Q&A: BERAMAH MESRA PADA SEMUA MANUSIA

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, Allah swt ada berfirman maksudnya bahawa Dia menjadikan manusia berbangsa-bangsa, bersuku-suku dan berpuak-puak untuk mereka kenal mengenali sesama mereka.

Firman ini mengalak kita untuk beramah mesra dengan semua manusia tidak kira apa juga bangsa, puak dan suku. Seperti bangsa inggeris, cina puak hokkien, cantonis dll, suku jawa dll.

Firman ini juga menekankan kepada bangsa, puak dan suku. Tidak menekankan tentang agama mereka.

Kesimpulannya ialah hendaklah kita beramah mesra atau kenal mengenali dengan semua bangsa, puak dan suku tanpa ambil kira agama mereka.

Kita juga dapat saksikan bagaimana Allah swt memberi Kasih SayangNya, RezkiNya, PertolonganNya, PerlindunganNya, cahaya matahari dan bulanNya, air hujan, oksigen dll kepada kesemua manusia yg berbilang bangsa, puak dan suku tanpa mengambil kira agama mereka.

Justeru itu, muhasabahlah dan jawablah pertanyaan ini untuk mengetahui bahawa kalian benar-benar udah melaksanakan suruhan Allah swt iaitu kalian udah sekarang ini juga beramah mesra dengan mereka tidak kira apa jua bangsa, puak dan suku mereka:

1. Adakah kalian sekarang ini hanya beramah mesra dengan hanya mereka yg walaupun berbilang bangsa, puak dan suku tetapi beragama Islam?

2. Adakah kalian pada masa sekarang hanya beramah mesra kpd mereka dalam kumpulan kalian sahaja seperti kumpulan bertadarus al Quran atau membaca Dibaie atau berzanzi atau maulid atau kumpulan guru-guru agama tertentu. Justeru itu, kalian tidak memperdulikan mereka yg di luar kumpulan kalian.

3. Adakah kalian bersedeqah ataupun membantu hanya fakir miskin yg beragama Islam sahaja?

4. Yang berkesempatan untuk beramah mesra dengan mereka yg berbilang bangsa, puak dan suku tetapi tidak beragama Islam seperti di sekolah dan institusi pengajian tinggi, di tempat pejabat atau kerja, di daerah yg kamu diami dan lain-lain tempat lagi, udahkah kalian beramah mesra dengan mereka atau boleh dikira sahabat kalian daripada mereka kurang dari 5 jari yg ada tangan kalian ataupun nol?

Anakku, muhasabahlah diri kamu dan buka besarlah hatimu untuk menerima mereka justeru itu
Kalian udah menjalankan suruhanNya dalam ayat yg tersebut di atas ini. Sehubungan dengan menyambut seruan Allah swt ini kita bersama dapat menghapuskan Terorisme dan Radikalisme serta Islam dapat kembali kpd makna asalnya “Peace” (Aman) dan hilanglah “Islamicphobia” (takut yg membawa kebencian kpd agama Islam) yg menular di negeri-negeri barat sekarang ini.

Semoga Anakku semua yg disayangi mendapat pencerahan pagi ini, aamin ya Rabbil alamin!


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *