Q&A: ARIF BILLAH MENURUT SYEIKH ABDUL QADIR AL JAILANI

Abdul Zaky : Salam ayahanda, sebelum ini ada pernah terbaca sebuah buku (mohon maaf lupa judulnya) tentang yang mengatakan ” Allah akan menghantar 2 malaikat kepada orang yang benar-benar iklhas mempelajari ‘Arifbillah’ dan malaikat itu sentiasa membimbing bersamanya hingga dia dibangkitkan semula, dan dengan itu orang itu akan menjadi ‘Makrifatullah’ pada hari kebangkitannya. Mohon diperbetulkan jika anakanda sudah mengambil sesuatu yang tidak berdalil. Terima kasih.

Ustadz Hussien Abd Latiff: 1. Orang-Orang Allah swt mengikut Nabi Isa (as), mereka udah dipilih dan nama mereka udah tersirat dalam sebuah kitab dan kitab itu akan diberi kpd Rasulullah saw di Hari Kemudian untuk dipanggil mereka untuk bersama baginda masuk ke syurga: Gospel of Barnabas : ms 73

2. Mengikut Syeikh Abdul Qadir Al Jailani pangkat yg paling tinggi dalam kumpulan Orang-orang Allah adalah Arif Billah. Mereka adalah ibarat Timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul: Futuh Ghaib: 95(1990). Boleh dikatakan merekalah “Waristul Anbiya” .

3. Kelebihan mereka mengikut Syeikh Abdul Qadir Al Jailani adalah:
i. Mereka adalah Gedung Ilmu Allah.
ii. Mereka diberi rahsia-rahsia Allah yang tidak diberi kepada orang lain.
iii. Dilapangkan Hati mereka untuk menerima rahsia-rahsia dan ilmu-ilmu yang tinggi.
iv. Allah jadikan mereka pelaku dan lakuanNya.
v. Allah swt menjadikan mereka pengajak manusia kepada jalan Allah.
vi. Mereka mendapat bimbingan yang benar daripada Allah swt.
vii. Mereka boleh menolong dan mengesahkan kebenaran orang lain.
viii. Mereka sentiasa mendapat taufik dan hidayah dari Allah swt. Futuh Ghaib: ms 95(1990).
ix. Ilmu yg pelik-pelik akan dapat diketahui mereka dengan kurniaan Allah swt. Futuh Ghaib : ms 115(1990)
x. Allah memimpin dan menghias mereka dengan pakaian cahaya ilmu Allah dan terbuka kepada mereka hijab yang melindungi mereka dari rahsia-rahsia Allah yang Maha Agung. Futuh Ghaib : ms 20 (1990)
xi. Orang akan datang dari tempat yang dekat dan jauh serta lidah manusia tidak sunyi lagi menghormati dan memuji mereka. Futuh Ghaib : ms 21(1990)
xii. Manusia akan mengunjungi dan memberi mereka hadiah-hadiah serta ada yang akan berkhidmat kepada mereka. Futuh Ghaib : ms 117(1990)
xiii. Mereka peringkat terakhir atau puncak kemanusiaan dan tidak ada makam selepas ini melainkan kenabian. Berhati-hatilah dengan mereka supaya kamu tidak memusuhi dan membantah mereka. Dengarlah cakap atau nasihat mereka. Futuh Ghaib : ms 95(1990)
xiv. Mereka ibarat pasak bumi yang menguatkan bumi dan langit serta dapat memberi ketenangan kepada yang masih hidup dan juga yg sudah mati. Mereka mendapat keredhaan dan kesejahteraan dari Allah swt selagi ada langit dan bumi. Futuh Ghaib : ms 45(1990)

4. Tentang malaikat, Allah swt ada berfirman bahawa orang-orang yg teguh keimanan mereka, akan turun malaikat kepada mereka dari masa ke masa untuk memberi ilham kepada mereka membantu mereka supaya mereka tidak merasa bimbang dan dukacita: Fussilat(41):30

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

2 Responses

  1. Jailani says:

    Assalam maaf nak tanya bagaimana nak tahu base camp dah terbina, sekarang ni cuna rasa penuh dan berat kepala tak tertolak keatas, mohon pencerahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *