lah mengerti “RahmatNya mendahului kemungkaraan nya” merangkumi skop yg sgt2 luas 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻

10/31/17, 7:16:38 AM: Shaiful M: Memang tiada campurtangan kita ya ustaz:
1. Atom jasad yg sudah punyai tugasan
2. Jiwa yg sudah di preprogram
3. Amalan menurut kitab kehidupan
Subhanallah.

10/31/17, 8:06:20 AM: Azmi: Alhamdulillah dan InsyaAllah faham Ustaz. Ribuan terima kasih.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *